hamil tapi -ve
4 posters
Page 1 of 1
hamil tapi -ve
slm...sy adalah ahli bru forum ni.nk mntak cket pendapat..
berusia 25thn,baru berkahwin...sy mengalami symptom awal kehamilan
-muntah
-loya/mual
-sakit bwh perut
-suhu bdn meningkat pd waktu mlm
-pening
-kerap kencing
-kembung perut
period sy selama 2bln ni slama 7hari.tapi tidak keluar darah,cuma cairan warna coklat sahaja..sy telah mbuat ujian kehamilan..ttp jwpnya -ve..kemudian ibu sy mmbawa sy berjumpa bidan kampung,setelah dperiksa,sy hamil tapi baru dperingkat awal..sy telah pergi ke 3 klinik swasta yang berlainan..ketiga-tiga klinik ini mberi pil trun darah..katanya untuk melancarkan haid sy..
1)perlukah syg mkn ubat tersebut??
2)betulkah saya hamil atau symptom tersebut trdapat untuk penyakit lain??
30boleh kah kehamilan di sahkan dengan cara scan?

alinrahman1985- AHLI FORUM
- Jawatan : admin
Gender :
Jumlah Post : 6
Tarikh Register : 30/12/2010
Reputation : 0
Points : 5088
Re: hamil tapi -ve
hmmm... sympthom ni banyak kali saya jumpe case cam ni..
bidan kampung tu periksa guna ape yer?
kalau UPT negatif maksudnya tak mengandung tapi betul betul nak kepastian kena la check di klinik.. Pasal scan tu plak cari ker ckinik private yang ader scan 3d untuk confirmkan

Sujinder- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan U29 Y/M
Gender :
Jumlah Post : 37
Umur : 44
Tarikh Register : 11/10/2006
Reputation : 0
Points : 6678
Character sheet
Mutiara Kata saya: Nothing Comes Easily
thnx alot
tq cz bg fedback for dis topic...bp hari lpas kua darah,tp xbnyk..i think i gugur,i dh pg ppum then doc wt urin test..dia kate air kencing i ade bakteria...sume ni bole efect pd bby ke??
alinrahman1985- AHLI FORUM
- Jawatan : admin
Gender :
Jumlah Post : 6
Tarikh Register : 30/12/2010
Reputation : 0
Points : 5088
Re: hamil tapi -ve
ada komen tambahan dari forumer lain?
Huzaimi- AHLI SENIOR
- Jawatan : Tabib Jalanan - Huzaimi.com
Gender :
Jumlah Post : 87
Umur : 67
Tarikh Register : 05/01/2009
Reputation : 4
Points : 5914
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: hamil tapi -ve
Waalaikumsalam...
1st thing, skrg ni adakah puan sudah dikenalpasti hamil / masih ujian air kencing menunjukkan puan belum hamil?
Kalau air kencing ada bacteria, selalunya doktor akan bagi antibiotik untuk membunuh kuman tersebut. Jangkitan salur airkencing / lebih dikenali sebagai UTI -Urinary track infection ini jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kelahiran pramatang iaitu kelahiran tidak cukup bulan dan juga menyebabkan jangkitan kepada bayi didlm kandungan sekiranya air ketuban puan sudah pecah / kuman tersebut mengandung kuman2 bahaya seperti Streptococus n lain2 lagi.
Mengenai soalan pertama puan:
1)perlukah syg mkn ubat tersebut??
- Puan perlu nyatakan nama ubat tersebut kerana untuk mengenalpasti apakah jenis ubat yang diberikan.
2)betulkah saya hamil atau symptom tersebut trdapat untuk penyakit lain??
-Symtom yang puan alami mmg menjurus kepada tanda2 awal kehamilan tapi bukan smeua loya n muntah itu tanda hamil.Ada juga tanda tersebut disebabkan jangkitan kuman pada salur airkencing. Puan tidak terangkan sama ada kitaran haid adalah normal iaitu berlaku setiap 28 hari dan turun selama lima hingga tujuh hari. Puan cuma menyatakan selama 2bln kebelakangan ni puan cuma mengalami pendarahan coklat saja.Umumnya, apabila seseorang wanita itu mengalami kelewatan haid, mereka percaya mereka mengandung ditambahkan lagi mereka mempunyai simptom-simptom mengandung seperti loya, kadang kala muntah, payu dara bengkak, sakit dan perut membesar. Kesemua tanda ini juga sebenarnya gejala-gejala sindrom prahaid.
Ini berpunca daripada peningkatan kadar hormon-hormon estrogen dan progesteron. Hormon-hormon ini meningkat disebabkan benih-benih folekul dalam ovari aktif dan membesar. Oleh kerana itu puan mengalami tanda-tanda seperti orang mengandung. Tidak hairanlah jika ujian air kencing puan adalah negatif. Namun ada juga segelintir wanita yang didatangi tanda-tanda tadi mendapati ujian kencingnya positif. Ini selalunya terjadi di kalangan wanita yang mempunyai masalah kesuburan.
Masalah ketidaksuburan ini mempunyai kaitan dengan meningkatnya hormon Lutenizing (LH) yang mempunyai struktur asas yang seakan sama dengan hormon mengandung iaitu hormon beta hCG. Jadi ujian kencing akan menjadi negatif tetapi positifnya adalah lemah. Salah satu garisan biru itu samar-samar.
3.boleh kah kehamilan di sahkan dengan cara scan?
-yup..99.9% kehamilan boleh disahkan melalui scan.

rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: hamil tapi -ve
sory cz xbg detail information...
kitaran period 20hari...keluar coklat selama 5hari..msuk bln ketiga still sma..keluar cecair coklat juga..
sy telah ke clinic,doctor memberikan sy ubat turun darah...katanya untuk melancarkan period sya..sy telah ke PPUM dan doctor mberikan ubat hormon...
-bolehkah sy mengambil ubat trsebut...sy telah mbuat ujian kehamilan tetapi -ve..maknanya sy tidak hamil
kitaran period 20hari...keluar coklat selama 5hari..msuk bln ketiga still sma..keluar cecair coklat juga..
sy telah ke clinic,doctor memberikan sy ubat turun darah...katanya untuk melancarkan period sya..sy telah ke PPUM dan doctor mberikan ubat hormon...
-bolehkah sy mengambil ubat trsebut...sy telah mbuat ujian kehamilan tetapi -ve..maknanya sy tidak hamil
alinrahman1985- AHLI FORUM
- Jawatan : admin
Gender :
Jumlah Post : 6
Tarikh Register : 30/12/2010
Reputation : 0
Points : 5088
Re: hamil tapi -ve
yup...puan perlu mkn ubat hormon tersebut untuk menstabilkan hormon estrogen dan progesteron puan.
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: hamil tapi -ve
msalah trbaru adalah keputihan...slepas kahwin mkin teruk...brgumpal spt susu tepung..kdg2 gtal dbhagian intim...merah spt melecur...telah dberi ubat oleh doctor untk d masukan di bahagian intim dan ubat sapu...namun tiada perubahan...adakah ubat lain yg lebih bgus dan berkesan kerana keputihan ini menimbulkan rs tidak selesa...
-adakah keputihan boleh menyebabkan kemandulan??
-adakah perlu untk kami mbuat ujian kesuburan untk mengetahui thap kesuburan kami??
-bole bgthu cara untk mengira tarikh subur yg btul bg sy yg mempunyai kitaran haid tidak menentu?? 21,29,31 hari
-adakah keputihan boleh menyebabkan kemandulan??
-adakah perlu untk kami mbuat ujian kesuburan untk mengetahui thap kesuburan kami??
-bole bgthu cara untk mengira tarikh subur yg btul bg sy yg mempunyai kitaran haid tidak menentu?? 21,29,31 hari
alinrahman1985- AHLI FORUM
- Jawatan : admin
Gender :
Jumlah Post : 6
Tarikh Register : 30/12/2010
Reputation : 0
Points : 5088
Re: hamil tapi -ve
msalah trbaru adalah keputihan...brgumpal spt susu tepung..kdg2 gtal dbhagian intim...merah spt melecur...telah dberi ubat oleh doctor untk d masukan di bahagian intim dan ubat sapu...namun tiada perubahan...adakah ubat lain yg lebih bgus dan berkesan kerana keputihan ini menimbulkan rs tidak selesa...
- Adakah puan berjumpa dengan Dr luar atau pergi berjumpa doktor kerajaan untuk membuat ujian khas keatas bahagian sulit tersebut? Ujian tersebut adalah:Kaji-kuman
Sedikit contoh lendir diambil dari kemaluan untuk dua jenis ujian.
a. pemeriksaan terus dengan mikroskop samada kuman bakteria, kulat seperti monilia, trichomona atau lain-lain.
b. Ujian culture dan sensitivity
Kuman bakteria boleh disemai dalam media kultur. Oleh itu doktor dapat menentukan jenis bakteria dan jenis ubat yang sesuai untuk merawat pesakit.
Rawatan Alternatif atau Rawatan Antibiotik Untuk Keputihan?
1.Antibiotik
Rawatan bagi penyakit jangkitan kuman adalah mudah setelah diketahui apa jenis kumannya. Pemberian antibiotik bertujuan untuk menghapuskan bakteria dan untuk menghilangkan keputihan dalam tempoh yang sementara. Dan peratusan untuk dijangkiti kembali keputihan ini adalah tinggi. Penggunaan antibiotik ini memang berkesan tetapi ia juga ada kesan sampingan yang tidak diingini. Malah tidak semua antibiotik sesuai digunakan untuk ibu hamil.
Bagi kuman monilia misalnya rawatan khusus ialah ubat anti-biotik nystatin yang biasanya dimasukkan ke dalam kemaluan. Ia berbentuk peluru dan dipanggil sebagai pessary. Ia perlu dimasukkan ke dalam faraj untuk setiap hari selama 7-10 hari.Ubat ini juga boleh dimakan sebagai tablet.
Untuk kuman Trichomona rawatan khusus ialah dengan pemberian ubat anti-biotik flagyl yang boleh diberi secara tablet mahupun pessary.Sekarang ini terdapat banyak jenis ubat pessary yang dimasukkan ke dalam faraj dan mengandungi beberapa ramuan yang boleh membunuh segala jenis kuman. Ubat jenis ini berkesan hanya untuk jenis jangkitan kuman di faraj dan pangkal rahim sahaja. Bagi penyakit gonorhea rawatan khusus baginya ialah ubat penicillin yang biasa diberi secara suntikan atau sebagai pil makan . Setengah daripada kuman-kuman bakteria khususnya gonorrhea telah menjadi kebal atau resistant pada penicilin. Oleh itu lain-lain jenis ubat perlu digunakan.Antibiotik telah di reka secara sintetik untuk membunuh bakteria. Ia adalah sejenis bahan kimia memberikan kelegaan dan menghilangkan simptom jangkitan bakteria untuk tempoh yang sementara. Seperti yang dikatakan sebelum ini,antibiotik telah di reka untuk membunuh semua bakteria. Ini termasuklah membunuh bakteria baik juga. Selepas berhenti memakan antibiotik, bakteria jahat akan kembali menjakiti bahagian genital. Ketika ini bakteria baik sudah dihapuskan. Maka jangkitan keputihan berulang kembali.
2.Rawatan Semulajadi
Rawatan semulajadi adalah lebih mudah digunakan berbanding antibiotik. Tiada bahan kimia sintetik dan ia amat sesuai dengan badan kita. Oleh itu penggunaan antibiotik dalam tempoh yang lama tidak digalakkan.Selain itu kesan sampingan rawatan semulajadi tidak berbahaya berbanding rawatan antibiotik. Malah ia memberikan perlindungan yang lebih lama dari serangan kembali bakteria keputihan. Ramuan untuk rawatan semulajadi ini banyak sebenarnya. Antaranya adalah penggunaan yogurt(banyakkan minum yogurt), kultur hidup, acid borik dan herba.
Jenis - jenis keputihan:
•Keputihan yang berwarna putih atau kekuningan,berlaku secara berterusan disertai rasa gatal - Jangkitan Kulat Candida atau Monillia
•Keluarnya Cairan Berwarna Kehijauan Serta Rasa Gatal - Jangkitan Kuman Trichomonas
•Keluarnya Cairan Berwarna Kelabu Dan Berbau - Jangkitan Bakteria Vaginosis
•Keluarnya Cairan Yang Bersifat "Cheesy" Berbau Dan Bercampur Darah - Penyakit Yang Menular Melalui perhubungan Seks Atau STD
Tip mencegah keputihan:
1. Bersihkan bahagian intim dengan menggunakan pembersih yang betul untuk mengekalkan pH dikawasan tersebut. Disarankan menggunakan pembersih yang mengandungi sirih kerana sirih mampu mencegah kuman.
2. Hindari pemakaian bedak pada organ kewanitaan dengan tujuan agar harum dan kering sepanjang hari. Bedak memiliki partikel-partikel halus yang mudah terselip disana-sini dan akhirnya mengundang kulat dan bakteria bersarang di tempat itu.
3. Selalu keringkan bahagian intim sebelum berpakaian.
4. Gunakan seluar dalam yang kering. Seandainya basah atau lembab, gantikan dengan cepat.
5. Gunakan seluar dlm yang menyerap peluh. Seluar dalam dari bahan satin / sintetik membuatkan suasana disekitar organ intim panas dan lembap.
6. Kurangkan penggunaan seluar jenis jeans.
7. Ketika haid, tukar pad selalu.
8. Gunakan panty liner disaat perlu saja. Jangan terlalu lama.
-adakah keputihan boleh menyebabkan kemandulan??
Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh,jangkitan saluran kencing,jangkitan pada pasangan seks. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.
-adakah perlu untk kami mbuat ujian kesuburan untk mengetahui thap kesuburan kami??
Jika puan risau puan mengalami masalah kesuburan, puan boleh berjumpa dengan pakar ginekologi yang berdekatan untuk membuat ujin tahap kesuburan puan.
-bole bgthu cara untk mengira tarikh subur yg btul bg sy yg mempunyai kitaran haid tidak menentu?? 21,29,31 hari
Waktu subur adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 dari hari pertama haid anda yang akan datang – bukan dari yang sebelum ini).Katalah Puan period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Hari ke 14 dikira waktu subur kerana Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengansperma yang hidup lebih lama.Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Puan boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama puan.Semoga penjelasan ini sedikit sebanyak membantu puan.

Similar topics
» siapa ada petua untuk mudah hamil? ingin hamil...
» seram tapi lawak
» Sukar hamil
» kamu sembahyang 5 waktu tapi
» Otai di luar tapi muda di dalam
» seram tapi lawak
» Sukar hamil
» kamu sembahyang 5 waktu tapi
» Otai di luar tapi muda di dalam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak