FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan (Utusan Malaysia)

2 posters

Go down

Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan (Utusan Malaysia) Empty Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan (Utusan Malaysia)

Post by Fieza Thu 18 Mar 2010, 7:00 pm

Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan

Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan (Utusan Malaysia) Kn_01.1

SAKIT belakang tidak semestinya memerlukan pembedahan sebagai kaedah penyelesaiannya. - gambar hiasan.

Oleh Hazlinda Hamzah
- BERNAMA


Saya tidak mahu dibedah untuk pulihkan masalah sakit belakang saya.
Saya takut jika pembedahan itu tidak berjaya dan saya lumpuh. Saya
tidak yakin sanggup menanggung akibatnya," kata Siti Ismail, seorang
wanita bertubuh kecil yang aktif bersukan mewakili tempat kerjanya,
seperti badminton dan ping pong.

Sakit belakang yang dialaminya sejak beliau mengangkat sebuah pasu bunga berat, kini merupakan kebimbangan utamanya.

Selepas bertemu dengan beberapa pakar ortopedik, pakar neurologi
serta pengamal perubatan alternatif, Siti yakin bahawa sakit belakang
beliau boleh dirawat tanpa pembedahan. Dan beliau yakin keputusan
beliau betul!

Dr. Siow Yew Siong, seorang Pakar Bedah Ortopedik berpengalaman,
mengesahkan bahawa pembedahan bukan satu-satunya kaedah pemulihan sakit
belakang dan ia bukan dalam senarai keutamaan rawatan bagi mereka
dengan masalah spina degeneratif.


SAKIT BELAKANG

"Kebanyakan mereka yang mengalami sakit belakang menyeksakan
khususnya di bahagian bawah badan ialah yang berusia lebih 45 tahun.

Ini disebabkan oleh tulang spina yang menebal dan juga ligamen.
Sebenarnya, kaki yang berasa kebas merupakan sebahagian daripada
simptom sakit belakang, khasnya di bahagian bawah," jelas Dr. Siow.

Apabila ditanya berapa lama tempoh yang diambil oleh mereka yang
mengalami sakit belakang untuk mengatasi kesengsaraan ini, tidak kira
semasa berdiri atau duduk, Dr. Siow berkata: "Pertama, kami perlu
bertanyakan kepada pesakit sejarah terperinci sakit belakang yang
mereka alami. Kemudian, menguji kekuatan otot untuk memastikan refleks
mereka. Satu ujian darah dilakukan untuk mengenal pasti punca sakit
yang teruk ini.

"Langkah berikut ialah ujian MRI ataupun Magnetic Resonance Imaging,
yang akan mengenal pasti sama ada sakit itu disebabkan oleh masalah
tulang degeneratif atau kecederaan," katanya ketika ditemui pada forum
kesihatan umum bagi Sakit Belakang dan Kaki Kebas, baru-baru ini.

Satu ujian saraf kemudian dijalankan untuk mengenal pasti saraf yang
terbabit dalam sakit yang menyeksakan ini. Imbasan tulang hanya
dilakukan untuk mendiagnosis bahagian tulang yang terbabit dan juga
untuk memantau apa-apa jangkitan selepas kecederaan berlaku.

"Saya cadangkan pencegahan sebagai cara terbaik dalam mengelak sakit
belakang yang menyeksakan ini. Lakukan senamanan Neural Flossing. Ia
hanya mengambil masa 30 minit; 10 minit apabila anda bangun pagi,
sebelum turun dari katil untuk ke tandas dan 20 minit sebelum anda
masuk tidur.

"Pesakit saya sentiasa memberi alasan yang mereka kesuntukan masa.
Pastikan tilam anda mampat, supaya ia dapat menampung badan anda dengan
baik," tegas Dr. Siow apabila ditanya akan kaedah rawatan terbaik bagi
sakit belakang.


RAWATAN BAGI SAKIT BELAKANG

Menurut beliau, setiap orang harus meneliti dengan serius postur berdiri dan duduk masing-masing.

Nasihat beliau, pastinya wajar diberikan pertimbangan khusus bagi
mereka yang menaip berjam-jam di hadapan komputer di ruang kerja mereka.

"Duduk lama di satu tempat tidak baik untuk tulang belakang anda.

Saya menggalakkan pesakit saya untuk mengingatkan rakan-rakan mereka
supaya berdiri untuk beberapa minit selepas duduk selama sejam."
"Berjalan pastinya disyorkan, walaupun mungkin ada majikan yang
tidak senang dengan kakitangan 'hiperaktif' yang berjalan semasa waktu
kerja," tambah Dr. Siow berseloroh.

Harus diingati yang tiada siapa yang terkecuali daripada sakit ini, tidak kira muda atau tua.
Sebenarnya, sakit belakang yang dialami oleh pesakit muda tidak
kurang serius berbanding golongan berusia yang mengalaminya. "Bagi
kanak-kanak, ia sebahagian daripada proses pembesaran mereka," jelas
Dr. Siow kepada seorang ibu yang meminta penjelasan semasa forum itu.

Seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, bertanya
mengenai teknik serta keberkesanan rawatan frekuensi radio oleh kerana
ramai yang takut untuk menjalani pembedahan.

Pakar ini menjelaskan bahawa di bawah prosedur gelombang radio,
saraf di tempat berkenaan dibakar dan rawatan ini boleh menghentikan
rasa sakit bagi tempoh 9 hingga 12 bulan.

Bagaimanapun, untuk memastikan tempoh bebas sakit yang lebih lama latihan Neural Flossing mesti dijalankan secara berterusan.


POSTUR BAIK

Aneh sekali, selepas itu pesakit biasanya lupa masalah mereka itu
dan mereka akan leka semula apabila tiada sakit ini selama 12 bulan.
Mereka juga mengabaikan senaman dan akhirnya sakit belakang ini
menghantui mereka semula.

Saraf menghantar perutusan sakit ke otak. Oleh itu apabila saraf
dirawat mengikut prosedur ini, ia menghentikan perutusan sakit.
Bagaimanapun, saraf ini boleh hidup semula dan tumbuh.

Terdapat kes di mana saraf-saraf ini walaupun kembali berkomunikasi
dengan otak, tiada lagi rasa sakit. Ini kerana pesakit terus menjalani
fisioterapi dan latihan secara berjadual.

Hari ini, terdapat pelbagai penawar untuk merawat sakit belakang, yang boleh menjejaskan kehidupan.
Epidural Lysis dan Radiofrequency Ablation kini terdapat di
Malaysia, satu terapi intervensi untuk meredakan sakit akut dan kronik.

"Saya hanya akan mengesyorkan pembedahan jika ia benar-benar perlu
khususnya apabila ia menjejaskan gaya hidup pesakit. Walaupun demikian,
kita perlu menilai sakit ini terlebih dahulu kerana pembedahan tidak
bermakna rasa sakit ini akan hilang. Saya menasihatkan kepada sesiapa
sahaja supaya menjaga dengan baik postur mereka, gunakan pendakap
secara berterusan untuk mengelakkan bongkok. Rawat sebarang kesakitan
dengan merujuk kepada doktor yang pakar dalam bidang ini," Dr Siow
mengingatkan semua.

Menjaga postur anda semasa menggosok pakaian juga penting kerana pergerakan mendadak tulang belakang boleh menimbulkan masalah.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan (Utusan Malaysia) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan (Utusan Malaysia) Empty Re: Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan (Utusan Malaysia)

Post by zulkafperi@gmail.com Thu 21 Jul 2011, 3:33 pm

Kebanyakkan sakit belakang ini adalah di sebabkan oleh masalah ligament!! Ligament adalah struktur asas yang terpenting untuk mengikat dan menghubungkan diantara tulang-tulang belakang, jadi sebarang kecederaan boleh menyebabkan sprain atau strain kpd ligament. Rawatan yang biasa dengan NSAID/pain killers akan menyebabkan ligament ini tidak dibaik sepenuhnya dan kekal berada dalam keadaan Kendur/laxity. Ini lah penyebab utama kebanyakkan masalah sakit belakang ataupun sendi yang kronik. Doktor-doktor hanya berminat merawat tulang saja dgn operasi atau pun berhentikan pemulihan dgn NSAID!!! LIHAT www.proloclinics.com atau www.prolotherapy.my
avatar
zulkafperi@gmail.com
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan (Utusan Malaysia) Selang10
Jawatan : doktor
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 74
Tarikh Register : 21/07/2011
Reputation : 0
Points : 4811

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum