FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Doktor Jantung: Tempoh mengambil aspirin

Go down

Doktor Jantung: Tempoh mengambil aspirin Empty Doktor Jantung: Tempoh mengambil aspirin

Post by azrunia Sat 07 Aug 2010, 2:46 pm

BIASANYA pesakit jantung diberi ubat aspirin untuk mencairkan darah.
Adakah mereka perlu memberitahu doktor atau menghentikan pengambilan
ubat ini jika mahu menjalani rawatan, contohnya mencabut gigi? Adakah
pengambilan aspirin ini untuk sepanjang hayat atau boleh dihentikan
atas nasihat doktor?

Aspirin adalah ubat yang wujud lebih seabad lamanya. Malah, aspirin
yang bahan kimianya berasal daripada pohon willow digunakan sejak zaman
ahli tabib Yunani, Hippocrates dan masyarakat Cina berkurun lalu, di
mana daun dan kulit kayu dari pohon ini diambil untuk menghilangkan
rasa sakit.


Walaupun penggunaan aspirin berkurangan pada pertengahan abad lalu
selepas penemuan paracetamol pada 1956, populariti aspirin kembali
semula sejak 1980-an apabila aspirin digunakan secara meluas untuk
mengubati penyakit jantung koronari.


Serangan jantung atau infarksi miokardium berlaku apabila gumpalan
darah terjadi di dalam pembuluh darah koronari secara tiba-tiba,
menyebabkan pengaliran darah terhenti. Ini mengakibatkan kerosakan
teruk pada otot jantung yang ketandusan darah.


Dalam proses awal pembekuan darah, sel darah platelet yang diaktifkan
akan melekat sesama sendiri sebelum menjadi gumpalan darah. Aspirin,
pada dos lebih rendah daripada yang digunakan bagi tujuan menghilangkan
kesakitan, bertindak ke atas platelet berkenaan lalu ‘mencairkan darah’
dan mengelak berlakunya serangan jantung.


Kajian mendapati jika aspirin diberi ketika infarksi mikardium, ia
boleh mengurangkan kadar kematian sebanyak 25 peratus. Oleh itu aspirin
antara ubat paling penting untuk seseorang pesakit penyakit jantung
koronari dan harus diambil sepanjang hayat dan tidak boleh dihentikan,
walaupun sehari, melainkan atas sebab tertentu.


Bagi kebanyakan rawatan dan pembedahan kecil seperti mencabut
gigi, aspirin tidak perlu dihentikan. Ini kerana pendarahan yang
berlaku tidak serius dan mudah ditangani.


Bagaimanapun, untuk pembedahan lebih besar seperti pembedahan
perut dan usus atau penggantian sendi lutut, pengambilan aspirin perlu
dihentikan untuk beberapa hari bagi mengelak komplikasi pendarahan.
Dalam apa pun situasi, anda harus mendapatkan nasihat pakar jantung
yang merawat anda sebelum berhenti memakan aspirin.





Doktor Jantung: Tempoh mengambil aspirin Icon_study Doktor Jantung: Tempoh mengambil aspirin 45243 Doktor Jantung: Tempoh mengambil aspirin 41710 Doktor Jantung: Tempoh mengambil aspirin 685258
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Doktor Jantung: Tempoh mengambil aspirin Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6762

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum