Patrice Evra
Page 1 of 1
Patrice Evra
Patrice Evra tak gentar
LONDON Pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra tidak takut
untuk kembali ke Anfield bagi berdepan Liverpool pada aksi pusingan
keempat Piala FA malam esok
Skuad bimbingan Alex Ferguson itu akan kembali ke Anfield buat kali
pertama sejak isu perkauman yang membabitkan Evra dan penyerang
Liverpool, Luis Suarez.
Begitupun, pemain berusia 30 tahun itu memberi jaminan kepada
Ferguson bahawa dia memiliki kekuatan mental selaku ketua pasukan pada
pertemuan itu.
Sebelum ini, Ferguson tidak menyenaraikan penyerang sensasi United,
Wayne Rooney pada pertemuan menentang Liverpool kerana bimbing reaksi
negatif para penyokong.
Namun Ferguson berkata, perkauman bukan isu penting tetapi sikap kedua-dua pemain itu membimbangkannya.
"Suatu usaha yang baik apabila menyaksikan Liverpool berusaha untuk menangani isu perkauman ini melalui media.
"Kamu harus ajar mereka ketika bertandang ke Manchester United.
"Sejujurnya, saya masih tidak dapat melihat keperluan untuk itu," kata Ferguson.
Suarez yang masih menjalani hukuman penggantungan lapan perlawanan
dijangka akan berada di Anfield sebagai penyokong dan dia tidak akan
bertemu Evra bagi mengelak senario yang tidak diingini berlaku.
Sehingga kini, Suarez masih enggan memohon maaf secara peribadi kepada Evra.
Dia mendakwa, tuduhan pemain pertahanan United itu tidak boleh
dipercayai, sekali gus mempersoalkan keputusan Persatuan Bola Sepak (FA)
England.
Ferguson yang tidak ragu-ragu mengenai keupayaan Evra untuk beraksi
di Anfield mendakwa, personaliti dan prestasi konsisten telah menjadikan
pemain itu sebagai calon bagi mengisi slot ketua pasukan United.
Sementara itu, Nemanja Vidic terpaksa direhatkan sehingga akhir musim
ini kerana kecederaan ligamen ketika aksi Liga Juara-Juara. - Agensi
SUMBER : KOSMO
EVRA (kanan) memiliki kekuatan mental untuk menghadapi aksi pusingan keempat Piala FA menentang Liverpool malam esok. |

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak