FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia Juara bola sepak Sukan SEA ke-26

Go down

Malaysia Juara bola sepak Sukan SEA ke-26 Empty Malaysia Juara bola sepak Sukan SEA ke-26

Post by Red Warriors Tue 22 Nov 2011, 12:46 pm

Malaysia Juara bola sepak Sukan SEA ke-26 250px-Nazmi_Faiz_with_his_teammate,_Baddrol_Bakhtiar
22 November, 2011 00:35 AM

Malaysia Pertahan Pingat Emas Acara Bola Sepak Sukan SEA




JAKARTA, 21 Nov (Bernama) -- Malaysia mempertahankan pingat emas acara
bola sepak Sukan SEA ke-26 selepas menundukkan Indonesia 4-3 melalui
sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh 90 minit dan
masa tambahan.

Perlawanan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam Isnin.

Dengan itu Malaysia mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA.

Gol yang memberi kemenangan kepada Malaysia dilakukan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar selepas kedudukan terikat 3-3 sebelum itu.

Pemain tuan rumah Ferdinan Sinaga gagal menyumbat gol untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Kekalahan ini memusnahkan harapan skuad Indonesia kendalian Rahmad
Darmawan untuk meraih pingat emas sejak 20 tahun lalu di mana kali
terakhir Indonesia memperolehi emas adalah pada 1991.

Beraksi di hadapan lebih 100,000 lautan merah putih, Malaysia terlebih
dahulu dikejutkan dengan jaringan gol lawan seawal minit keempat
menerusi tandukan pemain pertahanan, Gunawan Dwi Cahayo.

Ia berpunca daripada sepakan sudut di sebelah kiri gawang negara yang
diambil oleh pemain tengah Octovianus Maniani sebelum Gunawan mudah
menanduk masuk bola menewaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che
Mat.

Gol tersebut menyaksikan penyokong tuan rumah bersorak girang dengan jaringan pembukaan itu.

Walaupun tertekan dengan jaringan awal tersebut, anak didik Ong Kim
Swee jelas tidak mudah mengalah dan melajukan rentak dengan mengatur
beberapa serangan menerusi gandingan Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri
Saarani dan A. Thamil Arasu, namun tagihan aksi negara masih belum
panas.

Pada minit ke-16, skuad negara dikejutkan dengan jaringan kedua
Indonesia namun pengadil dari Jepun, Tojo Minoru menafikan jaringan
Titus Bonai yang dianggap 'offside'.

Barisan pertahanan yang dilihat longgar memudahkan Octovianus Maniani
melorongkan bola kepada Titus, pemain kelahiran Papua New Guinea itu.

Kesungguhan Malaysia dapat dilihat apabila banyak peluang negara
terhidang. Malah kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang
lawan muncul pada minit ke-19 tetapi sepakan deras Mohd Irfan Fazail
berjaya dibaca penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.

Aksi trio penyerang sensasi tuan rumah Octovianus, Patrich Wanggai dan
Titus sering kali cuba menguji penjaga gawang Malaysia menerusi
percubaan jarak jauh dan gerakan serang balas dan Khairul Fahmi nyata
lebih bekerja keras pada malam ini.

Asraruddin Putra Omar berjaya memecah kebuntuan penyamaan gol pada
minit ke-33 menerusi tandukannya yang mudah membolosi gawang, lawan
hasil hantaran cantik daripada Baddrol di luar kotak penalti.

Terikat seri 1-1 pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan.

Malaysia tampak mendominasi perlawanan separuh masa kedua bila berjaya
mengekang asakan lawan dan menghentikan hantaran jauh mereka menyebabkan
penyerang lawan tidak mendapat bantuan apabila berada di hadapan pintu
gol Malaysia.

Benteng Malaysia yang dikendalikan oleh Khairul Fahmi dan pemain
pertahanan perlu diberi pujian kerana berjaya mengekang asakan lawan dan
ketika barisan penyerang Malaysia ketandusan idea, Kim Swee memasukkan
Muhd Nazmi Faiz Mansor bagi menggantikan K. Gurusamy pada minit ke-77
dan Yong Kuong Yong menggantikan Thamil Arasu selang tiga minit
kemudian.

Ini ternyata merupakan percaturan yang baik di mana Muhd Nazmi dan Yong
bersama Mohd Irfan serta Baddrol banyak mengucar-kacirkan barisan
belakang Indonesia yang dilihat kian goyang.

Baddrol yang juga merupakan perancang utama skuad negara hampir
menambah gol hasil sepakan percuma kaki kanannya namun percubaan
tersebut sedikit tersasar hingga menggusarkan Kurnia.

Permainan yang terikat seri 1-1 dipaksa berlarutan kepada 120 minit
masa tambahan memaksa kedua-dua pasukan rancak menyerang balas namun
masih tiada penyudah yang berkesan oleh kedua-dua negara hinggalah
terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada
negara.

Octovianus dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan malam ini.

Sementara itu penentuan pingat gangsa menyaksikan Myanmar membelasah
naib juara edisi 2009, Vietnam 4-1 pada aksi sebelum perlawanan
Malaysia-Indonesia di stadium yang sama.

-- BERNAMA
Red Warriors
Red Warriors
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Malaysia Juara bola sepak Sukan SEA ke-26 Kelant10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 58
Umur : 40
Tarikh Register : 24/04/2009
Reputation : 0
Points : 5848

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum