FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wawa Zainal

3 posters

Go down

Wawa Zainal Empty Wawa Zainal

Post by Puteri Kayangan Tue 20 Mar 2012, 11:46 am

Wawa Zainal Wawa2

Biodata Wawa Zainal


Nama : Nur Hawa Zainal Abidin

Nama Manja : Wawa Zainal

Tarikh Lahir: March 12, 1991

Asal: Lahad Datu, Sabah

Tinggi : 158cm

Keluarga : 11 adik beradik, wawa ke 8

Sekolah : St. Dominic

Wawa Zainal Monryanti2

Wawa Zainal Monryanti4

Wawa Zainal Monryanti6

Wawa Zainal Image

Wawa Zainal 45fe5__pix_gal0
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Wawa Zainal Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5304

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Wawa Zainal Empty Re: Wawa Zainal

Post by Puteri Kayangan Wed 04 Apr 2012, 11:19 am

Usah dikorek kisah lalu – Wawa Zainal

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto SYEFRY MONIZ, AFIQZIKRI ZULKARNAIN, MOHD. RAFIUDDIN AHMAD JURI & IMRAN ISHAK (Pelatih Peretak, IKBN)


Wawa Zainal Hi_01.1
Solekan dan dandanan DEQ SHA (019-3495383) menggunakan M.A.C Busana AMER RAFIQEE (016-2033404) Lokasi PERUSAHAAN BAN GUAN HIN, KUALA LUMPUR
USIA pembabitan seseorang artis bukan indikator utama yang menentukan tahap populariti dan jaminan keselesaan dalam industri seni pada hari ini. Arah kedudukan penggiat seni itu juga sentiasa terumbang ambing tetapi masyhur andai dikaitkan dengan cerita sensasi sama ada rekaan sendiri atau angkara orang lain.

Semua itu terjadi apabila ada ‘episod lampau yang belum selesai’ terjadi sebelum individu itu melangkah ke dunia seni.

Situasi sebegitu juga berlaku pada seorang pendatang baru yang berhijrah dari Lahad Datu, Sabah ke ibu kota untuk mempertaruhkan nasib sebagai anak wayang.

Biarpun mengetahui bahawa tiada aliran darah seni dalam tubuhnya, berbekalkan kemenangan bertanding drama peringkat sekolah menengah empat tahu lalu, dia nekad dengan keputusannya.

Impian Wawa Zainal yang dikenali selepas drama Ana Lulu bersiaran di TV3 ini juga jelas. Dia mahu mengasah bakat, mencipta nama dan berdiri sebaris dengan pelakon sedia ada.

Lantaran itu, gadis berusia 20 tahun ini hanya tersenyum sahaja apabila ada yang mensinonimkan namanya dengan gambar seksi yang pernah tersebar.

Rakaman wajah dirinya dengan memakai baju yang menampakkan sebahagian besar dadanya itu adalah isyarat supaya lebih berhati-hati.

“Benar orang cakap, sekeping gambar boleh bercerita. Silap sendiri,saya tak salahkan sesiapa pun. Cuai sebab tak simpan telefon bimbit di tempat selamat.

“Lagi pun, kita percaya tak ada orang panjang tangan di set penggambaran. Bila dah kena curi, ada pula gambar ‘tersebut’, saya dah agak mesti kena hentam teruk dengan peminat seni tanah air,” ulas Wawa tentang peristiwa memalukan dirinya itu.

Adakah pemilik nama sebenar Nurhawa Zainal Abidin ini sama seperti yang digambarkan potret seksi yang tersebar itu, pantas dia menggelengkan kepala.

“Saya biasa saja, tak lebih dan tak kurang. Mungkin pemikiran kita tak matang, tak fikir panjang bila ambil gambar itu,” ringkasnya.

Mengulas tentang kesan penyebaran gambar itu disamakan seperti publisiti murahan yang berjaya membuka mata banyak pihak tentang kehadirannya dalam industri seni, Wawa ada hujah tersendiri.

“Jujurnya, saya sedih bila mendengar cerita tak elok setelah orang tengok gambar itu. Dugaan manusia, apabila menjadi orang yang dikenali memang payah. Nampak glamor hanya di luaran saja.

“Cabaran sebegini perlu ditempuhi juga dengan apa cara sekalipun. Saya tak nak terlalu lama bersedih sebab kesilapan yang memalukan itu. Jadi lebih baik saya teruskan kehidupan seperti biasa.

“Orang boleh cakap apa pun, terserah, saya tak boleh nak halang. Popular tak bertahan, sebab bakat juga akhirnya orang pandang dan buat kita bertahan lama. Saya kena buktikan dengan bakat sebab saya bukan jenis macam itu .

“Tambahan pula, perjalanan seni saya masih terlalu jauh, saya tak boleh melatah dan asyik pandang belakang. Sebab ada orang di luar sana yang tak pernah jemu korek cerita buruk tentang kita,” jelasnya.

Adakah peristiwa itu turut meruntuhkan kepercayaan bapa, Zainal Abidin Sulong, 61, dan ibu, Mariam Hashim, 41, yang memberi restu dan sokongan 100 peratus sewaktu melepaskan anak mereka berseorangan mencari rezeki di ibu kota?

“Alhamdulillah, mereka faham. Saya dah jelaskan kepada mereka tentang perkara ini,” ringkasnya.

Mudah jatuh cinta?

PELAKON filem Hantu Dalam Botol Kicap ini juga tidak terlepas dikaitkan dengan gosip cinta. Wawa dikatakan sedang bercinta dengan dua aktor dibawah naungan MIG, iaitu Shaheizy Sam dan Aeril Zafril.

Biarpun Wawa mengatakan mereka adalah teman sekerja, tetapi bagaimana pula hati anak kelapan daripada 11 beradik ini apabila dikaitkan dengan dua lelaki berkenaan?

Pasti jiwa muda Wawa berbunga riang tatkala bersama dengan dua aktor yang telah mencipta nama dalam industri seni.

“Soal hati ini terlalu awal untuk dikatakan sebab saya belum ada apa-apa lagi. Tak nak nanti orang kata saya perasan bila dikaitkan dengan orang-orang popular tu.

“Sebab itu, saya kawal perasaan. Tak nak tunjuk terlalu teruja bila media tulis gosip cinta saya sebab perkara itu mustahil berlaku sekarang. Saya tak nak ada komitmen cinta lagi, takut hilang fokus,” jelasnya.

Apakah itu bermakna pelakon drama Bunga-Bunga Syurga bersama Johan As’ari itu gentar kewujudan cinta lokasi?

“Sukar nak cakap. Bagi saya, perkara macam ini mungkin terjadi seperti mana berlaku pada kebanyakan artis sebelum ini. Percikan cinta susah nak dijangka.

“Apa pun, benda ini belum berlaku lagi pada saya. Tapi saya tak mahu cakap besar, kerana esok lusa kita tidak tahu lagi,” katanya berteka-teki.

Bukan boneka

PELAKON berbintang Pieces ini turut menyatakan pandangan apabila wujud situasi membeza-bezakan layanan antara pendatang baru dengan senior dalam industri.

Apabila pengalaman kebanyakan pendatang baru sering dinafikan dan peluang untuk diangkat sebagai watak utama sering terhalang.

“Semua itu bergantung pada nasib seseorang itu. Ada orang berusaha lebih macam jadi pelakon tambahan dan buat kerja teruk macam boneka, tapi tetap tak dapat watak utama ada juga sebaliknya.

“Saya rasa pihak penerbitan semakin bijak dengan strategi masing-masing. Mereka mesti ada sebab tertentu apabila nak bagi watak kepada pelakon sedia ada.

“Saya bertuah sebab tak rasa jadi pelakon tambahan, terus diberi kepercayaan terajui watak utama. Tapi itu bukan jaminan untuk saya berada dalam kedudukan selesa. Saya tetap ambil peluang untuk kembangkan bakat walaupun terpaksa berlatih berjam-jam depan cermin,” dedahnya.

Ditanya sasaran Wawa bergelar pelakon wanita terbaik, katanya,

“Kita tengok kemampuan Wawa Zainal sebagai pelakon pada tahun 2015.”

SUMBER : www.utusan.com.my (Utusan Malaysia)
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Wawa Zainal Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5304

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Wawa Zainal Empty Re: Wawa Zainal

Post by Lord Vlad Mon 07 May 2012, 10:23 pm

wowwwwwwwwww!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

cantiknya awek ni......... mengagumkan............
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Wawa Zainal Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7898

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Wawa Zainal Empty Re: Wawa Zainal

Post by Info Bola Sepak Wed 04 Jul 2012, 12:44 pm

woooo...
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Wawa Zainal Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Wawa Zainal Empty Re: Wawa Zainal

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum