FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Proton Exora

2 posters

Go down

Proton Exora Empty Proton Exora

Post by Fieza Wed 10 Nov 2010, 2:12 pm

Exora buktikan Proton mampu bersaing (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Kejayaan model Exora memenangi pertandingan Brighton to London Future Challenge pada Sabtu lalu membuktikan Proton Holdings Bhd. (Proton) mampu bersaing dengan syarikat gergasi dunia dalam teknologi kereta hibrid yang menggunakan enjin petroleum dan elektrik secara serentak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Exora mendapat tempat pertama dalam kategori kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya berikutan mencatat penggunaan satu gelen petrol untuk 219 kilometer.

''Kereta syarikat lain yang mendapat tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 100 kilometer bagi satu gelen iaitu kurang separuh daripada kebolehan Exora untuk menjimatkan minyak.

''Keputusan pertandingan ini jelas menunjukkan yang teknologi Proton jauh lebih baik daripada teknologi lain-lain jenama,'' katanya dalam entri terbaru bertajuk Proton Dalam Era Teknologi Hijau dalam blog http://chedet.co.cc di sini hari ini.

Pertandingan yang melibatkan jarak perjalanan sejauh kira-kira 96.54 kilometer dari Brighton ke London di United Kingdom turut disertai syarikat automotif terkemuka termasuk Toyota dari Jepun, Volkswagen (Jerman) dan General Motors (Amerika Syarikat).

Kenderaan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada kereta yang sudah dipasarkan dan belum dipasarkan.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir yang juga Penasihat Proton menjelaskan bahawa model Saga sepatutnya turut diumumkan sebagai pemenang dalam kategori kenderaan enjin elektrik pada pertandingan berkenaan.

''Saga elektrik juga mendapat kemenangan tetapi syarikat-syarikat lain membuat protes. Pihak Proton telah membantah protes itu,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, kelebihan lain kedua-dua model Exora dan Saga yang menyertai pertandingan itu adalah ia kurang mengeluarkan asap karbon dioksida dan monoksida yang mencemarkan udara.

''Kedua-duanya juga mampu memuatkan jumlah penumpang sepenuhnya dan tempat simpanan barang juga mempunyai kapasiti biasa.

''Hampir semua kereta lain terpaksa menggunakan tempat simpanan barang dan tempat duduk belakang untuk bateri,'' jelasnya.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Proton Exora Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Proton Exora Empty Re: Proton Exora

Post by kelisa Mon 15 Nov 2010, 12:40 am

hmm fieza belanje sebijik exora....hehehehe
kelisa
kelisa
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Proton Exora Selang10
Jawatan : ('^')...keje...keje...keje.......
Gender : Female
Jumlah Post : 4246
Umur : 1132
Tarikh Register : 02/08/2009
Reputation : 24
Points : 10405

Character sheet
Mutiara Kata saya: HaRi InI MesTi D'trSkn KrNa SmLm AdAlH SeJaRaH & EsK AdLh HaRi Yg BeLum PaSt UnTk AkU..!!!!

https://www.facebook.com http://kelisa50932Gmail.com

Back to top Go down

Proton Exora Empty Re: Proton Exora

Post by Fieza Sat 27 Nov 2010, 10:53 am

kelisa wrote:hmm fieza belanje sebijik exora....hehehehe

tongue tongue tongue tongue tongue tongue
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Proton Exora Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Proton Exora Empty Re: Proton Exora

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum