FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tak perlu guna krim kuat

Go down

Tak perlu guna krim kuat Empty Tak perlu guna krim kuat

Post by azrunia Mon 16 Aug 2010, 10:21 pm

SEJAK kebelakangan ini, saya lihat keprihatinan si isteri mengenai
hubungan intim bagi pasangan suami isteri. Ia membuktikan wanita kini
tidak teragak-agak untuk menyelesaikan masalah seksual dan sanggup
membantu pasangan yang masih tidak terbuka untuk menyelesaikan masalah
seksual.










Sebenarnya, si suami yang sepatutnya mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah seksual mereka, terutama berkaitan kes ‘popular’
cepat klimaks. Si suami tidak sepatut melepaskan tanggungjawab itu
kepada isteri.

Saya menerima banyak aduan mengenai masalah suami cepat klimaks,
dalam keadaan ini isteri boleh membantu di segi memandu melakukan
adegan pemanasan yang mencukupi kepada suami supaya dapat sampai ke
pintu kemuncak sebelum penetrasi dilakukan suami.


Jika belum lagi sampai ke pintu kemuncak, isteri tidak akan dapat
mencapainya apabila adegan penetrasi dilakukan dan jika suami masih
dapat kekalkan ereksinya walaupun sudah klimaks, dia masih boleh
bergerak sehingga ereksinya melembut dan bukan menghentikan pergerakan
selepas berlaku ejakulasi, walaupun hujung alat sulitnya terasa nyilu.


Kadangkala menggesel tundun dengan pangkal alat sulit lelaki sudah
mencukupi untuk mencetuskan klimaks kepada perempuan apabila geselan
itu terkena klitoris.


Kaedah ini dikenali sebagai ‘coital alignment’ yang mana pangkal
alat kelamin lelaki itu menggesel klitoris tanpa gerakan keluar masuk.
Untuk makluman pasangan suami isteri, cepat klimaks mencerminkan
kekurangan kawalan kepada perasaan ‘merembeskan’ sperma.


Ia sebenarnya dalam kawalan minda dan jika suami bergerak dalam
kawalan, iaitu melakukan tusukan secara terkawal dengan menggerakkan
ereksi ke dalam kelamin wanita dengan gerakkan tolak dan tarik dengan
jarak dekat, geselan kepada penghujung alat sulit suami yang sensitif
itu dapat dilegakan supaya tidak sampai hilang kawalan klimaks.


Suami juga boleh mengunakan krim kebas di penghujung kepala alat
kelaminnya (krim kebas perlu dibeli daripada doktor atau farmasi
melalui preskripsi doktor) untuk memudahkan lagi mengawal perasaan
klimaks.


Krim mengandungi gambir Sarawak dan bahan yang boleh memijarkan
kulit tidak sesuai kerana boleh merosakkan kulit penghujung alat sulit
kedua pasangan itu.

Jika lama menggunakan bahan larangan, urat saraf penghujung alat
sulit boleh rosak dan kadangkala dengan menggunakan cincin penambat
zakar yang diperbuat daripada silikon (bukan getah) untuk disarungkan
ke pangkal alat kelamin dapat membantu mengekalkan ereksi walaupun
sudah klimaks dan dapat meneruskan sehingga isteri juga sampai
klimaksnya.


Memang tidak dinafikan yang masalah cepat klimaks ini berlaku
kepada semua lelaki satu ketika dalam riwayat hidupnya dan ia sesuatu
yang amat merunsingkan pasangan apabila mereka berdua sudah mati akal
untuk menyelesaikannya.


Berjumpa dukun dan mendapat rawatan mengarut daripada mereka dan
tukang urut boleh mengundang risiko kerosakan kelamin apabila kaedah
yang bukan-bukan seperti menyuntik dengan minyak bunga atau mengurut
dengan minyak dhab atau gambir Sarawak.


Lelaki belum terbuka untuk berjumpa doktor untuk menyelesaikan
masalah seksual mereka. Terdapat ramai lelaki yang merana menanggung
kerosakan yang berlaku kepada anggota kelamin mereka selepas mendapat
rawatan yang bukan-bukan itu. Termasuk juga wanita yang terpaksa merana
kerana kerenah suaminya!


Untuk makluman pembaca ruangan ini, tidak ada krim yang dijual di
pasaran dapat membantu menyelesaikan masalah cepat klimaks lelaki.

Krim yang dijual di pasaran dan melalui Internet semuanya
memberikan keterangan palsu dengan menyatakan perkara yang tidak betul.


Masalah cepat klimaks sebenarnya perlu kepada rawatan yang lebih
saintifik dan memerlukan pemeriksaan doktor serta rawatan perubatan
moden jika tidak dapat diselesaikan sendiri.


Merawat dengan cara mengarut seperti menggunakan krim mengarut dan
urut boleh memberatkan lagi masalah. Jangan biarkan masalah ini
berpanjangan kerana ada kemungkinan besar lelaki yang mengalami masalah
ini boleh mengalami mati pucuk ketara!


Tak perlu guna krim kuat Icon_king
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Tak perlu guna krim kuat Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6700

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum