FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perjuangan merawat penyakit kanser (Utusan Malaysia Online)

Go down

Perjuangan merawat penyakit kanser (Utusan Malaysia Online) Empty Perjuangan merawat penyakit kanser (Utusan Malaysia Online)

Post by Fieza Mon 04 Oct 2010, 10:49 pm

Perjuangan merawat penyakit kanser

Oleh RANIA PARAN
utusansarawak@utusan.com.my

Perjuangan merawat penyakit kanser (Utusan Malaysia Online) Wb_04.1
JACQUELINE Buri menunjukkan poster mengenai Larian Relay Amal Separa Maraton pada 16 Oktober di Kelab Bot Piasau bagi mengumpul dana untuk membiayai PCHPM, di Miri, Sarawak, semalam.

MIRI 1 Okt. - Pernahkah kita terfikir berada di tempat seorang penghidap kanser?

Apakah perasaan apabila mengetahui anda adalah penghidap kanser tahap akhir yang sudah tentunya perasaan sedih, kecewa, putus asa dan marah bermain di fikiran anda.

Cuba pula bayangkan, apakah perasaan anda seandainya keluarga, pasangan, teman dan orang sekeliling mengasingkan diri atau membiarkan anda setelah mengetahui bahawa anda adalah penghidap kanser tahap akhir?

Dengan kasih sayang, keprihatinan dan sokongan daripada keluarga mungkin akan membawa pesakit lupa bahawa mereka adalah penghidap kanser tahap akhir.

Sokongan daripada keluarga amat penting bagi memberikan semangat kepada pesakit kanser untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka.

Namun apa yang berlaku, terdapat ahli keluarga yang mengasingkan diri daripada penghidap kanser kerana bimbang penyakit itu menjangkiti mereka, sedangkan pada hakikatnya ia tidak boleh berjangkit.

''Apabila keluarga menjauhkan diri daripada mereka (pesakit), semakin takut mereka untuk menjalani hari-hari yang mendatang dengan yakin dan tabah.

''Sokongan emosi perlu supaya pesakit tidak berputus asa untuk menjalani kehidupan dengan tabah," kata Setiausaha Persatuan Program Jagaan Paliatif Miri atau (Palliative Care Home Program Miri) (PCHPM) Jacqueline Buri kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Paliatif bermaksud rawatan, ubat, urutan dan sebagainya yang bertujuan melegakan, mengurangkan atau meringankan kesakitan atau penyakit dan bukan untuk menyembuhkannya.

Menurut Jacqueline, melalui pendekatan emosi seperti kasih sayang, perhatian dan penjagaan yang baik, penghidap kanser dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih berkualiti.

Jacqueline berkata, kurangnya kesedaran dan sokongan terhadap pesakit kanser pada masa lalu merintis kepada penubuhan PCHPM pada 2005.

Sejak ditubuhkan, pusat yang terletak berhampiran Hospital Miri telah banyak menyentuh perasaan pesakit kanser dan ahli keluarga melalui aktiviti sokongan dan semangat yang diberikan untuk pesakit.

''Antara objektif utama PCHPM ialah memberi penjagaan dan sokongan kepada pesakit kanser tenat di sekitar Miri, memberi pinjaman peralatan perubatan secara percuma apabila perlu di samping rawatan am," katanya.

Selain perkhidmatan paliatif, pusat ini turut menyedia dan memberi perkhidmatan untuk pesakit kanser melalui sokongan moral, mental dan sosial melalui kumpulan sokongan di samping perkhidmatan kawalan kesakitan (Pain Control) kepada pesakit.

''Kita bersama jururawat turut mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk memastikan pesakit kanser dan penjaga mereka dapat menghadapi situasi itu dengan baik," jelas Jacqueline.

Usaha menubuhkan PCHPM dirintis oleh Pengasasnya, Dr. Mieke Van De Leemput, ekspatriat dari Holland yang datang bersama suaminya yang ditugaskan di Sarawak Shell Berhad pada 2005.

Sebagai seorang doktor yang pernah merawat pesakit tenat di rumah, Leemput kemudian mencadangkan agar Miri mempunyai program paliatif untuk pesakit kanser.

Dengan sokongan Hospital Miri, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (PKKM) dan pelbagai agensi swasta termasuk Sarawak Shell Berhad dan wakil rakyat, akhirnya PCHPM berjaya dilaksanakan.

Pusat itu dibuka secara rasmi oleh Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin pada 2006.

''Setakat ini, kami menyediakan empat katil untuk Unit Penjagaan Paliatif di wad hospital yang mana pesakit menerima perhatian segera. Manakala PCHPM yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula bertugas sebagai jawatankuasa kecil untuk PKKM cawangan Miri.

''Sebelum pusat ini ditubuhkan, pesakit kanser di tahap akhir akan ditempatkan di wad biasa di hospital dan mendapat rawatan yang sama seperti pesakit bukan kanser. Mereka juga mendapat rawatan di klinik kesihatan am," kata Jacqueline.

Menurutnya, apa yang menyedihkan terdapat sebahagian daripada mereka menghabiskan hari-hari terakhir di rumah dalam keadaan yang terasing berikutan stigma terhadap kanser, tanpa sokongan dan jagaan yang sepatutnya.

Kini, setiap pagi Selasa, dua jururawat yang dibantu oleh sukarelawan akan mengadakan aktiviti rutin di PCHPM seperti urutan, refleksiologi, memotong rambut dan apa sahaja aktiviti yang boleh menggembirakan pesakit.

Sejak ditubuhkan hampir lima tahun lalu, PCHPM telah mengendalikan hampir 400 pesakit iaitu 80 pesakit pada 2006, 97 (2007), 115 (2008) dan 100 (2009). Daripada jumlah itu, kira-kira 262 pesakit kanser sudah meninggal dunia.

Statistik juga menunjukkan, PCHPM mengadakan lawatan ke rumah pesakit kanser sebanyak 333 kali pada 2006, 613 (2007), 731 (2008) dan 662 (2009).

''Setakat ini kita mengendalikan lebih 42 pesakit dengan bantuan keluarga dan kira-kira 15 sukarelawan. Bagaimanapun pada masa tertentu kita tidak mempunyai sukarelawan yang mencukupi," jelas Jacqueline menambah PCHPM turut mengendalikan latihan komprehensif untuk sukarelawan dan jururawat dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, untuk memastikan program ini berjalan lancar, mereka memerlukan bantuan sukarelawan selain bantuan dana berterusan.

''Pusat ini memerlukan jururawat dan kakitangan perubatan sukarelawan, kaunselor dan jurubahasa. Kita perlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran melakukan kerja pejabat, menulis, luas pengalaman selain sanggup meluangkan masa tanpa sebarang bayaran," katanya.

Jelas beliau, kebanyakan dana dikumpul melalui penganjuran pelbagai aktiviti antaranya aktiviti utama tahunan iaitu Larian Relay Amal Separa Maraton dan majlis makan malam.

''Mujurlah setakat ini kita banyak menerima bantuan kewangan daripada syarikat, persatuan tempatan selain keluarga pesakit kanser yang telah meninggal dunia. Kita juga turut menerima derma daripada penderma antarabangsa.

Terbaru, PCHPM akan menganjurkan Larian Relay Amal Separa Maraton pada 16 Oktober ini di Kelab Bot Piasau bagi mengumpul dana untuk membiayai pusat itu.

Setiap peserta akan dikenakan yuran masuk RM10 manakala tiket 'barbeku' pula RM25 untuk dewasa manakala kanak-kanak RM15.

Orang ramai yang ingin menyertai larian boleh menghubungi Kelab Bot Piasau di talian 085-655313 atau Eric (017 - 8507056) manakala untuk menderma wang tunai boleh menghubungi PCHPM di talian utama 082-420033 atau 012 - 8456480.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Perjuangan merawat penyakit kanser (Utusan Malaysia Online) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum