FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dapat duit raya RM42.6 juta (kosmo)

Go down

Dapat duit raya RM42.6 juta (kosmo) Empty Dapat duit raya RM42.6 juta (kosmo)

Post by Fieza Wed 03 Aug 2011, 10:51 pm

Dapat duit raya RM42.6 juta (kosmo) Najib-Razak

Dapat duit raya RM42.6 juta


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar)
semalam mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (Felda) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan
berjumlah RM42.6 juta.

Beliau berkata, pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan
peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan
persiapan menjelang hari lebaran.

Dalam satu kenyataan semalam, Najib berkata, kaedah pemberian wang
Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan
kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda
dan peneroka yang tidak bersama Felda.

"Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan
menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14
juta.

"Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka lagi yang tidak bersama
Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah
RM2.46 juta," katanya.

Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003.

Najib berkata, bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta.

Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil
kepada Felda menerima RM350 seorang, manakala yang tidak bersama Felda
RM150 seorang.

Menurut beliau, bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam
minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda
seluruh negara.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Dapat duit raya RM42.6 juta (kosmo) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum