FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Filem KL Gangster

Go down

Filem KL Gangster Empty Filem KL Gangster

Post by Puteri Kayangan Thu 23 Jun 2011, 5:38 pm

Filem aksi ala Hong Kong


Filem KL Gangster Hi_01.1





BERMULA dengan filem Evolusi KL Drift pada tahun 2008, pengarah muda
Syamsul Yusof tidak menunggu lama untuk mengorak langkah menghasilkan
filem keduanya Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009.
Tidak cukup dengan dua filem aksi itu, anak bujang pengarah tersohor
Datuk Yusof Haslam itu sekali lagi menghasilkan buah tangan terbarunya
iaitu Evolusi KL Drift 2 pada 2010.
Hasil garapan filem aksi ketiga itu sememangnya berjaya melonjakkan
nama Syamsul sebagai pengarah hebat sehingga dia berjaya dinobatkan
sebagai Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) yang ke-23 dan
juga anugerah penyuntingan terbaik dalam majlis yang sama.
Sebagai kesinambungan, dia terus menghasilkan filem bercorak aksi.
Kegilaan peminat menonton filem daripada genre tersebut sangat tinggi
sehingga membuatkan diri anak muda berusia 27 itu menghasilkan filem
aksi keempatnya yang berjudul KL Gangster.
Menjalani pengambaran selama 38 hari di sekitar Kuala Lumpur, filem
itu mengisahkan tentang dua beradik lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra
yang terjebak dalam dunia gengster.
Syamsul takut
Berpeluang bersua empat mata dengan anak muda ini semasa sesi
fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini,
ada sesuatu yang gusar bersarang di kepalanya.
Saat ditanya kepadanya, Syamsul tersenyum dan mengaku bahawa dirinya
takut menunggu penerimaan wanita terhadap filem KL Gangster.
Katanya, walaupun sudah melakukan tayangan kepada 10 rakan wanita dan
rata-rata mereka memuji nashkah terbarunya itu, Syamsul tetap berasa
takut.
"Saya takut filem ini tidak diterima wanita sebab tidak ada heroin.
Hanya ada lakonan Sheera Iskandar sebagai adik kepada Malek lakonan
Aaron Aziz dan Jai lakonan Adi Putra serta lakonan Ku Faridah sebagai
mak," akuinya jujur.
Namun, hatinya lega tatkala kebanyakan media dan blogger yang
menyaksikan tayangan previu filem itu di Cineleisure, Damansara, memberi
pujian.
Filem KL Gangster Hi_01.2
AARON AZIZ (kiri) dan Ady Putra memainkan karakter gengster.




Dengan kekuatan lakonan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Adi
Putra, Zizan Raja Lawak dan Syamsul sendiri, filem itu dikatakan bakal
pecah panggung.
Malah, ia juga dikatakan hasil buah tangan paling matang pernah dilakukannya.
"Dalam setiap filem gengster kekuatannya adalah dari segi watak dan
karakter yang dibawa oleh setiap pelakon. Saya banyak berbincang dengan
pelakon dan tidak terlalu berpandu kepada skrip.
"Filem ini saya imbangkan semua elemen termasuk paparan aksi-aksi
yang padat dan jalan penceritaan untuk setiap watak," katanya yang
banyak melakukan rujukan filem-filem aksi Hong Kong seperti Young and
Dangerous dan juga filem gengster Amerika, The Godfather.
Saat ditanya kenapa dia sering menggunakan perkataan Kuala Lumpur
(KL) untuk setiap filem aksinya, Syamsul memberitahu, setiap filem perlu
ada identiti sendiri. Baginya, KL merupakan identiti yang mudah
sekaligus membuatkan penonton berasa dekat dengan filemnya.
Adi buka baju
Demi merealisasikan satu-satu watak dengan realistik, Adi Putra
dikatakan sanggup menaikkan dan menurunkan berat badannya berulang kali.
Pelakon dari Singapura itu juga tidak kisah diminta berwajah hodoh demi merealisasikan watak yang diberi.
"Saya pernah berlakon watak lelaki tidak kacak yang membelah tengah
rambutnya dalam drama arahan Erma Fatima, Haryati II pada tahun 2003.
Saya tidak kisah dari segi penampilan asalkan dapat berikan yang terbaik
untuk drama atau filem lakonan saya," katanya yang berjaya melonjakkan
namanya di persada seni tanah air menerusi drama Mya Zara.
Selangkah demi selangkah namanya mula meniti di bibir peminat. Atas dasar itu Adi dikatakan bertindak jauh lebih berani.
Adi dikatakan semakin berani menonjolkan susuk tubuhnya di layar
perak. Terkini Adi dikatakan sekali lagi menayangkan susuk tubuhnya di
dalam filem KL Gangster.
"Saya memikul tanggungjawab yang besar. Kalau tidak komited dalam
industri seni ini saya tidak akan ke mana. Kunci utama saya kena ikhlas
dan bersungguh-sungguh memegang sesuatu watak.
"Dalam KL Gangster sekali lagi penonton akan melihat saya tidak
berbaju. Bukan niat untuk menunjukkan badan tetapi demi menjayakan watak
yang diberi. Saya juga berasa lebih yakin untuk tidak berbaju sekali
gus ia memberi saya lebih penghayatan. Saya juga terpaksa kurangkan
berat badan tetapi dalam masa yang sama membina otot saya dalam filem
ini demi membawa watak gengster. Mana ada gengster yang berbadan terlalu
sasa," katanya yang sudah melibatkan diri dalam dunia seni sejak
sembilan tahun lalu.
Mengulas mengenai wataknya, Adi memberitahu, dia membawakan watak Jai
yang merupakan adik kepada Malek dan juga abang kepada Zati lakonan
Sheera Iskandar.
Sheera liar
Filem KL Gangster Hi_01.3
SHEERA merupakan satu-satunya pelakon perempuan muda dalam filem KL Gangster.




Seorang abangnya di penjara dan seorang lagi abangnya sedang hanyut
dalam dunia gengster. Tanpa didikan dan hidup terumbang-ambing, Sheera
menjadi liar dan semakin rosak.
Semuanya itu merupakan watak yang dijayakan Sheera dalam filem KL
Gangster. Memegang peranan sebagai Zati, Sheera atau nama sebenarnya
Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar memberitahu, watak tersebut tidak
menjadi masalah dan, asing baginya.
"Saya tidak berasa begitu sukar untuk membawakan watak Zati dalam
filem ini sebab sebelum ini saya pernah membawa watak gadis liar dalam
drama Janji Diana," katanya.
Bagi Sheera, watak Zati yang dibawanya tetap mengundang perasaan
gemuruh buat dirinya. Sebabnya, anak kepada pelakon Aznah Hamid itu
sebolehnya tidak mahu penonton menyamakan lakonannya sebagai gadis liar
dalam filem KL Gangster drama dengan drama Janji Diana.
"Semasa peranan Zati diberikan, saya banyak buat rujukan dengan
menonton filem-filem luar," katanya yang baru sahaja selesai pengambaran
drama Ahmad Albob.
Ditebak soalan mengenai dirinya merupakan salah seorang pelakon
kesayangan Skop Production Sdn. Bhd. kerana sering tampil dengan
drama-drama mahupun filem di bawah produksi milik Datuk Yusof Haslam,
kata Sheera dia bersyukur kerana diberi peluang.
Tetapi dalam masa yang sama dia menolak anggapan yang mengatakan dirinya merupakan pelakon kesayangan.
"Saya diberi peluang berlakon di bawah Skop Production sama seperti pelakon-pelakon yang lain," katanya.
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Filem KL Gangster Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5303

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum