FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KERJAYA SEBAGAI PPF

Go down

KERJAYA SEBAGAI PPF Empty KERJAYA SEBAGAI PPF

Post by Hosni Mubarak Sat 19 Feb 2011, 6:52 pm

Assalamualikum semua PPF

Mari kita share dan bincangkan topik di atas.

FAKTA 1
PPF TIDAK ADA PELUANG untuk sambung belajar dalam bidang farmasi (bachelor) samada di IPTA/S di Malaysia menggunakan kelayakan diploma pem.farmasi/farmasi dan pengalaman. (umur 50 thn pengalaman 10 thn dgn USM tu kira special case). Melainkan anda mengambil peperiksaan STPM (sains) dan mendapat kelulusan yang dapat melayakkan anda mengikuti kursus bachelor farmasi di IPTA/IPTS. Ini adalah syarat/sekatan yang dikenakan oleh Lembaga Farmasi Malaysia kepada IPTA/IPTS. Tujuannya adalah untuk memastikan hanya calon yang berkualiti dan layak sahaja mengikuti kursus ini.

FAKTA 2
PPF tidak dimasukkan ke katogeri paramedik bersepadu (dapat naik dari kumpulan sokongan 1 ke kumpulan pengurusan & profesional) tanpa ijazah.

FAKTA 3
PPF tidak mendapat elaun kritikal kerana tidak memenuhi kriteria "permintaan terhadap jawatan tersebut dari pihak lain adalah tinggi". senang cerita permintaan dari pihak swasta.

____________________________________________________________________________________________________________

Cuba bayangkan anda sekarang berumur 30 tahun dan telah berkhidmat selama 5 tahun. Tanya diri anda secara jujur ttg fakta2 di atas.

FAKTA1 - adakah dalam tempoh 5 tahun lagi diploma pem.farmasi/farmasi samada dari kolej KKM atau kolej2 swasta akan diterima sebagai kelayakan untuk sambung pembelajaran anda ke bachelor farmasi di IPTA/S di Malaysia?
FAKTA2 - adakah dalam tempoh 5 tahun lagi PPF juga akan mendapat status bersepadu sbgmana pmedik lain?
FAKTA3 - adakah dalam tempoh 5 tahun lagi PPF akan mendapat elaun kritikal?

Pendapat saya
Jawapan kepada semua fakta di atas adalah TIDAK.
1. Ini adalah kerana kelayakan yang ditetapkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) adalah hanya STPM (sains) dan Matrikulasi(sains) sahaja bukannya diploma dan pengalaman sebagai Pembantu Farmasi. OK....anda anak orang berada dan keluarga menghantar anda sambung belajar farmasi kt indonesia contohnya. Katakanlah anda berjaya masuk ke IPT di sana menggunakan kelayakan diploma anda dan berjaya menamatkan pengajian serta memperolehi ijazah farmasi. Boleh ke anda nak dapatkan sijil amalan farmasi anda di Malaysia nanti dengan LPM sedangkan anda tidak mempunyai kelayakan asa yang ditetapkan (STPM/Matrikulasi)??? Itu saya sendiri tak tau anda kena clarify dengan LPF.
2. PPF tidak akan mendapat status bersepadu kerana dalam skim Perkhidmatan Farmasi di KKM telah wujud 2 jenis skim gred U iaitu pemegang diploma U29 (PPF) dan Ijazah U41 (Peg. Farmasi). Untuk lebih jelas cuba rujuk definasi skim bersepadu. Berbeza dengan skim MLT dimana sekarang hanya wujud satu skim U saja iaitu MLT U29 (pegawai sains adalah gred C41). Saya yakin MLT akan dapat mewujudkan satu lagi skim MLT U41 dan mereka akan dapat taraf bersepadu.
3. Kekosongan/perjawatan PPF yg tidak diisi di KKM bukan boleh dijadikan kriteria untuk mendapat elaun kritikal. Kes ini adalah berbeza dengan kes permintaan terhadap jawatan oleh pihak lain yang tinggi. Kriteria utama utk dapat elaun kritikal yang sebenar adalah pengaruh desakan/tekanan dari sesuatu pihak dan sokongan dari bahagian yang mentadbir sesuatu jawatan itu dan bukannya permintaan yang tinggi dari pihak lain. Contohnya MA....adakah permintaan terhadap MA dari pihak swasta tinggi??? I dont think so tetapi mereka mendapat sokongan dari bahagian amalan perubatan dan suara mereka yang vokal kerana ramai ahli (>8000 org). Adakah tuntutan elaun kritikal oleh PPF mendapat sokongan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM? Itu saya pun tak tau...

avatar
Hosni Mubarak
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : KERJAYA SEBAGAI PPF Kelant10
Jawatan : Pembatu Farmasi
Gender : Male
Jumlah Post : 25
Umur : 44
Tarikh Register : 19/02/2011
Reputation : 0
Points : 5068

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum