CUEPACS mohon 2 bulan bonus untuk kakitangan awam (Utusan Malaysia)
4 posters
Page 1 of 1
CUEPACS mohon 2 bulan bonus untuk kakitangan awam (Utusan Malaysia)
CUEPACS mohon 2 bulan bonus untuk kakitangan awam
SEREMBAN 22 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam tahun ini.
Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya berharap peruntukan itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 pada Oktober ini.
Beliau memberitahu, pihaknya sudah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat pertimbangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lalu.
Tambahnya, dengan keadaan ekonomi yang lebih baik sekarang, jika tidak boleh diberikan bonus dua bulan gaji, CUEPACS berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian sekurang-kurangnya sebulan gaji.
"Penjawat awam tulang belakang kerajaan. Saya harap tiada pihak yang mempertikaikan tuntutan pemberian bonus kepada penjawat awam. Jika tidak CUEPACS memperjuangkannya, siapa lagi?
"Jadi kita berharap kerajaan sedia mempertimbangkan permohonan ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hari raya anjuran Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Malaysia di sini hari ini.
Kata Omar, pemberian bonus itu mampu menyuntik semangat selain meringankan beban tanggungan 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.
"Apatah lagi sehingga kini sudah dua tahun kakitangan awam tidak menerima bonus.
"Pemberian saguhati hari raya baru-baru ini pula bukan diterima semua penjawat awam seperti pegawai-pegawai atasan," katanya.
Dalam perkembangan lain, kata Omar, pihaknya turut berharap kerajaan menyegerakan tuntutan Kemas agar semua 14,500 kakitangan kontraknya diserapkan ke jawatan tetap selewat-lewatnya tahun depan.
"Kalau diikutkan, berbanding kakitangan awam dari segi kemudahan, kakitangan Kemas sudah jauh ketinggalan dari segi jaminan masa depan termasuk pencen, jaminan perubatan dan sebagainya.
"Jadi kita berharap dalam pembentangan bajet Oktober ini, perkara ini juga dapat dimasukkan agar semua kakitangan Kemas ini diserapkan kepada jawatan tetap," katanya.
Tambah Omar, tuntutan tersebut sudah lama berlarutan namun sehingga kini status kakitangan Kemas ini belum diputuskan.
"CUEPACS juga sudah menyerahkan satu memorandum khas kepada Perdana Menteri beberapa bulan lepas berhubung perkara ini.
"Kita bukan mendesak tetapi berharap kerajaan menyegerakan sebab hari ini kakitangan Kemas berasa gusar dan tidak tenang kerana kebajikan mereka masih terabai," katanya.

MaStErMiNd- WEBMASTER
- Jawatan : Paramedic
Gender :
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14161
Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...
Re: CUEPACS mohon 2 bulan bonus untuk kakitangan awam (Utusan Malaysia)
jangan harapan tinggal harapan aje
azie8314- AHLI FORUM
- Negeri :
Jawatan : jururawat u29
Gender :
Jumlah Post : 3
Umur : 41
Tarikh Register : 29/07/2011
Reputation : 0
Points : 4870
Re: CUEPACS mohon 2 bulan bonus untuk kakitangan awam (Utusan Malaysia)
adeh mcm mn nk dpt bonus kalu dh kuar yg x nk bg bonus elak perbelanjaan melebihi pendapatan
Cik Pah- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : MLT
Gender :
Jumlah Post : 1946
Umur : 43
Tarikh Register : 07/11/2006
Reputation : 12
Points : 7064
Character sheet
Mutiara Kata saya: cHaiyoOoOk!!!
Re: CUEPACS mohon 2 bulan bonus untuk kakitangan awam (Utusan Malaysia)
adalah perlu kerajaan mempertimbang kembali pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan kerana mereka merupakan penjana pendapatan negara dan perlu menghargainya...bukan menghabiskan duit rakyat semata mata ... perlu ingat tanpa rakyat siapalah mereka mereka tu!
- Attachments
azereen72@yahoo.com- AHLI FORUM
- Negeri :
Jawatan : Health Sister
Gender :
Jumlah Post : 2
Umur : 52
Tarikh Register : 28/07/2011
Reputation : 0
Points : 4870
Similar topics
» Kakitangan Awam Terima Tambahan Bonus Satu Bulan, Pesara RM500
» Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara
» Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Pejawat Awam, Bayaran Khas RM500 Untuk Pesara Kerajaan
» Cuepacs Mohon Bonus Dikecualikan Cukai
» Pemberian Bonus 1 1/2 Bulan Terbaik Setakat Ini - Cuepacs

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak