Pascal Ochieng
Page 1 of 1
Pascal Ochieng
Kapten Kenya 'pukau' Johor FC
Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my
KAPTEN skuad kebangsaan Kenya, Pascal Ochieng dilihat bakal menjadi
pemain import pertama Johor FC musim ini selepas menunjukkan aksi
menarik pada sesi ujian bersama skuad Liga Super itu.
Difahamkan, pengurusan skuad Lebah berusaha untuk menurunkan pemain
berusia 26 tahun itu yang beraksi di posisi pertahanan tengah dalam
pertemuan menentang Kedah di Stadium Darul Aman Alor Setar, Sabtu ini.
Ochieng yang beraksi dalam Liga Perdana Kenya merupakan penerima anugerah pertahanan terbaik pada 2011.
Pengurus pasukan Johor FC, Wan Nizam Wan Omar berkata, setakat ini,
pihaknya berpuas hati dengan aksi Ochieng dan tidak menolak kemungkinan
untuk pemain import itu membuat kemunculan pertama Sabtu ini.
“Jika kita gagal menandatangani mana-mana pemain import ketika
menentang Kedah, itu bukan satu masalah kerana kita mempunyai pemain
tempatan yang telah bermain dengan baik.
“Justeru, kita tidak terburu-buru untuk menandatangani kontrak dengan
pemain terbabit jika ia sekadar untuk memenuhi kuota pemain import,”
katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, meskipun skuadnya kalah dalam tiga perlawanan sebelum ini,
beliau masih menaruh keyakinan dengan kemampuan pemain sedia ada yang
telah bermain dengan baik setakat ini.
Jelasnya, skuad Lebah perlu meningkatkan lagi kesefahaman selain menajamkan penyudah.
Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak permohonan
skuad Lebah untuk menandatangani dua pemain Brazil iaitu penyerang, Tito
Fernando dan pemain tengah, Tiago Lima kerana gagal memenuhi kriteria
pemain import untuk beraksi pada Liga Malaysia.
Pada perlawanan pembukaan untuk musim ini, Johor FC menang 2-1
menentang pendatang baru Liga Super, PKNS FC sebelum kalah pada tiga
perlawanan iaitu 2-0 ketika menentang Negeri Sembilan, tewas 2-1 kepada
Kelantan dan 1-0 dengan Perak.
SUMBER: KOSMO
Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my
OCHIENG (kiri) berjaya menambat hati pengurusan pasukan Johor FC. |

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak