Cara mendidik anak-anak
2 posters
Page 1 of 1
Cara mendidik anak-anak
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi
ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari
ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya
akan dipertanggungjawabkan.
Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?”
Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang
yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi
kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
<blockquote>1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
• Saidul (penghulu) Istighfar,
• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),
• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah
• Menakutkan dengan tempat gelap
• Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan
anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan
mereka.
4. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama
semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak
orang lain.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara
jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai
yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW
mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin
Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak
mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan
Muslim)
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh
atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti
memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama,
dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan
yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti
para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama
dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak,
kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang
masih membesar.
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan
dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan
bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk
mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat
kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita
untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.</blockquote>

izamuddin- SUPER SENIOR
- Jawatan : M.L.T
Gender :
Jumlah Post : 157
Umur : 43
Tarikh Register : 29/01/2007
Reputation : 2
Points : 6610
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Similar topics
» 40 kesilapan dalam mendidik anak-anak
» 2 Kelalaian Kecil Mendidik Anak
» Kesilapan Dalam Mendidik Anak
» Cara menyambut kelahiran anak dlm Islam
» anak-anak buah mama leong group 1/03

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak