FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa

Go down

Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa Empty Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa

Post by Info Bola Sepak Sat 31 Mar 2012, 8:55 pm

Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa 894464



Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa Image
suarakan pendapat dan pandangan anda di ruangan ini...

adakah ada tangan2 ghaib yang sengaja ingin lihat kejatuhan Tan Sri Annuar Musa dalam FAM, KAFA dan bola sepak keseluruhannya?

Isu ini menjadi pemangkin dan sengaja disensasikan agar tindakan boleh diambil terhadap Annuar.

jangan lupa buat undian dan beri pendapat anda....
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa Empty Re: Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa

Post by Info Bola Sepak Tue 03 Apr 2012, 3:39 pm

Annuar Musa Dihadapkan Ke J/Kuasa Disiplin FAM 4 April - Sultan Ahmad Shah


Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa Sultan+Ahmad+Shah_FAM
KUANTAN, 29 Mac (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah berkata timbalannya, Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal di media.

Baginda berkata Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar.

"Bila kita buat satu benda yang @#$%, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Bandar Indera Mahkota di sini, Khamis.

Sultan Ahmad Shah berkata Annuar sepatutnya lebih arif mengenai peraturan yang telah ditetapkan FAM kerana Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu telah menyatakan bahawa hal FAM tidak wajar disebar kepada media tetapi patut dibawa berbincang dengan jawatankuasa berkenaan.

Baginda berkata Annuar sepatutnya lebih tahu mengenai peraturan itu kerana ketika mesyuarat Exco baru-baru ini telah diberitahu oleh Tengku Abdullah supaya jangan lantang memberi keterangan kepada media tanpa kebenaran FAM.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa Empty Re: Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa

Post by Info Bola Sepak Tue 03 Apr 2012, 3:51 pm

Annuar Musa Diadili Jawatankusa Tatatertib FAM Esok


Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa FAM-logo
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap mengadakan perbicaraan terhadap timbalan presidennya Tan Sri Annuar Musa di Wisma FAM esok walaupun ada desakan daripada sesetengah pihak supaya ia ditangguhkan.

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Taufik Abdul Razak berkata perbicaraan itu hanya akan ditangguhkan jika diarahkan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM.

"Setakat ini, kita tidak menerima arahan daripada Jawatankuasa Eksekutif (FAM) untuk menangguhkan perbicaraan ini...jadi ia akan diteruskan seperti biasa," katanya kepada Bernama hari ini.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (Pakatan Darulnaim) semalam dilaporkan telah memohon kepada FAM supaya perbicaraan dan hukuman terhadap Annuar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) ditangguhkan demi kesejahteraan dan ketenteraman perpaduan orang Melayu terutama bagi penyokong setia skuad The Red Warrior.

Annuar didakwa melanggar statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa Empty Re: Isu Tindakan Tatatertib keatas Tan Sri Annuar Musa

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum