FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tiada peruntukan PJMS hentikan projek pemeriksaan kesihatan - utusan

Go down

Tiada peruntukan PJMS hentikan projek pemeriksaan kesihatan - utusan Empty Tiada peruntukan PJMS hentikan projek pemeriksaan kesihatan - utusan

Post by Fieza Mon 14 Mar 2011, 11:57 pm

Tiada peruntukan PJMS hentikan projek pemeriksaan kesihatan

MIRI 10 Mac - Persatuan Jururawat Masyarakat Sarawak (PJMS) cawangan Miri terpaksa menghentikan projek pemeriksaan kesihatan khususnya di kawasan pedalaman berikutan ketiadaan peruntukan.

Pengerusinya, Rose Pun Pun berkata, persatuan itu tidak mampu menampung kos logistik membabitkan projek di pedalaman seperti Baram dan Marudi kerana ia memerlukan belanja yang amat tinggi.

"Kita faham masyarakat di pedalaman yang jauh daripada pusat kesihatan seperti Baram dan Marudi amat memerlukan projek seperti ini.

"Tetapi apa boleh kita buat kerana kosnya amat tinggi, jadi terpaksalah persatuan hentikan semua projek itu," katanya yang ditemui di sini kelmarin ini.

Antara aktiviti yang dikendalikan oleh PJMS Miri adalah pemeriksaan payu daya, paras gula dalam darah, indeks jisim badan (BMI), tekanan darah dan ceramah kesihatan.

Sementara itu, Rose berkata, pada tahun lepas pihaknya telah memohon untuk mendapatkan peruntukan daripada Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, namun, sehingga kini belum mendapat maklum balas.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, sehingga bulan ini, PJMS Miri belum menganjurkan sebarang aktiviti sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Ujarnya, program yang disertai di Rumah Wak pada Sabtu lepas pula hanyalah menumpang acara yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Miri.

"Tahun lepas, kita mengadakan dua aktiviti kesihatan dan tahun ini persatuan bercadang mengadakan projek yang sama di Poyut, Baram.

"Kita amat berharap untuk mendapat peruntukan dalam masa terdekat di samping memperluaskan projek ini di kawasan lain," katanya.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Tiada peruntukan PJMS hentikan projek pemeriksaan kesihatan - utusan Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum