Zachariah Simukonda
Page 1 of 1
Zachariah Simukonda
T-Team ‘cerai’ Simukonda
Oleh Faizul Azlan Razak
2012/02/01
JODOH penyerang import Liga Super T-Team, Zachariah Simukonda akhirnya terlerai apabila kontraknya bersama pasukan itu ditamatkan selepas aksi kurang bertenaga dalam lima perlawanan, selain mengalami kecederaan berpanjangan.
Jurulatih Yunus Alif berkata, antara faktor utama pemain 28 tahun itu terpaksa dilepaskan adalah akibat kecederaan yang dialami pada separuh masa kedua ketika menentang Selangor dan dia dijangka memerlukan lebih empat minggu untuk pulih.
“Kami tidak boleh menunggu begitu lama dan pengurusan membuat keputusan untuk mencari penyerang baru sebelum tamat tempoh pendaftaran pemain import, 13 Februari ini.
“Beberapa pemain dijangka menghadiri sesi pemilihan esok (hari ini) dan panel pemilih akan membuat keputusan dalam masa terdekat,” katanya kepada Berita Harian selepas mesyuarat pengurusan pasukan, semalam.
Yunus berkata, bukan kekalahan dua kali berturut-turut kepada Terengganu dan Selangor menjadi penyebab khidmat pemain kelahiran Zambia itu ditamatkan, cuma kecederaan lutut dan paha dialaminya menjadi penghalang.
Menurutnya, Simukonda sudah melakukan yang terbaik ketika mewakili T-Team, walaupun ramai peminat berpendapat persembahan bekas pemain Red Arrows FC di Lusaka, Zambia, itu kurang bermutu.
“Ramai yang menjadikannya bahan ketawa, namun kita perlu menghargai sumbangannya termasuk jaringan sulungnya ketika bertemu Kuala Lumpur. Mungkin dia belum serasi dengan Fadzly (Saari) dan Faiz (Subri),” katanya.
Yunus bagaimanapun berpuas hati dengan kekentalan benteng pertahanan diketuai pemain Bosnia dan Herzegovina, Bojan Petric dan kehadiran semula Rosdi Talib dan Shahril Faizal akan mengembalikan kekebalan seperti tiga perlawanan awal apabila penjaga gol, Iqbal Suhimi, gagal dibolosi.
“Bahagian tengah juga mantap setakat ini dengan Zairo (Anuar Zailani) sebagai kapten menunjukkan komitmen tinggi sehingga menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan setakat ini,” katanya.
SUMBER: BERITA HARIAN

Last edited by Info Bola Sepak on Wed 01 Feb 2012, 9:42 am; edited 1 time in total
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Re: Zachariah Simukonda
Cedera akhiri khidmat Simukonda bersama T-Team
Oleh Zainuddin Muhammad
sukan@hmetro.com.my
SELEPAS lima perlawanan Liga Super, penyerang T-Team yang menjadi cemuhan ramai penyokong pasukan, Zachariah Simukonda terpaksa ditukar dengan pemain import baru.
Bukan kekalahan dua kali berturut-turut kepada Terengganu dan Selangor yang menyebabkan khidmat pemain kelahiran Zambia itu tidak diperlukan lagi sebaliknya kecederaan lutut dan paha menjadi penentu.
Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, pemain berusia 28 tahun itu cedera di separuh masa kedua perlawanan menentang Selangor dan dia dijangka memerlukan lebih empat minggu untuk pulih.
“Kami tidak boleh menunggu lama dan pengurusan membuat keputusan untuk mencari penyerang baru. sebelum tamat tempoh pendaftaran pemain import 13 Februari ini.
“Beberapa pemain dijangka menghadiri sesi pemilihan bermula esok (hari ini) dan panel pemilihan akan membuat keputusan dalam masa terdekat,” katanya. ketika ditemui selepas mesyuarat pengurusan pasukan di Kuala Terengganu, semalam.
Menurut Yunus, Simukonda sudah melakukan yang terbaik ketika mewakili T-Team walaupun ramai peminat berpendapat persembahan bekas pemain Red Arrows FC di Lusaka, Zambia, itu tidak bermutu.
“Ramai yang menjadikannya bahan ketawa namun kita semua perlu menghargai sumbangannya kepada pasukan termasuk jaringan sulungnya ketika bertemu Kuala Lumpur.
“Mungkin dia belum serasi untuk berganding dengan Fadzly Saari dan Faiz Subri namun semuanya sudah berakhir akibat kecederaan serius dialaminya itu,” katanya.
Katanya lagi, semangat anak buahnya agak menurun selepas pasukan kehilangan enam mata akibat tewas kepada Terengganu dan Selangor.
“Kami akan menggunakan masa rehat lebih seminggu untuk mengembalikan semangat juang pasukan supaya semua pemain kembali bersemangat apabila bertandang ke Stadium Paroi untuk bertemu Negeri Sembilan, Selasa ini.
“Kemungkinan besar kami sudahpun menemui pengganti Simukonda pada masa itu dan kali ini, kami harap mendapat khidmat pemain yang lebih berkaliber dan berbisa di hadapan pintu gol lawan,” katanya.
Kecuali jentera serangan, Yunus puas hati dengan persembahan keseluruhan anak buahnya termasuk barisan pertahanan diketuai pemain Bosnia dan Herzegovina, Bojan Petric.
SUMBER: HARIAN METRO

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak