FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Diadakan - KP Terengganu (BERNAMA)

3 posters

Go down

Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Diadakan - KP Terengganu (BERNAMA) Empty Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Diadakan - KP Terengganu (BERNAMA)

Post by MaStErMiNd Tue 06 Jul 2010, 10:39 am

Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Diadakan - KP Terengganu (BERNAMA) Logo_111


05 Julai, 2010 19:37 PM

KUALA TERENGGANU, 5 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Terengganu Datuk
Mohd Shukri Dahlan berkata satu inkues akan diadakan dalam tempoh
terdekat berhubung kes bunuh seorang jururawat Hospital Sultanah Nur
Zahirah (HSNZ) lima tahun lepas.

Beliau berkata inkues itu dibuat selepas mendapat pandangan dan arahan
daripada Timbalan Pendakwa Raya yang meneliti kertas siasatan kes
tersebut.

"Semasa inkues itu nanti ramai saksi akan dipanggil termasuk keluarga
mangsa, rakan sepejabatnya serta enam orang yang pernah ditahan sebelum
ini bagi membantu siasatan kes itu," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan bilik media Ibu Pejabat Polis Kontijen negeri, di sini Isnin.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang antara lain memetik
keluarga Norhayati Awang sebagai mendakwa polis telah menutup kes
pembunuhan jururawat itu.

Menyangkal dakwaan tersebut, Mohd Shukri berkata pihaknya tidak pernah
berbuat demikian, malah telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji
semula siasatan kes itu.

"Polis telah melakukan siasatan sebaik mungkin mengikut peruntukan
undang-undang," kata beliau.

Katanya sepanjang siasatan kes itu polis telah menahan reman enam orang
berdasarkan maklumat yang diberikan oleh keluarga dan orang awam, namun
tidak ada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan pembunuhan
tersebut.

Dalam kejadian pada 13 Ogos 2005 lepas, Norhayati, 29, ditemui mati
dalam keadaan ngeri dengan lehernya dikelar dan ditikam berkali-kali
selepas dipercayai bergaduh dengan kenalan lelakinya di pekarangan
hospital berkenaan.

Mayatnya yang berlumuran darah ditemui di tempat duduk sebelah pemandu
kereta Perodua Kancil pada pukul 9 malam.

Sementara itu, mengulas mengenai bilik media tersebut, Mohd Shukri
berkata ianya bertujuan memberi keselesaaan kepada petugas media yang
datang membuat liputan di IPK selain melambangkan hubungan erat antara
media dan polis.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan media agar membuat
laporan yang seimbang berkenaan tugas polis agar masyarakat lebih
menghormati pasukan itu dan tidak hanya tertumpu kepada isu-isu sensasi.



-- BERNAMA
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14096

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Diadakan - KP Terengganu (BERNAMA) Empty Re: Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Diadakan - KP Terengganu (BERNAMA)

Post by Abipujangga Tue 20 Jul 2010, 2:17 pm

al fatihah buat mangsa....
avatar
Abipujangga
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Pembantu Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 15
Umur : 46
Tarikh Register : 08/03/2007
Reputation : 0
Points : 6466

Back to top Go down

Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Diadakan - KP Terengganu (BERNAMA) Empty Re: Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Diadakan - KP Terengganu (BERNAMA)

Post by NustRule Wed 28 Jul 2010, 6:45 pm

semoga keadilan dapat ditegakkan
NustRule
NustRule
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Pembancuh Ubat Yang Berjaya
Gender : Male
Jumlah Post : 91
Umur : 45
Tarikh Register : 05/08/2008
Reputation : 0
Points : 5900

http://www.geocities.com/nust_rule_pfp

Back to top Go down

Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Diadakan - KP Terengganu (BERNAMA) Empty Re: Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Diadakan - KP Terengganu (BERNAMA)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum