FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hari Jururawat : 2,000 raikan Hari Jururawat Sedunia (Utusan Malaysia)

2 posters

Go down

Hari Jururawat : 2,000 raikan Hari Jururawat Sedunia (Utusan Malaysia) Empty Hari Jururawat : 2,000 raikan Hari Jururawat Sedunia (Utusan Malaysia)

Post by Fieza Thu 20 May 2010, 10:06 am

2,000 raikan Hari Jururawat Sedunia

Hari Jururawat : 2,000 raikan Hari Jururawat Sedunia (Utusan Malaysia) Wj_08.1

SEBAHAGIAN daripada
jururawat yang menghadiri Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat
Negeri Johor di Dewan Jubli Intan, Muar, Johor, baru-baru ini. -
utusan/Ishak Rahmad


MUAR 17 Mei - Hampir 2,000 jururawat dari seluruh negeri ini
berhimpun di Dewan Jubli Intan di sini kelmarin bagi meraikan sambutan
Hari Jururawat Sedunia 2010.

Dewan berkenaan bagaikan 'lautan putih' apabila dipenuhi jururawat
yang lengkap beruniform bagi mengisi pelbagai aktiviti dijalankan.

Pada majlis yang bermula pukul 8 pagi, para jururawat terbabit
mengikuti sesi ceramah mengenai pelbagai topik kesihatan terkini selain
menjalankan aktiviti derma darah dan kem kesihatan.

Program yang dikenali sebagai 'Titipan Kasih Untaian Rasa' itu
anjuran Bahagian Kejururawatan Jabatan Kesihatan negeri Johor serta
Persatuan Jururawat Malaysia.

Hadir mewakili Menteri Besar Johor bagi merasmikan sambutan tersebut
ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan Johor, Dr. Robia Kosai.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Mohd. Khairi Yakub serta Pegawai Daerah Muar, Mislan Karmani.

Robia dalam ucapannya berkata, kerajaan amat prihatin terhadap
sebarang masalah jururawat dan berusaha dari semasa ke semasa untuk
meningkatkan tahap profesionalisme bidang pekerjaan tersebut.

"Kita melaksanakan tapisan yang utuh dalam pemilihan bakal jururawat
serta memastikan mereka ini memiliki kelulusan akademik yang baik demi
menjaga kualiti modal insan.

"Di samping itu, kerajaan juga sentiasa berusaha menghantar
jururawat ke luar negara untuk mendapatkan latihan lanjutan sesuai
dengan keperluan semasa," katanya.

Jelas beliau, sememangnya perkara yang cukup membanggakan apabila
jururawat tempatan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa
dengan semakin ramai yang diterima berkhidmat di Arab Saudi, Australia
atau negara-negara maju yang lain.

Katanya, sehingga kini, bilangan jururawat di Malaysia adalah
berjumlah seramai 82,000 orang dengan seramai 6,343 jururawat
berkhidmat di negeri Johor.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Hari Jururawat : 2,000 raikan Hari Jururawat Sedunia (Utusan Malaysia) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Hari Jururawat : 2,000 raikan Hari Jururawat Sedunia (Utusan Malaysia) Empty Re: Hari Jururawat : 2,000 raikan Hari Jururawat Sedunia (Utusan Malaysia)

Post by aedes14 Sun 23 May 2010, 12:39 am

molek2....
hehe
aedes14
aedes14
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Hari Jururawat : 2,000 raikan Hari Jururawat Sedunia (Utusan Malaysia) Kuala_10
Jawatan : cri slh org
Gender : Male
Jumlah Post : 161
Umur : 39
Tarikh Register : 13/12/2008
Reputation : 0
Points : 5976

https://www.facebook.com/kurangsiuman

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum