FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tingkatkan prestasi - CUEPACS

Go down

Tingkatkan prestasi - CUEPACS Empty Tingkatkan prestasi - CUEPACS

Post by MaStErMiNd Sat 08 Oct 2011, 10:58 am

Tingkatkan prestasi - CUEPACS HjOmarOsman

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa golongan itu supaya lebih produktif dan meningkatkan prestasi kerja masing-masing sebagai tanda terima kasih atas keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mereka.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, keprihatinan itu dibuktikan menerusi Bajet 2012 yang melibatkan pemberian bonus setengah bulan gaji, lanjutan tempoh umur persaraan dan kenaikan gaji daripada RM80 hingga RM320 mengikut gred gaji.

"Kita berharap penjawat awam akan lebih produktif, kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Mereka juga perlu bersedia untuk melakukan transformasi sesuai dengan imbuhan yang diberikan kerajaan ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, langkah meningkatkan prestasi itu perlu ditekankan agar perkhidmatan penjawat awam tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Kita tidak mahu selepas ini ada pihak yang mempertikaikan kerja penjawat awam yang masih di takuk lama sedangkan telah diberi pelbagai inisiatif baru," ujarnya.

Omar menyifatkan inisiatif-inisiatif yang diumumkan itu sebagai satu sejarah memandangkan hampir 80 peratus permintaan CUEPACS dipertimbangkan oleh kerajaan.

"Alhamdulillah dan terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar dan mempertimbangkan segala permintaan yang telah dikemukakan. Kita harap dengan 'kurniaan' ini, langkah untuk memperkasakan penjawat awam akan tercapai," ujarnya.

--- Utusan Malaysia
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14159

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum