Denny Antwi
Page 1 of 1
Denny Antwi
Ghaddar atau Antwi
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
2012/01/31
AKSI Ghaddar (kiri) ketika menentang Kuala Lumpur saingan Liga Super di Kota Bharu, minggu lalu.
KELANTAN mungkin menggugurkan sama ada Mohammed Ghaddar dari Lubnan atau
Denny Agyare Antwi dari Ghana dalam kancah Liga Super selepas mengikat
bekas pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri, semalam.
Kelantan yang dilihat serius menerajui liga musim ini, mengambil
tindakan segera mendapatkan Nwaneri dan kelibat pemain itu dapat
disaksikan dalam perlawanan persahabatan dengan skuad senior kebangsaan
di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Begitupun, siapa yang bakal digugurkan masih menjadi teka teki dan
difahamkan keputusan akan dibuat selepas dua aksi persahabatan dengan
skuad kebangsaan dan kelab Balistier Khalsa FC dari Singapura di Kota
Bharu, Sabtu ini.
Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, selain persiapan
tambahan untuk Liga Super, The Red Warriors juga mahu menguji Nwaneri
yang mengumpul 33 kaps sejak 2005 dan pernah beraksi dengan Kazma
Sporting di Kuwait tahun lalu.
“Perlawanan persahabatan ini menjadi peluang terbaik bagi kami
menguji Nwaneri di posisi pertahanan tengah Kelantan, selain menguji
seorang lagi pemain import, Samad Okocha Awudu yang dijangka tiba Khamis
ini.
“Kami berharap dapat melakukan pemilihan dengan lebih teliti
sebelum mendaftarkannya mereka dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) sebelum 13 Februari,” kata Azman yang juga pengurus pasukan.
Mengulas mengenai kedudukan Mohammed Ghaddar dan Antwi, dia
menjelaskan pihaknya belum memutuskan nasib kedua-dua pemain itu
hinggalah tarikh akhir pendaftaran import 13 Februari ini manakala dua
pemain import yang didaftarkan untuk Piala AFC sebelum ini, Emmanuel
Ayaah Okine (Ghana) dan Zacharia Yehya Charara (Lubnan) mungkin
dipinjamkan kepada Kuala Lumpur.
Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, dalam laman
sosial Facebook, mengesahkan KAFA sudah menandatangani kontrak dengan
Nwaneri, semalam.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Last edited by Info Bola Sepak on Tue 31 Jan 2012, 10:15 pm; edited 1 time in total
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Re: Denny Antwi
Siapa bakal tersingkir?
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
SIAPA yang bakal menjadi ‘mangsa’, Mohammed Ghaddar atau Denny Antwi?
Itu persoalan ditimbulkan penyokong selepas Presiden Persatuan Bola
Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan skuad Kijang
mengikat kontrak seorang lagi pemain import dari Nigeria, Obinna
Nwaneri, 29, semalam.
Annuar dalam laman sosial Facebook memaklumkan bekas pemain pertahanan
skuad kebangsaan Nigeria itu yang mewakili negaranya sebanyak 33 kali
sejak 2005 dan pernah beraksi dengan kelab Kazma Sporting dalam liga
utama di Kuwait tahun lalu bakal diuji dalam perlawanan persahabatan
menentang skuad senior kebangsaan, Harimau
Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Pengambilan pemain import baru itu menimbulkan tanda tanya siapa pemain
import Kelantan sedia ada yang bakal tersingkir daripada bermain untuk
Liga Super kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya membenarkan
dua pemain import untuk setiap pasukan.
Pelbagai komen dikemukakan dalam Facebook Annuar, meminta
mempertimbangkan dengan sebaik mungkin sama ada memilih Ghaddar atau
Antwi bermain dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) jika
Obinna dipilih bermain untuk Liga Super.
Ada yang menyifatkan populariti Antwi kini semakin meningkat apabila
sentiasa menerima sorakan ketika beraksi di padang apatah lagi ketika
dia menari selepas menjaringkan gol.
Bagaimanapun, Ghaddar tetap mempunyai peminat tersendiri yang yakin
pemain Lubnan itu akan bebas daripada badi ‘tidak bernasib baik’ untuk
menjaringkan gol.
Difahamkan, pengurusan Kafa kini turut ‘pening kepala’ untuk membuat pilihan.
Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya
belum membuat keputusan berhubung kedudukan Ghaddar dan Antwi. “Kita
masih ada masa hingga 13 Februari untuk membuat keputusan. Apa yang
boleh saya katakan, jika pemain import baru yang sudah mengikat kontrak
dengan kita (Obinna) menunjukkan prestasi cemerlang, besar kemungkinan
kita akan menyenaraikannya untuk beraksi dalam Liga Super,” katanya.
SUMBER : HARIAN METRO

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak