FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sabar, cool dan bersemangat' (KOSMO)

Go down

Sabar, cool dan bersemangat' (KOSMO) Empty Sabar, cool dan bersemangat' (KOSMO)

Post by Fieza Tue 19 Jan 2010, 10:42 am

Sabar, cool dan bersemangat'

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

Sabar, cool dan bersemangat' (KOSMO) Gk_01.1

Apakah tip yang dikongsikan oleh tiga graduan jururawat
terbaik Institut Sains Kesihatan dan Kejururawatan Mahkota, Melaka
sepanjang menjadi jururawat pelatih?


BAGI tiga graduan terbaik kursus kejururawatan Institut Sains
Kesihatan dan Kejururawatan Mahkota, Melaka mereka mempunyai aura
seorang jururawat yang menyebabkan pesakit mudah 'jatuh hati' dengan
kelembutan wajah dan personaliti yang ditonjolkan.

Tugas sebagai seorang jururawat tidak semudah yang disangka. Perlu
banyak bersabar dengan kerenah pesakit yang datang daripada pelbagai
peringkat usia.

Namun, segala cabaran penuh liku itu tidak sesekali mematahkan
semangat para graduan kolej tersebut yang menganggap pesakit sebagai
rakan mereka sendiri.

"Semua pesakit dalam keadaan tertekan. Kita perlu buat mereka
sebagai kawan. Jangan sesekali marah mereka. Malah kena lakukan sesuatu
supaya mereka nampak kita cool. Dari situlah mereka akan
meletakkan kepercayaan kepada kita," kata graduan terbaik Liaw Mei
Ling, 28, mengenai pengalamannya sewaktu menjadi pelajar Institut Sains
Kesihatan dan Kejururawatan Mahkota itu.

Anak jati Bachang, Melaka yang sedang hamil anak sulungnya
memberitahu, sebagai seorang jururawat dia tidak pernah menyimpan rasa
geram kepada pesakit, jauh sekali untuk memarahi mereka.

Pengalaman
Sabar, cool dan bersemangat' (KOSMO) Gk_01.5
SEORANG jururawat perlu bijak menangani pelbagai kerenah pesakit.


Menurut Mei Ling yang kini bertugas di sebuah pusat perubatan mata
swasta di Melaka, hatinya sentiasa tersentuh apabila berdepan dengan
pesakit yang datang mendapatkan rawatan.
"Contohnya, apabila pesakit yang datang untuk melakukan rawatan
mata, saya akan berikan nasihat supaya dia bersemangat dan sabar dalam
menghadapi penyakit yang dilaluinya. Terutama penyakit mata yang telah
mencapai tahap kronik seperti buta," kata wanita yang berwajah manis
itu.

Tambah Mei Ling, pengalaman semasa bekerja di bahagian bilik bedah
Pusat Perubatan Mahkota selama lima tahun dari 2004 hingga 2009 banyak
mendedahkannya tentang dunia perubatan.

Cara yang dilakukan oleh Mei Ling mungkin berlainan dengan G.
Vasanthi, 24. Dia tidak akan 'memberi muka' kepada mana-mana pesakit
yang terlalu agresif.

Sabar, cool dan bersemangat' (KOSMO) Gk_01.2
SEBAHAGIAN daripada 170 graduan yang merakam kenangan manis mereka pada majlis konvokesyen mereka.


"Disebabkan saya kini bekerja di pusat perubatan swasta, jadi
pelbagai ragam 'orang korporat' dapat dilihat apabila mereka masuk wad.
Ada yang baik dan ada juga yang suka memaki hamun," katanya.
Institut Sains Kesihatan dan Kejururawatan Mahkota merupakan institut yang ditubuhkan oleh Pusat Perubatan Mahkota, Melaka.

Objektif penubuhan adalah untuk melahirkan jururawat yang berkebolehan.
Vasanthi berkata, bukan mudah untuk menegur golongan itu kerana
siapalah dia jika dibandingkan dengan mereka. Namun Vasanthi ada
formula tersendiri untuk melembutkan hati para pesakitnya.

Sabar, cool dan bersemangat' (KOSMO) Gk_01.3
DARI kiri: Vasanthi Ganesan,
Juliana Maskuti, Liaw Mei Ling dan Che Rohana Che Rosli melihat
anugerah yang mereka terima pada majlis konvokesyen Institut Sains
Kesihatan dan Kejururawatan Mahkota, Melaka baru-baru ini.


Prinsip Vasanthi juga mudah. Tanpa mengira apa juga latar belakang
pesakitnya, apabila berada di pusat rawatan pesakit adalah rakannya.
Bahkan, dia menganggap mereka semuanya sama.

"Pernah saya menegur seorang pesakit kerana dia memaki hamun saya
mengatakan saya itu dan ini. Saya kemudian membalasnya secara psikologi
dan akhirnya pesakit itu akur dengan kata-kata saya," tegasnya.
Jelas Vasanthi, tidak kurang juga ada pesakit yang tidak habis-habis
memujinya atas jagaan dan layanannya. Bagi Vasanthi, itu menjadi
semangat untuk dia bekerja lebih keras dan menimba pengalaman.

Sabar, cool dan bersemangat' (KOSMO) Gk_01.4



"Saya bertanggungjawab untuk menjaga mereka tidak kira siang atau
malam. Mereka sebahagian daripada diri saya hingga ke akhir hayat pun
saya mesti jaga mereka," kata anak kelahiran Kedah itu lagi.
Bagi Che Rohana Che Rosni, 28, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi seorang jururawat.
"Saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan beranikan diri untuk
sertai bidang ini. Tidak sangka akhirnya bidang ini adalah separuh
daripada jiwa saya," katanya.

Tidak dinafikan, wanita berwajah lembut itu mempunyai daya tarikan
tersendiri untuk memujuk pesakit dan tidak hairan dia berjaya dalam
bidang yang diceburinya.

Sabar, cool dan bersemangat' (KOSMO) Gk_01.6
SEBAHAGIAN daripada 170 graduan
pada majlis konvokesyen Institut Sains Kesihatan dan Kejururawatan
Mahkota, Melaka baru-baru ini.


Ditambah pula dia tidak pernah merancang untuk menjadi seorang jururawat profesional.
"Tiada siapa pernah mendorong saya masuk ke bidang ini dan tidak
sangka saya boleh lakukannya," kata ibu kepada seorang anak itu.
Pada majlis konvokesyen itu, seramai 170 graduan menerima diploma
kejururawatan masing-masing yang disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif
yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mahkota Centre Sdn. Bhd.,
Francis Lim.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Sabar, cool dan bersemangat' (KOSMO) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum