SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN
Page 1 of 1

15 Disember 2011
Malaysia Insider
Oleh G Manimaran
December 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.
Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”
“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.
Posted by CUEPACS at 8:20 PTG

MaStErMiNd- WEBMASTER
- Jawatan : Paramedic
Gender :
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158
Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...
Re: SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN
Beberapa opsyen SPBA dibantah
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
2011/12/16
CUEPACS minta 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA
KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.
Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan.
Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.
Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.
“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh
negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.
SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.
Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.
“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.
--- Berita Harian

SBPA: CUEPACS mahu jumpa PM
KUALA PERLIS – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam perkhidmatan
Awam (CUEPACS) akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak pada 19 Disember ini bagi menjelaskan mengenai
bantahan terhadap skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, dalam pertemuan itu
CUEPACS akan turut membangkitkan mengenai kelemahan yang wujud dalam
skim berkenaan.
Menurut beliau, pada masa kini CUEPACS memutuskan menolak tawaran
SBPA kerana dilaksanakan dalam masa yang singkat serta tanpa rundingan
dengan kongres tersebut.
Berikutan itu, katanya, kesatuan tersebut yang mewakili 1.4 juta
penjawat awam mahu rundingan lanjut diadakan bagi membincangkan mengenai
skim berkenaan.
“Setelah ahli CEUPACS bermesyuarat hari ini (semalam), kami membantah
SBPA kerana mendapati banyak perkara yang tidak jelas dalam tawaran
berkenaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas selama dua
hari bagi membincangkan tawaran SBPA di sini.
SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu
yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan
tahunan di antara RM80 dan RM300.
Menurut Omar, pihaknya menasihati ahlinya agar tidak menandatangani
tawaran SBPA sehingga rundingan lanjut dengan Perdana Menteri
dijalankan.
--- Kosmo
|

SBPA: 'Tunggu sehingga kami jumpa PM'
SHAH ALAM 17 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak
menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib
akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di
Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan
skim baru itu.
Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti,
pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat
dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.
"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan
dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci
oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau
dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.
"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak
menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami
selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap
merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan
Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari
ini.
SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu
yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan
tahunan di antara RM80 dan RM300.
Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang
daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian
oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.
"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita
akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik
bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai
dengan markah yang baik setiap tahun.
"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam
berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya,"
jelasnya.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam
ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS
perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa
tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat
mungkin.
Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil
langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.
"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang
tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan
isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh
ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari
ini.
--- UTUSAN MALAYSIA

Similar topics
» Kerajaan Telah Bincang Dengan Cuepacs Sebelum Rangka SBPA : Najib
» Kemelut selesai, tarikh akhir terima opsyen SBPA dilanjut
» Cuepacs Bantah Bank Negara Pendekkan Tempoh Pinjaman
» CUEPACS minta tangguh SBPA
» Tangguh SBPA: Jangan salahkan kami, kata Cuepacs

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak