Nazmi Faiz Mansor
2 posters
Page 1 of 1
Nazmi Faiz Mansor
Pengorbanan Nazmi berbaloi
Oleh : NORASHIKIN LEMAN
Tarikh : November 26, 2011
Pengorbanan Nazmi berbaloi
TERPAKSA menangguhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya diduduki 14 November lalu, Muhd Nazmi Faiz Mansor berjaya membuktikan pengorbanan itu berbaloi.
Berjaya mempertahankan misi membawa kembali pingat emas Sukan Sea Laos, 2009 bersama rakan sepasu-kan di Sukan Sea Indonesia lalu, pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara itu membuktikan keputusan itu tepat.
Bapanya, Mansor Mustafa berkata, walaupun Nazmi mengambil keputusan menangguhkan peperiksaan SPM yang dianggap sebagai penentu masa depan, namun mereka sekeluarga tetap berbangga dengan pencapaiannya dalam sukan bola sepak.
“Kami tidak pernah menghalang minat dan impiannya untuk berada dalam arena sukan bola sepak, terutama bergelar wakil negara.
"Namun dalam masa yang sama, kami tetap berharap Nazmi turut cemerlang dalam pelajaran,” katanya yang turut menyifatkan Nazmi seorang anak yang pendiam.
Lebih suka menyerahkan urusan latihan dan pelajaran kepada guru Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ ) untuk membantu pemain jersi nombor 21 itu, Mansor percaya, mereka individu yang paling layak mengatur jadual harian pelajar.
----- Sinar Harian

Red Warriors- AHLI SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender :
Jumlah Post : 58
Umur : 40
Tarikh Register : 24/04/2009
Reputation : 0
Points : 5851
Nazmi bakal jutawan bola sepak selepas Safee
Nazmi Faiz Mansor
KUALA LUMPUR - Bintang remaja negara, Mohd. Nazmi Faiz berpotensi menjadi jutawan bola sepak kedua Malaysia selepas Safee Sali jika berjaya mendapat tempat dalam kelab Divisyen 1 Portugal, S.C Beira-Mar pada sesi percubaan dari 13-21 Mei ini.
Sekiranya itu menjadi kenyataan, pemain berusia 17 tahun itu bakal menjadi inspirasi buat semua rakyat Malaysia dan mengangkat bola sepak negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Bagaimanapun Ahmad Shabery berkata, terdapat satu halangan besar yang perlu dilepasi pemain tengah skuad Harimau Muda A itu sebelum mampu mencipta nama di luar negara, iaitu menyesuaikan diri dengan kehidupan dan budaya asing di Eropah, yang sebelum ini sering menjadi penghalang terbesar atlet kita untuk berjaya.
"Tahniah kepada Nazmi kerana berjaya mencuri tumpuan kelab Divisyen 1 Portugal untuk diuji dalam sesi percubaan, kalau dia berjaya, Nazmi akan menjadi kebanggaan Malaysia.
"Malah, Nazmi juga mampu bergelar jutawan bola sepak kedua Malaysia selepas Safee Sali dan ini pasti menjadi inspirasi kepada semua anak muda di negara ini untuk menjadikan bola sepak sebagai karier.
"Bagaimanapun ada beberapa halangan yang perlu diatasi Nazmi sebelum boleh berjaya di luar negara. Portugal adalah sebuah negara yang asing buat Malaysia daripada segi cuaca mahupun budaya, maka ini akan menjadi cabaran pertamanya.
"Seperti kita tahu, atlet kita agak sensitif dalam soal pemakanan. Bagaimana kalau dia dapat menangani keadaan itu, ia akan memainkan peranan besar, tetapi kalau dia mahu menjadi pemain bertaraf antarabangsa, maka dia harus mengatasi semuanya,'' kata Ahad Shabery pada majlis kempen Road to London 100PLUS dan Majlis Sukan Negara (MSN) di Damansara, semalam.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6752
Nazmi minta maaf tumbuk Kapten Qatar
Nazmi minta maaf tumbuk Kapten Qatar
MOHD ZULFADLI SHARIFUDIN
17 Jun 2012
Pemain Malaysia, Muhammad Nazmi Faiz dilayangkan kad merah oleh pengadil
selepas mengasari pemain Qatar di Stadium Shah Alam. -- foto BERNAMA
MOHD ZULFADLI SHARIFUDIN
17 Jun 2012
Pemain Malaysia, Muhammad Nazmi Faiz dilayangkan kad merah oleh pengadil
selepas mengasari pemain Qatar di Stadium Shah Alam. -- foto BERNAMA
PERANCANG utama Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengakui gagal mengawal emosi ketika aksi perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, petang tadi.
Insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.
Nazmi Faiz yang bakal berusia 18 tahun pada 17 Ogos depan meluru ke arah pemain tersebut dan melepaskan tumbukan ke atas Abdelkarim yang menyebabkan pengadil perlawanan mengarahkannya keluar dari padang.
Dalam pada itu, Nazmi memohon maaf kepada para peminat dan menegaskan insiden tadi tiada kena-mengena dengan kisah peribadi sambil mengakui gagal mengawal emosi.
"Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya," jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.
Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.
Sementara itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menasihatkan Nazmi supaya bertindak lebih profesional dan matang.
Dalam masa yang sama, pengendali yang berasal dari Melaka itu berpendapat faktor usia yang begitu muda yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.
"Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Kim Swee berkata bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mengharungi saingan kelayakan Piala AFC di Myanmar.
Malaysia diundi dalam Kumpulan G pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 bersama-sama Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Myanmar.
SUMBER : SINAR HARIAN

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak