Kisah teladan
3 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Kisah teladan
Baca kisah dibawah ini sebagai panduan agar hidup anda menjadi lebih aman, tenang dan bahagia.
<blockquote>Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul
menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima
kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan
masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus
terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada
permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan
meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan
hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat
sekeliling.
Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk
mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada
tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan
mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua
bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.
"Luarannya berbeza, tapi isi dalamnya tetap sama"
Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia
pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal
itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!
“Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut
pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup
yang kita semua hadapi!”
Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu,
tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!
Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan
kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna
itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup
tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan
perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan
dan menikmati air itu!
Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran
bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak
pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat
perkara:
</blockquote>
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen
dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan
sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang
mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada
orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan
orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: “Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?” Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya
akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini,
saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”
Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

- Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada
tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam
genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita
tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
- Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan
mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan
sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa
kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat
kelak.
- Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor
kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah
sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk
dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
- Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup
selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri
semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran
diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita.
Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan
abadi.
</blockquote>
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen
dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan
sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang
mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada
orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan
orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: “Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?” Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya
akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini,
saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”
Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.
izamuddin- SUPER SENIOR
- Jawatan : M.L.T
Gender :
Jumlah Post : 157
Umur : 43
Tarikh Register : 29/01/2007
Reputation : 2
Points : 6609
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Kisah teladan
camne xsonyap,bc pon tidak
akudaa- AHLI JUNIOR
- Negeri :
Jawatan : tnggu surat posting...skelas ngan anip
Gender :
Jumlah Post : 29
Umur : 40
Tarikh Register : 12/01/2009
Reputation : 0
Points : 5834
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Kisah teladan
dh baco kn balas ko?

kikikikkkkk......dia lupo nak lotak pantun 2 kerat tu.......pecah kaco pocah lah gelas.......sudah baco harap balas lo......
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak