FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

nak cari kwn2 batch 43/2002

4 posters

Go down

nak cari kwn2 batch 43/2002 Empty nak cari kwn2 batch 43/2002

Post by Amay Batch 43 2002 Mon 04 Jan 2010, 8:05 am

kalau ada sapa2 kwn kita batch 43/2002 yg dpt topic ni sila pass kan pd kwn2 yg lain ok....
silalah contact i di talian yg ada dlm profile i atau u all bole email i kat amel_ann@yahoo.com ok...
i miss u all....
sorilah lah coz time study dulu i & boboi slalu membebel pd u all...
bkn apa tau tp demi kesenangan anda skg x gitu????
ok lah kwn2 keja elok2.
i br dpt tau ttg forum ni. i tgh cr IPTA nak samb blaja tetiba terbuka lah forum ni...
ok...bye... see u all later..
avatar
Amay Batch 43 2002
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Penyelia Farmasi Institut Perubatan Penerbangan TUDM KL
Gender : Male
Jumlah Post : 3
Umur : 48
Tarikh Register : 04/01/2010
Reputation : 0
Points : 5442

Back to top Go down

nak cari kwn2 batch 43/2002 Empty Re: nak cari kwn2 batch 43/2002

Post by ppfkkpa Tue 03 Aug 2010, 8:00 pm

Nak cari kawan mudah je, join facebook, semua boleh jumpa di sana, forum ni adalah terbuka kepada PPF dan bukan PPF,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5611

Back to top Go down

nak cari kwn2 batch 43/2002 Empty Re: nak cari kwn2 batch 43/2002

Post by nori Fri 11 Mar 2011, 7:31 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Selamat bertugas kepada semua PPF, dan sedarlah bahawa memang banyak dugaan pada tahun 2011 ini. PPF telah berjaya meningkat maju kehadapan dan setanding dengan lain-lain paramedik. Semua PPF perlu berasa selesa dengan tugasan seharian. Segala isu dan hal-hal lain, boleh di bawa ke pengetahuan pihak atasan dengan cara yang tepat dam masa yang sesuai. Tetapi masa dan kaedah penyelesaiannya pasti akan mengambil masa. Dengan taraf diploma, pastinya semua PPF telah bersedia dengan jawapan pihak atasan samaada positif atau negatif. Dan semestinya semua PPF akan di layan secara adil oleh pihak atasan. Cuma bukan semua permintaan PPF harus di penuhi Ianya bergantung kepada keadaan dan mengikut kesesuaian serta kemampuan. Apa pun PPF yang pro aktif, tidak mudah patah semangat dan putus asa, kerana terdapat berbagai prosedur, ruang, peluang dan ketika dalam menyelesaikan isu-isu PPF.

Di sertakan kertas kerja oleh Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim , Pusat Racun Negara, USM atas tajuk Peranan Ahli Farmasi Dalam Kesihatan, dan di harap semua PPF dapat mendalami dan menyelaminya agar dapat membuat persediaan yang sepatutnya bagi menghadapi negara maju pada 2020. Pada masa ini tugas PPF sudah menrangkumi 50 % daripada tugasan PF. Cuma PPF perlu menyambung pengajian lagi 2 tahun sahaja bagi tujuan pendaftaran dengan MPS. USM juga telah membuka saluran kedua bagi PPF melanjutkan pelajaran dengan syarat minimum pengalaman sebagai PPF selama 10 tahun dan telah menjadi ahli Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia. PPF juga perlu berusaha agar persatuan dan kesatuan PPF di iktiraf dan menjadi Ahli Majlis MPS, sebagaimana yang berlaku di UK. Baru lah PF dan PPF boleh berjalan beriringan dan yang memisahkannya hanyalah kelayakan akademik sahaja, iaitu PF ada degree manakala PPF cuma diploma. Bagi PPF yang sama batch, perlulah bersatu, dan boleh meneruskan persahabatan semasa menuntut ilmu Bac in Pharm kerana segala kenangan di kolej boleh di kongsi bersama. Selamat menambah ilmu.

Kertas Kerja :

Pengenalan

Keberkesanan bidang perubatan hanya boleh dilihat bilamana pengurusan serta penggunaan ubat-ubatan adalah efisien dan rasional. Fenomena ini penting dan berlaku bukan sahaja di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, malah di negara-negara maju. Di negara-negara maju, aktiviti-aktiviti profesional yang melibatkan pengagihan, pembekalan dan pendispensan ubat-ubatan adalah amat diperlukan sejajar dengan kecanggihan teknologi serta kekompleksan sistem penjagaan kesihatan moden. Di akhir abad ke-20 ini, persoalan ekonomi yang berkaitan dengan kos perbelanjaan kesihatan sangat hangat diperbincangkan. Kajian telah menunjukkan bahawa ubat merupakan salah satu cara yang berkesan serta murah jika dibandingkan dengan kaedah lain dalam menentang penyakit. Oleh yang demikian, ahli farmasi mempunyai peranan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara dan dapat bertindak demi kepentingan pesakit dan masyarakat dalam menentukan ubat-ubat digunakan secara rasional dan berkesan. Peranan ini telah diperluaskan daripada "product-oriented" kepada "patient-oriented".

Kepakaran dan Pengetahuan Ahli Farmasi

Kamus Webster mendefinisikan farmasi sebagai "seni atau praktis penyediaan, pengawalan, pencampuran dan pendispensan ubat-ubatan". Definisi ini tidak tepat. Ia tidak mengaitkan dengan misi profesion farmasi iaitu "memastikan ubat digunakan oleh pesakit secara rasional dan ubat tersebut adalah selamat dan berkesan".
Sumbangan ahli farmasi kepada sistem penjagaan kesihatan dalam sesebuah negara bergantung kepada pengetahuan dan kepakaran yang diperolehi daripada program atau sistem pendidikan di universiti-universiti tempatan (contoh: Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia) ataupun di luar negara (contoh: Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia). Proses ini akan diikuti dengan program latihan "housemanship" atau pra-pendaftaran selama satu tahun. Latihan wajib ini boleh dilakukan di institusi-institusi seperti hospital, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, dan syarikat farmaseutikal atau kedai farmasi komuniti yang dibenarkan oleh Bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Latihan "housemanship" ini adalah penting bagi proses pendaftaran ahli farmasi.
Melalui pendidkan asas di peringkat ijazah dan latihan pra-pendaftaran, pelajar-pelajar akan memperolehi kefahaman berkaitan prinsip-prinsip serta teknik-teknik saintifik dalam bidang farmaseutikal seperti kimia farmaseutik, fisiologi, farmakologi, teknologi farmaseutik dan farmasi klinikal. Selain bidang-bidang ini, pelajar-pelajar farmasi juga didedahkan kepada bidang farmasi sosial yang melibatkan statistik, kemahiran komunikasi, farmakoekonomi, farmakoepidemiologi, farmakoinformatik, dan perundangan, etika dan polisi farmasi. Di samping itu, pelajar-pelajar digalakkan mengambil kursus-kursus berkaitan dengan pengurusan dan pemasaran. Pengetahuan dan kepakaran yang didapati di peringkat asas merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan mekanisme tindakan, penyediaan, distribusi, dan penggunaan ubat-ubatan. Pengetahuan dan kepakaran yang ahli farmasi boleh dipertingkatkan melalui program-program pendidikan berterusan dan melalui program-program sarjana atau kedoktoran.

Skop Farmasi dan Bidang Tugas Ahli Farmasi

Tanggungjawab yang dipikul oleh ahli farmasi menjadi semakin penting dengan pembangunan ubat-ubat baru hasil penyelidikan oleh para saintis. Tanggungjawab ini khusus berkaitan dengan penggunaan drug secara rasional dan perlindungan masyarakat daripada kemudaratan ubat-ubatan semasa menggunakannya.
Seorang ahli farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Universiti atau Bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (sila rujuk Jadual 1). Matlamat utama ahli farmasi di dalam semua organisasi ini ialah memastikan terapi drug yang optimum dan rasional melalui penglibatan mereka di dalam proses penyediaan, distribusi dan pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal yang lain serta membekalkan maklumat kepada mereka yang mempreskripsi (contoh: doktor dan pembantu perubatan) dan menggunakan (contoh: pesakit) produk farmaseutikal.

1. Farmasi Hospital

Terdapat lebih kurang 300-350 ahli farmasi yang bertugas di hospital-hospital seluruh negara. Farmasi hospital bertanggungjawab membekalkan dan mengurus semua aspek yang berkaitan dengan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan juga pesakit luar (ambulatori). Ini termasuklah perkhidmatan farmasi klinikal seperti pemonitoran ubat-ubatan terapeutik, penyediaan nutrisi parenteral, kaunseling pesakit dan lain-lain. Misi Jabatan Perkhidmatan Farmasi ialah untuk memastikan seluruh masyarakat memperolehi produk farmaseutikal dan produk pemelihara kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuk nasihat mengenai penggunaannya secara rasional. Pemberian terapi drug secara optimum kepada semua pesakit dalam dan luar akan memastikan penjagaan kesihatan mereka adalah berkualiti tinggi dan berkesan kos.

Perkhidmatan farmasi yang asas yang dipraktikkan sebelum ini melibatkan perkhidmatan seperti farmasi bekalan wad, farmasi pesakit luar, perolehan dan iventori. Praktis farmasi terutamanya di hospital-hospital kerajaan, telah dipertingkatkan dengan pemberian perkhidmatan farmasi klinikal untuk memperbaiki terapi ubat dan pengurusan semua aspek yang bersangkutan dengan terapi ubat terhadap pesakit. Justeru itu, ahli farmasi harus membuat pengkhususan dalam bidang-bidang farmasi klinikal tertentu seperti yang tercatat dalam Jadual 1. Praktis farmasi di hospital di masa hadapan akan terus berkembang dan adalah dijangkakan ramai ahli farmasi akan memegang peranan sebagai ahli farmasi klinikal atau menghabiskan sebahagian daripada masa mereka membekalkan perkhidmatan penjagaan kesihatan pesakit secara langsung. Penyediaan dan distribusi ubat pula akan dikendalikan oleh mesin berkomputer dan kerja-kerja teknikal akan dilakukan oleh pembantu farmasi.

2. Farmasi Komuniti

Selain klinik, farmasi komuniti merupakan tempat yang paling mudah dikunjungi orang ramai. Ahli farmasi komuniti membekal ubat-ubatan berpreskripsi dan tanpa preskripsi kepada pesakit atau pelanggan. Aktiviti professional ahli farmasi komuniti juga melibatkan kaunseling kepada pesakit semasa mendispenkan ubat- ubatan berpreskripsi dan tanpa preskripsi. Praktis sistem perubatan di kebanyakan negara adalah berlainan dengan Malaysia. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Indonesia dan India, proses mempreskripsi ubat dan pendispensan ubat adalah berasingan. Pesakit akan berjumpa doktor di klinik untuk mendapatkan diagnosis, nasihat serta preskripsi ubat, dan kemudian berjumpa ahli farmasi komuniti untuk mendapatkan ubat yang berkenaan. Di Malaysia proses pengdiagnosan penyakit, mempreskripsi dan pendispensan ubat dilakukan oleh doktor di klinik-klinik. Dalam hal ini, ahli farmasi komuniti hanya menumpukan aktiviti perniagaan mereka kepada penjualan ubat-ubatan tanpa preskripsi. Dalam pada itu, mereka juga menjual ubat-ubatan tradisional dan alternatif, bahan-bahan kosmetik, bahan-bahan penjagaan bayi dan peralatan perubatan (contoh: kerusi roda, termometer).
Aktiviti-aktiviti profesional ahli farmasi komuniti di Malaysia adalah terhad dan berkurangan jika dibandingkan dengan praktis di negara-negara maju. Di negara-negara membangun, aktiviti utama ahli farmasi komuniti adalah:
o memproses preskripsi
o perkhidmatan farmasi klinikal termasuk kaunseling
o pemonitoran pengunaan ubat
o penyediaan dan memformulasi ubat-ubatan (contoh: sediaan salap, krim)
o mempromosi kesihatan
o perkhidmatan lawatan farmasi (contoh: kaunseling) ke tempat tinggal (contoh: institusi wargatua)
o praktis pertanian dan veterinar

3. Industri Farmaseutikal

Industri farmaseutikal di Malaysia adalah terdiri daripada syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional. Industri farmaseutikal merupakan salah satu industri yang paling banyak menghadapi persaingan perniagaan. Kemampuan untuk bersaing banyak bergantung kepada pembangunan produk-produk baru. Di dalam proses pembangunan produk-produk farmaseutikal, ahli farmasi dengan pengetahuan dan kemahirannya boleh memainkan peranan yang sangat penting. Aktiviti-aktiviti utama ahli farmasi di industri farmaseutikal adalah seperti berikut:
o penyelidikan dan pembangunan
o pengilangan dan jaminan mutu
o pendaftaran ubat dan permohonan
o kajian klinikal dan pengawasan ubat selepas pasaran
o penjualan dan pemasaran
o pengurusan dan pentadbiran

4. Akademia

Ahli farmasi yang berkecimpung dalam bidang akademik akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan. Program farmasi di peringkat ijazah, lepasan ijazah serta pendidikan berterusan memerlukan pensyarah-pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang farmaseutikal dan sentiasa memastikan matlamat profesional dan vokasional pendidikan farmasi tidak diabaikan. Mereka juga harus tahu kepentingan interaksi antara pendidikan dan penyelidikan dengan perkhidmatan farmasi.

Ahli-ahli farmasi boleh menjadi pensyarah dalam bidang-bidang seperti kimia farmaseutik, fisiologi, farmakologi, teknologi farmaseutik, farmasi klinikal dan farmasi sosial. Pensyarah-pensyarah dalam disiplin selain farmasi klinikal tidak terlibat secara langsung dengan pesakit. Sebaliknya, bidang sains asas (contoh: kimia farmseutik, fisiologi, farmakologi, teknologi farmaseutik) hanya mementingkan penyelidikan dalam makmal yang banyak bergantung kepada alat-alat atau mesin-mesin yang canggih, kaedah analitis dan model haiwan. Pensyarah- pensyarah farmasi klinikal mempunyai peranan yang penting terhadap penjagaan pesakit dan perkhidmatan farmasi klinikal. Pensyarah-pensyarah farmasi sosial pula menumpukan pengajaran serta penyelidikan dalam hal-hal yang berkaitan dengan sains tingkahlaku, ekonomi, epidemilogi, polisi, pengurusan dan pemasaran. Penyelidikan farmasi sosial selalu menggunakan kaedah kajian bukan eksperimental dan penganalisisan statistik untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.
5. Lain-lain
Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai satu jabatan yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang bersangkutan dengan farmasi. Pengarah Perkhidmatan Farmasi Malaysia akan mengetuai jabatan ini. Ahli-ahli farmasi yang bertugas di bahagian farmasi ini akan berperanan dalam menjaga soal-soal keprofesionalan farmasi (contoh: pendaftaran ahli farmasi, tenaga manusia, latihan), melibatkan diri dalam membuat perundangan dan polisi ubat-ubatan dan kesihatan. Mereka berkerjasama dengan ahli akademia serta persatuan farmasi dalam hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum program farmasi di universiti. Mereka juga menjalankan program pendidikan berterusan bagi ahli-ahli farmasi.

Ahli-ahli farmasi di Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan mempunyai beberapa bidang tugas yang berkaitan dengan produk farmaseutikal. Mereka menentukan keselamatan, keberkesanan dan mutu ubat-ubat termasuk keselamatan dan mutu ubat -ubat tradisional. Di antara aktiviti yang mereka jalankan ialah:
o menilai dan mendaftar ubat-ubat (racun, bukan racun, entiti kimia baru, tradisional) dan kosmetik sebelum dibenarkan untuk pasaran
o surveilans
o farmakovigilans
o pelesanan (pengilang, pengimport dan pemborong ubat)
o memonitor serta merekod kesan mudarat ubat-ubatan lepas pasaran
o memeriksa kilang-kilang farmaseutikal (Amalan Pengilangan Baik dan komplians)
o perkhidmatan maklumat ubat dan penerbitan
o analisis ubat

Unit Penguatkuasaan Farmasi adalah satu badan yang sangat penting. Unit ini terdapat di setiap negeri. Di antara aktiviti-aktiviti Unit Penguatkuasaan Farmasi adalah:
o membuat pemeriksaan mengejut ke atas mana-mana premis yang mempunyai lesen racun
o mengambil bahagian di dalam serbuan ke atas premis-premis yang menjual racun secara haram
o memeriksa dan menapis aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengimportan ubat-ubat/bahan kimia/kosmetik dan bahan-bahan herba
o melakukan pemeriksaan ke atas klinik-klinik dan hospital swasta agar mematuhi kehendak undang-undang
o membuat pemeriksaan ke atas premis yang memohon lesen borong/import
o memeriksa perkara-perkara yang berkaitan denga pengimportan, penjualan dan;
o bertindak sebagai pegawai pendakwa di mahkamah
Perkembangan industri penhagaan kesihatan dan perubahan dari segi sosio- ekonomi, teknologi dan politik negara yang mempengaruhi sektor kesihatan menjadikan organisasi farmasi yang profesional amat penting. Sebuah persatuan farmasi yang dinamik dan progresif akan memberi kesan yang positif kepada ahli- ahlinya dan profesion farmasi secara keseluruhan. Di Malaysia, terdapat hanya satu persatuan yang mewakili semua ahli-ahli farmasi yang dinamakan sebagai Persatuan Farmasi Malaysia. Ia juga mempunyai cawangannya di setiap negeri. Di antara tugas-tugas yang dijalankan oleh ahli-ahli farmasi yang jawatan dalam persatuan tersebut ialah pentadbiran dan pengurusan, penerbitan dan dokumentasi, penglibatan dalam proses penggubalan undang-undang yang berkaitan dengan farmasi, perhubungan awam dan program pendidikan berterusan bagi ahli- ahli farmasi.

Amalan Profesional Farmasi

Amalan profesional ahli farmasi berkait rapat dengan misi profesion iaitu memastikan pesakit menggunakan ubat dengan selamat dan berkesan. Pengetahuan khas dan kemahiran yang sesuai serta sikap yang positif terhadap kebajikan pesakit adalah begitu penting. Perkara-perkara ini diperlukan untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh setiap pesakit dan penting bagi mengetahui keperluan serta perasaan pesakit. Oleh itu, amalan profesional farmasi harus bersandar kepada 3 faktor berikut:
• Sains Farmaseutikal Asas
• Farmasi Klinikal
• Farmasi Sosial

Oleh itu, amalan profesional farmasi memerlukan kognitif yang diperolehi melalui pendidikan dan pengalaman. Di antara amalan-amalan tersebut ialah:
• penglibatan dalam membuat keputusan berkaitan proses penggunaan ubat
• pemilihan produk ubat yang sesuai
• pemilihan sumber pembelian dan pembekalan ubat-ubatan
• penentuan skedul dos dan dosej ubat
• penyediaan ubat untuk pesakit
• membekal ubat kepada pesakit
• membekal maklumat ubat kepada pesakit
• memastikan komplians pesakit adalah maksimum
• mengesan kesan mudarat ubat dan interaksi ubat
• memastikan keputusan akhir terapi adalah yang terbaik

Kesemua fungsi di atas adalah berorientasikan pesakit dan amalan-amalan tersebut memastikan ubat digunakan secara rasional. Amalan-amalan ini adalah penting bagi masa depan profesion farmasi.

Peraturan dan Perundangan

Ahli farmasi dalam tugas hariannya adalah terikat dengan peraturan dan perundangan yang tertentu. Pertama, peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan mereka sebagai seorang ahli farmasi dan golongan profesional. Kedua, peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan ubat-ubatan (contoh: narkotik), ketiga, peraturan yang bersangkutan dengan kos etika (contoh: persoalan prinsip moral) profesion farmasi yang mengawal aktiviti-aktiviti harian ahli farmasi.

Kesimpulan

Pemberian penjagaan kesihatan adalah satu proses multiprofesional. Kerajaan dan masyarakat sentian menitikberatkan soal-soal yang berkaitan dengan ubat-ubatan. Ahli farmasi dengan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang mereka seharusnya berganding bahu dengan ahli profesional kesihatan yang lain dalam memastikan penjagaan kesihatan terhadap pesakit (contoh: terapi ubat) adalah optimum dan terbaik. Mereka harus memastikan bahawa pesakit-pesakit yang menerima rawatan memperolehi perkhidmatan yang berkonsepkan "Total Pharmaceutical Care".

Tetapi jika PPF inginkan jalan pintas bagi menjadi ahli MPS, mereka perlu mempunyai Master in Pharmaceutical ( M Pharm ) dan boleh terus mendaftar. Begitu juga di UK iaitu Dr ambil M Pharm, dan jadi ahli PS. Maka kuranglah kerenah birokrasi kerana Dr ada dalam Pharmacy Society.

Segala pendapat, padangan, cadangan, coretan dan nukilan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara yang sama dari sudut yang sama juga,

Tamat : 11 Mac 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : nak cari kwn2 batch 43/2002 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5803

Back to top Go down

nak cari kwn2 batch 43/2002 Empty Re: nak cari kwn2 batch 43/2002

Post by afiq82 Mon 14 Mar 2011, 11:51 am

saya nak bgtau sesuati pada saudari nori, selalu saya tengok posting nori sangat bersemangat dan saya mmg sangat suka baca menjadikan saya lebih berkobar2
tapi selalunya maklumat berkenaan MPS selalunya kurang tepat.
sebenarnya;
MPS = Malaysian Pharmaceutical Society
Ini hanya persatuan sahaja dan ahli farmasi tidak wajib utk menjadi ahli, lebih kepada optional.
Ahli farmasi/pegawai farmasi yang praktis farmasi di malaysia wajib berdaftar dgn lembaga farmasi malaysia(LFM). LFM ngan BPF yang regulate aktiviti kefarmasian di malaysia dan bukan MPS.

Lagi satu, MPharm di luar negara (UK) actually ada dua jenis, satu "MPharm (Honours)" iaitu sama taraf dengan BPharm di Malaysia (undergrad degree). Lagi satu "MPharm (postgrad) iaitu setaraf dgn ijazah sarjana aka "Master" (bukan sarjana muda ye).

So, sesiapa yang takde BPharm atau MPharm (honours) walaupon dier ader MPharm (postgrad), dier takleh berdaftar ngan LFM atau pharmacy board di UK.

Istilah2 ni mmg mengelirukan orang2 academia kat malaysia sbb UK nak lawan ngan USA. Kalo USA, BPharm dier adalah PharmD (Doctor of Pharmacy) so diorang mmg ade gelaran "Dr" bagi pharmacist2 kat sana walaupon durasi belajar adalah sama iaitu 5-6 tahun termasuk pre-u atau pre-pharm.

USA sejak 2001 dah abolish nama "BPharm", "BSc Pharm" and "BPharmSc" dan ganti ngan "PharmD". Dulu USM nak buat bende yang sama tapi kementrian pendidikan time tu tak luluskan sbb taknak keliru ngan doctor of medicine (MD)
avatar
afiq82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PPF
Gender : Male
Jumlah Post : 165
Umur : 42
Tarikh Register : 20/12/2008
Reputation : 9
Points : 5928

Back to top Go down

nak cari kwn2 batch 43/2002 Empty Re: nak cari kwn2 batch 43/2002

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum