Aaron Aziz
Page 1 of 1
Aaron Aziz
Musim Aaron popular - kosmo
SEJAK kebelakangan ini tiba-tiba sahaja nama Aaron Aziz meniti dari
bibir ke bibir. Bukan kerana kontroversi tetapi kerana lakonan
berkesannya di dalam dua buah karya yang kebetulan disiarkan dalam masa
yang sama iaitu filem KL Gangster dan drama Nora Elena.
Maka tidak hairanlah mengapa kini penonton semakin menggilai Aaron
Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz terutamanya wanita yang
jatuh cinta dengan sisi romantisnya di dalam drama-drama lakonannya.
Tersenyum dan tidak henti mengucapkan syukur, kata Aaron yang kini
berusia 35 tahun, keikhlasan dalam melakonkan setiap watak serta kerja
kerasnya selama ini semakin membuahkan hasil.
“Ini sudah rezeki saya, saya percaya kalau kita buat sesuatu dengan
penuh keikhlasan orang akan nampak dan hargai lakonan serta karya itu.
“Tahun ini tahun ke-11 saya berlakon dan rasanya tahun ini merupakan
tahun tuah dan tepat kerana kebetulan dua buah karya lakonan saya
berjalan serentak di televisyen dan layar perak,” ujarnya.
Meskipun namanya kini berada di puncak, katanya selera penonton boleh
berubah-ubah mengikut musim, mungkin kini dia diminati dan digilai
tetapi ia tidak akan berkekalan.
“Dulu masa drama Nur Kasih keluar, semua orang bercakap tentang drama
Nur Kasih dan pelakonnya, sekarang bila masa berlalu ada drama lain
pula yang diminati, sebab itu saya cakap saya popular hari ini juga
kerana musim.
“Mungkin pada masa akan datang akan ada fenomena pelakon lain pula,
cuma saya rasa bertuah kerana penonton menghargai diri saya sebagai
pelakon,” ucapnya.
Walaupun namanya sedang hangat, Aaron masih mengekalkan konsep satu
kerja dalam satu-satu masa supaya dia tidak hilang fokus dan menyusahkan
orang lain.
“Sejak awal berlakon saya memang amalkan konsep satu kerja dalam
satu-satu masa. Saya tidak mahu kerana saya mahukan wang yang banyak,
saya terkejar-kejar dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
“Memanglah saya akan dapat duit dengan cara macam itu, tetapi kualiti
kerja belum dapat dipastikan lagi. Saya juga bimbang akan menyusahkan
orang lain,” katanya yang menolak beberapa tawaran lakonan kerana kini
terlibat dengan penggambaran drama Stanza Cinta.
Romantis Aaron
Jika dilihat kembali kebanyakan watak yang dipegang Aaron dalam filem
adalah watak gengster atau samseng, manakala di dalam drama adalah
watak romantis.
Akui Aaron dia sendiri tidak tahu mengapa dia sering diberikan watak
sebegitu, tetapi tegasnya setiap kali melakonkan watak gengster dan
romantis ia sentiasa berbeza.
“Memang saya selalu diberikan watak yang lebih kurang saya tetapi
saya lakonkannya dengan cara berbeza. Romantis Seth Tan dan Nora Elena
dan romantis Irfan dalam drama Stanza Cinta sangat berbeza,” kata duta
L'Oreal Men itu lagi.
Dalam dunia realiti, Aaron sendiri tidak seperti Seth Tan atau jahat
dalam filem KL Gangster. Semuanya itu hanya watak lakonannya sahaja.
“Saya gembira apabila drama Nora Elena mencipta satu fenomena di mana
penonton terkejar-kejar balik rumah untuk menonton drama itu dan ia
menghilangkan tekanan pada mereka yang menontonnya.
“Tetapi harus diingat Seth Tan hanyalah watak lakonan bukannya saya
yang sebenar. Saya juga tidak mahu kerana watak romantis terlebih dalam
Nora Elena membawa masalah kepada orang lain.
“Janganlah kerana menonton drama ini, penonton wanita terutamanya
mempertikaikan kenapa suami mereka tidak begitu romantis. Watak Seth
hanyalah fantasi. Isteri saya sendiri tanya pada saya kalau dia tidur di
bawah adakah saya akan angkat dia naik atas seperti mana dalam drama
Nora Elena sebabnya saya sangat berbeza daripada watak Seth itu
sendiri,” ucap Aaron.
Singapura ke Malaysia
BARISAN pelakon Stanza Cinta bergambar dengan pengarah drama ini. Along Kamaluddin (dua dari kanan).
Cerita bapa kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia aktif berlakon
di Singapura selama lima tahun, sebelum meneruskan kerjanya di
Malaysia.
Sejak menjejakkan kaki di dalam industri seni Malaysia, terangnya,
dia tidak lagi menoleh ke belakang dan pada tahun 2007 Aaron membawa
keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur.
Tahun ini, selepas lima tahun di Malaysia, Aaron sekeluarga sudah bersedia untuk memohon status penduduk tetap di Malaysia.
“Saya sudah lama bekerja di Malaysia dan sudah mempunyai ramai rakan
dan kerjaya yang stabil di sini. Malah, isteri dan anak-anak saya juga
selesa tinggal di Kuala Lumpur.
“Tahun ini, saya sudah jual semua aset saya di Singapura dan bersedia
untuk memohon status penduduk tetap di Malaysia. Keluarga saya di
Singapura tidak menghalang keputusan saya kerana mereka memahami jiwa
saya kini di Malaysia,” jelasnya.
Bagaimanapun, sebelum memohon status penduduk tetap, Aaron dan
isterinya Diyana terlebih dahulu akan terbang ke Mekah untuk mengerjakan
umrah pada 13 Julai depan selama 11 hari.
“Ini kali pertama saya akan ke Mekah bersama isteri. Saya memang rasa
teruja, kerana tidak pernah ke sana, selama ini pun saya hanya dengar
cerita daripada orang sahaja.
“Nanti di sana saya juga ingin berdoa agar permohonan status penduduk
tetap saya akan dipermudahkan dan saya akan uruskan proses permohonan
itu sekembalinya saya dari Mekah,” tuturnya yang ditemui pada majlis
sidang akhbar drama Stanza Cinta.

AARON AZIZ dan isteri bakal menunaikan umrah pada bulan depan dan bakal menukar kerakyatan Singapura kepada Malaysia. |

Re: Aaron Aziz
Aaron bersiap untuk bersara - utusan
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL
KELIBATNYA dalam bidang lakonan sudah pun mencecah angka 11 tahun.
Malah, dalam tempoh itu sudah banyak drama dan filem yang membantu
menaikkan namanya sebagai seorang selebriti lelaki popular di negara
ini.
Lantas, pedulilah kalau ada yang mahu kata dia bagaikan orang asing yang datang menumpang mencari rezeki di bumi bertuah ini.
Asalkan halal, maka tiada halangan buat anak kelahiran Tampines,
Singapura ini untuk terus berkecimpung dalam bidang lakonan yang
bagaikan sudah sebati dalam jiwanya. Begitulah seadanya jejaka bernama
Aaron Aziz ini.
Sejak dipelawa pengarah Erma Fatima untuk memegang watak utama dalam
drama berjudul Sumayyah enam tahun lalu, pintu rezekinya di bumi
Malaysia seolah-olah sentiasa terbuka.
Ada sahaja tawaran lakonan untuk dirinya. Namakan apa sahaja, watak
samseng, watak bapa, watak lelaki budiman mahupun seorang pencinta
setia.
Aaron pasti mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang menatap wajahnya di skrin.
Apalagi menerusi wataknya sebagai Seth Tan dalam drama terbaru
berjudul Nora Elena yang sedang disiarkan pada setiap petang sekarang
ini.
Tentu sahaja ada yang cemburu dengan sifat romantik Aaron sebagai Seth terhadap isterinya, Nora Elena lakonan Siti Saleha.
Pun begitu, jangan tidak tahu. Dalam kerancakan skala lakonannya di
kaca televisyen termasuk di layar perak, Aaron Aziz, 37, terbuka
berkongsi perancangannya untuk bersara dari dunia lakonan.
“Saya tahu mungkin ada yang akan terkejut dengan kenyataan saya ini. Tapi ini realiti.
“Lambat laun ia akan terjadi. Tetapi semuanya bergantung kepada
keadaan terutama sekali apabila khidmat lakonan saya tidak lagi menjadi
sambutan.
“Iyalah, semakin hari semakin banyak muka-muka baru yang dapat kita lihat. Jadi ini bukan sesuatu yang mustahil.
“Kalau ikutkan saya tidak mahu berhenti langsung kerana bidang inilah
yang banyak memberi jasa kepada saya. Saya boleh menyara keluarga dan
membesarkan anak-anak semuanya dengan hasil lakonan.
“Tapi jika satu hari nanti khidmat saya sudah dipandang sepi, maka itulah waktunya untuk saya mengundur diri, ” katanya.
Menurut Aaron lagi, dia juga sudah mempersiapkan dirinya dengan
mendalami ilmu pengurusan dan kerja-kerja belakang tabir untuk berdepan
dengan sebarang kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang.
“Sebenarnya, saya suka dengan bidang pengarahan. Kalau boleh saya mahu diberi peluang untuk jadi pengarah selepas ini.
“Saya juga punya banyak idea dalam penulisan lakon layar. Cukup minat
sampaikan saya banyak buat pemerhatian sendiri dan banyak bertanya pada
mereka-mereka yang bijak pandai dalam bab ini.
“Kalau boleh, saya mahu jadi macam Syamsul Yusof.
“Ikhlas saya cakap, biarpun dia muda, tapi saya lihat dia berbakat
dan punya kreativiti tersendiri dalam bidang pengarahan. Orang-orang
macam ni lah yang kita perlukan dalam industri,” katanya.
Dalam pada itu, kala diusik mengenai ramalannya untuk menggapai
cita-cita itu, pinta lelaki berbintang Pieces ini “Beri saya tempoh
setahun lagi mungkin? Kalau boleh saya mahu cepat-cepat. Mungkin rezeki
saya ada di situ pula, siapa tahu?’’
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL
Aaron |

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak