Lisa Surihani
Page 1 of 1
Lisa Surihani
Lisa Surihani teruja - Hmetro
Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Terpilih menyertai perbincangan Meja Bulat 1Malaysia
adalah penghargaan besar buat saya. Ia juga pengiktirafan yang sungguh
bermakna buat semua warga industri seni,” kata pelakon terkenal, Lisa
Surihani berhubung pemilihannya dalam perbincangan meja bulat yang
dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Lisa berkata, dia teruja untuk menyertai perbincangan yang akan
bermula esok tetapi berasa rendah diri kerana dapat berbincang secara
langsung dengan pemimpin nombor satu negara itu.
“Saya
bercadang membincangkan isu berkaitan masalah sosial. Setakat ini,
perbincangan terperinci mengenai perkara yang dibincangkan itu belum
diputuskan dan saya tidak mahu menyentuh lanjut mengenainya.
“Apapun, saya melihat pemilihan (menyertai perbincangan meja bulat)
ini sebagai penghargaan besar buat semua warga seni tanah air. Dan, ia
juga pendekatan positif daripada PM (Perdana Menteri) mendekati rakyat,”
katanya ketika dihubungi, semalam.
Selain Lisa, personaliti
televisyen Aznil Nawawi dan ikon rock negara, Amy Search antara
selebriti tempatan yang terpilih menyertai perbincangan meja bulat
berkenaan.
Mereka antara 24 individu yang dinamakan sebagai
Pakar-pakar Bidang (SMEX) yang akan menyuarakan pendapat masing-masing
dalam bidang berkaitan sempena perbincangan terbabit.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk
Marimuthu Nadason yang turut terpilih mengakui pendekatan Perdana
Menteri dalam menganjurkan perbincangan meja bulat itu sebagai usaha
benar-benar berjiwa rakyat.
“Saya bangga dengan apa
dilakukan Perdana Menteri, bukan hendak memuji tetapi ini yang dikatakan
pendekatan rakyat didahulukan daripada peringkat akar umbi.
“Saya bukan orang (yang aktif) berpolitik, jadi saya berpuas dengan
cadangan mengadakan perbincangan meja bulat. Ini masanya untuk saya
menyuarakan kemelut dan masalah yang berlaku dalam negara berkaitan isu
pengguna serta kepenggunaan,” katanya.
Semalam, Najib
mengumumkan perbincangan terbabit akan dilancarkan esok melalui entri
terbaru laman blognya bertajuk ‘Sertailah Meja Bulat Online 1Malaysia’.
Perbincangan itu bakal membabitkan individu SMEX yang mewakili semua
rakyat Malaysia, tanpa mengira kedudukan geografi, profesion dan usia
bagi mengemukakan komen, cadangan atau idea saksama dan konstruktif
untuk meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia.
SMEX adalah
beberapa tokoh terpilih dalam negara yang dihormati dan disanjung
tinggi. Mereka masing-masing memiliki kelebihan dalam pelbagai bidang,
termasuk hiburan, sukan, komuniti, pentadbiran dan sosial.
Najib berkata, beliau juga menjadualkan sesi khas untuk bertemu semua
pakar SMEX terbabit dan akan memaklumkan dengan lebih lanjut mengenainya
melalui laman web sosial beliau, twitter dalam masa terdekat.
Pakar-Pakar Bidang ini membabitkan bekas pemain bola sepak negara dan
pakar bola sepak, Serbegeth ‘Shebby’ Singh, pemimpin korporat, Tan Sri
Tony Fernandes, pendidik dan pakar bidang kreativiti, Tan Sri Lim Kok
Wing, personaliti televisyen dan teater, Low Ngai Yuen dan pencipta
Pendrive, Pua Khein Seng.
Selain itu artis rakaman, Pete
Teo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines,
Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz, pakar media sosial,
David Lian, penyokong 1Malaysia dan perpaduan nasional, Anas Zubedy.
Mereka juga termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian
Strategik dan Antarabangsa, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, Ketua Pegawai
Eksekutif Talent Corporation, Johan Mahmood Merican, Presiden Persatuan
Pencinta Alam Malaysia, Dr Maketab Mahmood, Pengarah Global Environment
Centre, Dr Faizal Parish, pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee
Chong Wei, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang, pemandu
perlumbaan Formula 3, Jazeman Jaafar, bekas juara wushu dunia, Ho Ro Bin
dan pemain skuasy negara, Azlan Iskandar.
Dalam satu
kenyataan blog berkenaan, Najib dalam nada ceria menulis, “Encik Shebby
Singh, bola berada di kaki anda untuk sepak mula.” Beliau akan
membincangkan topik pertama yang diadakan secara online itu nanti dengan
tajuk: “Memupuk Gaya Hidup yang Sihat di Peringkat Sekolah” bersama
Shebby.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak