FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!???

4 posters

Go down

Miau! BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!???

Post by hantu_chot Thu 08 Jul 2010, 12:17 pm

Assalammualaikum dan selamat sejahtera diucapkan pada semua
forumer disini.Sukar utk aku mulakan bicaraku disini.Tapi itu lah yg ingin aku
lakukan sekarang.Kerana disini adalah tempat yg sgt sesuai utk aku meluahkan
kekusutan yg melanda perasaanku ini.Maaf sekiranya kisah episod cinta ini
terlalu pjg utk diikuti.hhmm Bismillah... Bermula umur kami 16 thn, aku dan A
hanya sekadar rakan sekolah yg berlainan kelas,tetapi menjawat jawatan yg
sama.Tidak pernah bertegur sapa ketika dibangku sekolah menengah.Ketika itu aku
masih mempunyai kekasih hati iaitu E yg sedang belajar di sekolah yg berlainan
negeri dari kami.Hanya surat yg menghubungkan cinta kami.

Episod cinta seterusnya ketika tamat spm.Aku menerima kad hari raya drpd A.Aku
tidak memberi respon.Kerna hatiku masih dipegang oleh E.Kemudian aku diterima
belajar di sebuah IPTA.Rupanya si A pun menuntut di ipta yg sama.Tapi kami
bertemu semula di ipta tersebut ketika beliau ingin berjumpa dgn kasih yg baru
tercipta iaitu R,yakni rakan sekolah aku juga.Itu tidak menjadi isu pada
ku,kerna pada aku,aku masih punya E.Kisah kad rayanya ku anggap cubaan nya utk
mencari kekasih dan akhirnya R yg ingin menerimanya.

Episod cinta seterusnya apabila si R yg di mana menuntut di ipta lain ingin
memutuskan perhubungannya dgn si A.Aku yg menjadi sahabat diantara mereka kerna
satu sekolah,menjadi org tengah utk cuba memperbaiki hubungan mereka semula.R
tidak setia,kerna menemui cinta yg lain di ipta nya.A merana dan kecewa lalu
meluahkan segala duka laranya kpd aku.Aku menjadi pendengar yg setia kerna kami
bertiga rakan sekolah.Hari demi hari aku menjadi sahabat luahannya.Pernah jugak
si A, meluahkan harapannya kpd aku.Dgn baik aku menolak,kerna aku punya E.

Episod cinta tidak kesampaian apabila aku mendapat berita bahawa, kekasih hati
ku E tlh kembali ke Rahmatullah kerna terlibat dgn kemalangan jalan raya.Ketika
itu aku merasa satu kehilangan yg sgt2 besar.E adalah segala2nya pada
ku,perhubungan aku dan arwah sgt2 baik sehingga mengenai A dan R pun dia
memberi sokongan pada ku utk membantu rakan2 ku.Tapi Allah lebih
menyanyanginya.Ketika ini si A, cuba utk mengulang semula pengharapan sebelum
ini.Mana mungkin aku menerimanya di ketika hati masih kesayuan bah kan dia
milik sahabat baik ku sendiri suata masa dulu.

Episod cinta hilang seketika.A ntah hilang kemana sejak aku menolaknya.Setelah
aku graduate, aku merantau kerja di negeri org.Negeri sendiri masih ada
kenangan yg menjadi ingatan.Antaranya A masih disana.Bermula episod aku
bekerja, sekali lagi A dpt menghubungi aku semula.Suasana ketika itu seperti
sahabat lama yg telah lama terputus hubungannya.Kami bertukar cerita dan
bertanya khabar.Soalan yg tidak disangka oleh A, mengenai status aku.Aku masih
single ketika itu.Si A pulak memberitahu bahawa dia sudah berpunya.

Episod cinta hilang semula.Sewaktu ini aku sudah bekerja di sebuah syarikat
baru, iaitu tempat kedua aku bekerja.Ditempat baru ini,aku menemui cinta
baru.Sekian lama aku single,kini baru terbuka semula pintu hati utk menerima
seseorg di dlm hati (mungkinkah kerana aku kecewa kerna si A sudah berpunya,
aku sendiri tidak pasti).Dia ialah L, rakyat jati negeri yg aku merantau
kini.Ketika inilah si A muncul kembali, seperti di tmpt pertama aku bekerja
dulu.Dia bertanyakan khabar dan status aku skarang.Dgn gembira aku khabarkan
bahawa aku sudah berpunya, oleh rakyat jati negeri ku mencari rezeki ini.Si A
cuba berkongsi kegembiraan ku,tapi aku dpt rasakan bahawa si A ada sesuatu utk
dikongsi bersama ku.Ternyata benar, Si A mempunyai masalah dgn kekasih nya
skarang, dan tidak menemui jalan keserasian.Aku sekadar membantu sbg rakan
lama.

Episod cinta ku terluka.L yg ku sangka selama ini boleh memberi kebahagian
sejati,akhirnya meninggalkan ku.Meninggalkan ku hanya kerna wanita yg lebih
cantik dari ku di tempat kerja barunya.Ternyata L memungkiri janjinya, tidak
setia seperti janji beliau pada ku dahulu.Walhal L dulu yg memilihku
sendiri.Dan ketika ini si A muncul lagi, aku harap A akan menyelamatkan aku dlm
kesakitan kali ini.Ketika si A mengetahui keadaan ku ini,dgn rasa gundah
gulana, si A mengkhabarkan bahawa dia akan bertunang.Bagaikan jatuh ditimpa
tangga.A menyangkakan bahawa aku akan kekal bahagia dgn si L.Kusangkakan
mendung sampai ke petang,rupanya hujan ditengahari.

Episod cinta ku bawa pergi bersama hati yg sunyi.Setelah setahun lebih lamanya
aku menyendiri.Si A hilang lagi bersama status tunang nya.Aku masih dgn status
kecewa ku.Allah maha mengetahui,tanpa ku duga aku terjumpa si A di satu majlis
keraian di negeri ku.Ketika ini aku mengambil cuti utk bersama keluarga.Ketika
bercuti bersama keluarga, aku terjumpa dgn si A.Ketika itu si A sendiri,kami
betukar khabar berita seperti sahabat terputus hubungan ('sahabat' kah kpd ku,
pada ku kini aku sudah menyintainya,kerna kesetiaan persahabatan ini).Aku
menyangka si A sudah berkahwin.Rupanya masih sendiri, mungkin masih berstatus
tunangan org.Sejak itu kami kerap berhubungan, seperti tidak mahu putus
lagi.Tapi aku masih sedar diri, dia sudah menjadi tunagan org kini.Wajarkah aku
tuk berbuat demikian,mengkhinati kaum aku sendiri? oh tidak.. aku takut dan
tidak pasti.

Episod cinta terkini ini masih lagi disini,menunggu saat terimanya kad undangan
perkahwinan dari nya.Tapi belum lagi terima.Ku diamkan diri lagi,sehingga aku
mendapat mimpi.Di dalam mimpi ku itu, sahabat handai aku ,mengenali A dan
sahabat handai A mengenali ku.Cerita mimpi itu umpama semuanya telah mengetahui
cerita aku dgn A.Dengan berat hati aku ingin melihat friendsternya.Semenjak A
bergelar tunangan org, fs nya dipenuhi gambar manis mereka bersatu menjadi
tunangan.Dan semenjak itu juga, aku tidak mahu melihatnya lagi.Tetapi ketika
malam aku bermimpi indah itu,aku terus utk melihat fs nya pada detik pagi itu
jugak.Aku online dan yg terpampang didepan mata ku,hanya gambar A dan rakan2
serta familynya saja.Tiada lagi gambar tunang dan tiada lagi status 'Maried'nya
spt sblm ini.Dan aku membaca komen2 dari sepupunya bahawa A dan tunang nya
bergaduh.Apa yg terjadi di antara mereka? aku kurang pasti.dan aku masih
menanti hingga saat ini kad undangan perkahwinannya.. menanti dan terus
menanti.. utk memuaskan hati ku ini.. bahawa CINTA aku terhadap A adalah

BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!??? Aku tidak mahu m'ganggu tetapi aku mahu
ingin menanti dan terus menanti....

APA PENDAPAT RAKAN2 YG LAIN..BANTU LAH AKU MENGHIBURKAN DIRI.. SUDAH SEPULOH
TAHUN AKU BEGINI DGN kekasih gelapku A
Attachments
BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!??? Attachment
kerinduan.jpg You don't have permission to download attachments.(24 Kb) Downloaded 3 times
hantu_chot
hantu_chot
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!??? Selang10
Jawatan : IT
Gender : Male
Jumlah Post : 519
Umur : 41
Tarikh Register : 28/05/2008
Reputation : 6
Points : 6335

https://www.facebook.com/zaidatul.abdullah

Back to top Go down

Miau! Re: BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!???

Post by Fieza Thu 08 Jul 2010, 4:35 pm

chot sbr ek..
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!??? Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Miau! Re: BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!???

Post by hantu_chot Thu 08 Jul 2010, 5:09 pm

InsyaAllah... tetiba nak kawin ni, rasanya mmg kahwin tanpa cinta....
hantu_chot
hantu_chot
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!??? Selang10
Jawatan : IT
Gender : Male
Jumlah Post : 519
Umur : 41
Tarikh Register : 28/05/2008
Reputation : 6
Points : 6335

https://www.facebook.com/zaidatul.abdullah

Back to top Go down

Miau! Re: BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!???

Post by kelisa Thu 08 Jul 2010, 10:30 pm

hmm....soal cint mmg sukar tuk dpkatakn......... @
papepon,aku doakn y tbaik......
kelisa
kelisa
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!??? Selang10
Jawatan : ('^')...keje...keje...keje.......
Gender : Female
Jumlah Post : 4246
Umur : 1133
Tarikh Register : 02/08/2009
Reputation : 24
Points : 10467

Character sheet
Mutiara Kata saya: HaRi InI MesTi D'trSkn KrNa SmLm AdAlH SeJaRaH & EsK AdLh HaRi Yg BeLum PaSt UnTk AkU..!!!!

https://www.facebook.com http://kelisa50932Gmail.com

Back to top Go down

Miau! Re: BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!???

Post by kainkapan Fri 09 Jul 2010, 2:19 am

urm...........

anak punai anak merbah...
terbang turun buat sarang....
anak sungai pun berubah...
ini pula hati orang,apa nak di kenang..

ala cakpong cakpong...........
sabar chot.... life must go on....
kainkapan
kainkapan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri : BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!??? Kelant10
Jawatan : PenGGaLi KuBuR
Gender : Male
Jumlah Post : 326
Umur : 42
Tarikh Register : 14/05/2007
Reputation : 3
Points : 6855

Character sheet
Mutiara Kata saya: MALU mu ialah mahkota yang tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama, Tiada siapa yang dapat merampasnya melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Back to top Go down

Miau! Re: BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!???

Post by hantu_chot Fri 09 Jul 2010, 11:58 am

khabar yg terbaru ialah... A telah berkahwin.kad jemputan A tlh disembunyikan oleh kawan rumah sewa aku rupanya...
tapi aku redha semuanya...tinggalnya cuma, aku kawin tanpa cinta..
hantu_chot
hantu_chot
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!??? Selang10
Jawatan : IT
Gender : Male
Jumlah Post : 519
Umur : 41
Tarikh Register : 28/05/2008
Reputation : 6
Points : 6335

https://www.facebook.com/zaidatul.abdullah

Back to top Go down

Miau! Re: BeRaT JoDoH atau KuaT JoDoh ...!!!???

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum