FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Info: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Go down

07082010

Post 

Info: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Empty Info: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)




Penyakit tangan, kaki dan mulut (hand,
foot and mouth disease – HFMD) adalah penyakit jangkitan virus yang
akut (keadaan penyakit yang menyerang dengan cepat, gejala teruk tetapi
berlaku dalam masa singkat). Ia biasanya bermula dengan gejala lecur
dalam mulut yang pecah. Lecur ini juga boleh berlaku pada tangan, kaki,
punggung dan kemaluan.


Dalam kebanyakan kes, HFMD disebabkan
virus coxsackie jenis 16 (CV16). Bagaimanapun, penyakit ini juga kerap
dikaitkan dengan virus coxsackie lain seperti A5, A7, A9, A10, B2 dan
B5. Di rantau Pasifik Barat, enterovirus 71 (EV-71) juga pernah
menyebabkan letusan penyakit ini.



HFMD yang menyerang kanak-kanak berbeza
dengan penyakit tangan, kaki dan mulut pada haiwan. HFMD biasanya
berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.



Yang membimbangkan ialah, penyakit ini
mudah berjangkit dan merebak. Kebanyakan orang dewasa ada pengalaman
mendapat penyakit ini. Selain menyebabkan ketidakselesaan, HFMD jarang
menyebabkan komplikasi penyakit yang teruk atau kematian.




Jangkitan



Jangkitan berlaku dalam rantaian najis
ke mulut atau melalui sentuhan kulit yang mengalami lesi (nampak
seperti kudis) atau air liur individu yang dijangkiti.



Apabila dijangkiti, kumin virus (partikel halus dari virus) akan memasuki aliran darah (keadaan ini dipanggil viremia).

Ini diikuti serangan pada kulit dan
membran mukus (lapisan lembap yang mengalas beberapa struktur dan
rongga seperti saluran pernafasan dan sinus hidung). Dari sini lesi
akan muncul di dalam mulut dan pada kulit sebelum merebak ke kawasan
lain.



Komplikasi



HFMD yang disebabkan virus coxsackie adalah penyakit yang tidak berbahaya dan mengehadkan pergerakan seseorang.

Biasanya ia hilang dalam masa tujuh
hingga 10 hari. Jarang berlaku HFMD yang berulang atau berpanjangan.
Malah, kes HFMD yang menyebabkan komplikasi serius juga sangat jarang
terjadi.



Individu yang diserang HFMD boleh
mengalami beberapa ulser pada mulutnya. Keradangan pada ulser ini
menyebabkan mulut sakit dan kanak-kanak biasanya enggan makan atau
minum.



Masalah kekeringan atau tidak cukup air adalah komplikasi biasa pada pesakit yang mengalami HFMD.

Kadangkala seseorang itu boleh
mengalami HFMD dan meningitis aseptik (meningitis steril pada selaput
otak) serentak.



Namun bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku.

HFMD yang disebabkan EV-71 mempunyai
kadar insiden lebih tinggi yang membabitkan saraf, namun komplikasi
kardiologi seperti keradangan otot jantung (miokarditis), keradangan
paru-paru dan pulmonari edema (paru-paru bengkak atau mengandungi
cecair yang menyebabkan susah bernafas) jarang berlaku.



Tanda dan Gejala



Gejala HFMD biasanya bermula 3 hingga 7
hari selepas mendapat jangkitan. Gejala ini boleh berakhir dalam tempoh
tujuh hingga 10 hari dan pesakit biasanya tidak perlu dimasukkan ke
hospital. Antara tanda dan gejala lazim ialah :



* Demam panas



* Sakit tekak



* Melepuh (kecil) di dalam mulut, tepi lidah, tapak tangan, jari, tapak
kaki, punggung dan kemaluan. Ia tidak gatal, tidak seperti cacar air



* Hilang selera makan



* Berasa letih dan lesu





Pada permulaan, tanda lepuh ini
terdapat di dalam mulut (di bahagian pipi), lidah dan lelangit. Tanda
ini akan membesar dengan cepat menjadi gelembung berisi cecair.



Lebih kurang 75% pesakit HFMD akan mengalami gejala ini diikuti demam panas selama 24 hingga 48 jam.



Bagaimana HFMD Merebak?



Cara utama virus coxsackie merebak
ialah melalui sentuhan cecair dari tempat yang melepuh dan cecair
hidung, mulut

atau dada (tersebar apabila pesakit batuk atau bersin).
Virus ini boleh ada di dalam usus selama beberapa minggu selepas
seseorang dijangkiti dan keluar bersama najis.



Cara terbaik untuk mengelak penyakit ini ialah :



+ Mencuci tangan dengan bersih selepas menyentuh cecair badan daripada pesakit



+ Tidak berkongsi pinggan mangkuk, sudu garfu, cawan, tuala, berus gigi dan baju



+ Pesakit perlu berehat di rumah.
Jangan benarkan anak anda ke sekolah, tadika, taman permainan atau
pusat jagaan kanak-kanak hinggalah semua lepuh kering kerana
kanak-kanak adalah agen penyebar penyakit paling cepat.



Diagnos dan Rawatan



HFMD mudah didiagnos melalui ciri klinikal seseorang pesakit tanpa memerlukan ujian makmal.



Oleh kerana HFMD disebabkan jangkitan
virus, tiada rawatan khusus untuknya dan anda tidak perlu meminta
doktor memberi antibiotik kerana ia tidak berkesan (antibiotik hanya
untuk membunuh bakteria, bukan virus).



Bagaimanapun, pesakit akan diberi ubat
tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan di dalam mulutnya. Antara cara
yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan anak ialah :



* Beri anak minum, sedikit demi sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan masalah kekurangan air



* Biarkan lepuh kering sendiri, jangan dipecahkan



* Jika anak anda sakit kepala, tegang
leher atau sakit belakang, bawa anak ke hospital. Ini kerana dalam
sesetengah kes (walaupun sangat jarang berlaku), pesakit HFMD boleh
mengalami keradangan otak (ensefalitis), meningitis atau polio



Ingatan!



+ HFMD sangat mudah merebak dan pesakit perlu berehat di rumah



+ HFMD bukan penyakit berbahaya sehingga meragut nyawa



+ Tiada rawatan khusus, vaksin atau penawar untuk HFMD



+ Jika anak anda alami gejala teruk (termasuk sakit kepala, tegang leher dan sakit belakang), segera bawa ke hospital



+ HFMD tidak memberi risiko kepada wanita mengandung atau anak dalam kandungan








Info: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Icon_sunny Info: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Icon_sunny Info: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Icon_sunny Info: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Icon_sunny Info: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Icon_sunny
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Info: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6700

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Share this post on: reddit
- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum