Akasia TV3: Nora Elena
Page 1 of 1
Akasia TV3: Nora Elena
Penjara cinta Nora Elena - kosmo
Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR
LAMBAKAN drama dan filem yang diangkat daripada naskhah novel kian bertali arus di kaca televisyen mahupun di layar perak.
Kejayaan formula sedemikian menarik penonton telah membuka mata ramai
penggiat drama dan filem bagi menghasilkan lebih banyak karya yang
diolah daripada novel.
Nora Elena, adaptasi sebuah novel berjudul Kasih Yang Suci hasil
nukilan Meen Zulaikha mengisi slot Akasia di TV3 menggantikan drama
Cinta Antara Kita.
Mempertaruhkan genre cinta bagi menambat hati penonton setia slot
tersebut, drama 24 episod itu membariskan bintang-bintang ternama
seperti Aaron Aziz, Siti Saleha dan Wan Sharmila.
Pendukung watak utama, Siti Saleha mengakui memainkan peranan sebagai
Nora Elena bukan tugas mudah kerana jalan cerita drama itu menuntutnya
bermain dengan pelbagai emosi.
“Nora Elena satu karakter penuh kejujuran dan kelembutan, hatinya juga rapuh kerana sejarah silam yang dialami.
“Saya teruja melakonkan watak tersebut memandangkan ini pertama kali
saya terlibat dengan drama yang diterjemahkan daripada novel,” jelas
aktres yang semakin meningkat naik itu.
Berbeza pula dengan Aaron Aziz yang tidak mengalami masalah
melakonkan watak Seth Tan dalam drama bersiri terbitan Asian Media
Content (AMC) itu.
“Watak Seth Tan tidak sukar untuk dimainkan namun masih ada sedikit kesulitan bagi menunjukkan keberkesanan watak tersebut.
“Saya mengalami sedikit kesukaran bagi menunjukkan emosi sebagai
seorang lelaki yang dianggap sebagai perampas walaupun pada hakikat dia
bukan seorang perampas,” kata Aaron.
Drama arahan Jet Li itu berkisar tentang kehidupan seorang perempuan
bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang sentiasa dibayangi detik hitam dia
dinodai seorang lelaki yang bernafsukan binatang.
Selepas 10 tahun berlalu, Nora akhirnya berjaya menyingkirkan memori
pahit itu setelah bertemu cinta hatinya, Idham (Zul Ariffin).
Rancangan membina rumah tangga bersama Idham dilanda badai apabila Nora mula rapat dengan majikan Idham, Seth Tan (Aaron Aziz).
Cemburu mula menguasai Idham lantaran salah faham yang timbul dan
sekali gus membuat keputusan membatalkan perkahwinannya bersama Nora.
Tindakan drastik Idham membuatkan Nora benar-benar terpukul dengan
keadaan yang dialami dan secara tidak langsung mengundang kembali kisah
silam yang telah lama dibuang jauh.
Dugaan demi dugaan menimpa Nora serta pelbagai cemuhan terpaksa
ditelan walaupun cintanya terhadap Idham sememangnya tulus dan ikhlas.
Di kala itu, Seth menghulurkan tangan dan menawarkan diri sebagai
pengganti Idham dalam hidup Nora. Seth bersedia menghilangkan
penderitaan Nora dengan mengahwini Nora.
Sejauh mana kejujuran Seth dan terleraikah persoalan siapakah yang
menodai Nora satu ketika dulu? Semuanya bakal terjawab dalam drama
meruntun jiwa yang turut dibintangi Erry Putra dan Puteri Fateen itu.
Jangan lupa menyaksikan drama Nora Elena yang kini setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.

Re: Akasia TV3: Nora Elena
Taruhan komersial Saleha - kosmo
WAJAH mulus ini sering muncul di kaca televisyen. Kalau bukan dalam
drama, wajah Siti Saleha, 21, menjadi penghias iklan. Senyumannya dalam
setiap iklan komersialnya ibarat magnet yang menarik orang ramai untuk
membeli sesuatu produk.
Namun, wajah ceria itu mampu bertukar mengikut karakter dan permainan
jiwa. Mimik muka sedih, marah dan gembira telah dipertontonkan sekali
gus membuktikan kredibiliti Saleha sebagai pelakon.
Sebelum ini, pertukaran mimik dan perasaan itu sudah disaksikan dalam
drama seperti Habil dan Qabil, Awan Dania, Ustaz Amirul, Sudu dan Garpu
dan Di Bawah Ketiak Isteri. Kini, Saleha ada taruhan yang lebih besar
iaitu drama Nora Elena.
Ia sebuah naskhah adaptasi novel Kasih Yang Suci nukilan Meen
Zulaikha yang kini disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis
pukul 7 malam dalam slot Akasia di TV3.
Produksi 24 episod atas genre cinta ini memberi tanggungjawab berat buat Saleha yang memegang watak Nora Elena.
“Nora Elena merupakan karakter yang penuh kejujuran dan kelembutan.
Jiwa dan hatinya rapuh dek sejarah silam yang dialami,” kata Saleha
tentang drama lakonannya yang masih mengekalkan 70 peratus persamaan
seperti dalam novel itu.
“Saya teruja melakonkan watak besar tersebut memandangkan ini adalah
pertama kali saya terlibat dengan drama yang diterjemahkan daripada
novel,” jelas aktres yang juga adik kandung Sam Bunkface ini.
Untuk sebuah hubungan kimia yang cantik dan lancar, Saleha mengaku
banyak dibimbing Aaron Aziz yang berpasangan dengannya untuk drama ini.
“Drama arahan Jet Li ini adalah drama kekeluargaan, ada konflik dan
cinta yang harus saya tangani, ada juga babak yang menonjolkan kemesraan
suami isteri.
“Hero saya, Aaron Aziz banyak membantu,” puji Saleha yang memanggil Aaron dengan nama ‘uncle’ di set penggambaran.
Usai penggambaran drama yang kini menjadi ‘ketagihan’ khalayak ini,
Saleha mahu merebahkan dirinya untuk berehat. Katanya, dia masih perlu
fokus terhadap pelajarannya yang berbaki tiga semester.
Impiannya sama seperti anak muda di luar sana – mahu menggenggam
segulung ijazah. Saleha meletakkan Britain sebagai destinasi
pembelajaran seterusnya.
Buat masa ini, nikmati dahulu Saleha dalam balutan Nora Elena.
|

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak