FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mengendali Perubahan Semasa Hamil

Go down

Mengendali Perubahan Semasa Hamil Empty Mengendali Perubahan Semasa Hamil

Post by Wan Sariah Fri 20 Apr 2012, 4:47 pm


sal2
Anda akan menghadapi pelbagai perubahan dari segi fizikal and sebagainya sepanjang waktu perhamilan. Perubahan ini akan berlaku secara progesif, agar memberi masa yang lama secukupnya untuk anda bersedia dan menyesuaikan diri kepada perubahan tersebut. Berikut adalah perubahan-perubahan yang boleh dijangka:

Perubahan Fizikal

Sistem Penghadaman

Apakah yang sedang berlaku?
Apabila kehamilan semakin berkembang, rahim anda akan membesar untuk menampung bayi yang sedang membesar, dan abdomen anda juga turut mengembang. Rahim anda akan meningkat dari kawasan pubik semasa awal kehamilan sehingga ke bawah sangkar rusuk semasa akhir kehamilan. Semasa ia membesar, organ yang lain seperti pundi kencing, ginjal, diafragma dan usus akan ditekan dan menyebabkan fungsi organ tersebut terjejas. Apabila sudah menghampiri waktu kelahiran, abdomen anda akan melendut dan anda dapat merasakan bayi bergerak ke bahagian pinggul. Keadaaan ini bersama dengan hormon selalunya mengakibatkan loya dan sembelit.

Apakah yang boleh dilakukan?
LOYA.
Berasa loya selalunya tanda awal bagi kehamilan. Keadaan ini boleh bermula dari minggu kelima dan berlarutan sehingga kira-kira minggu kelima belas. Namun begitu, ada kemungkinan bahawa keadaan ini akan kembali lagi pada tahap kehamilan yang lain. Loya boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sehari, tetapi kebanyakan wanita merasakan keadaan ini berlaku pada suatu waktu tertentu. Menghidu bau sesetengah makanan atau asap rokok boleh menyebabkan loya dan keadaan ini bertambah teruk apabila keletihan. Untuk mengatasi loya, cuba makan beberapa keping biskut kosong sebelum bangun dari katil pada waktu pagi. Hindarkan diri daripada makanan dan bau yang akan menyebabkan anda berasa loya. Ambillah sajian makanan yang kecil dan kerap sepanjang hari. Minuman halia atau teh “chamomile” boleh membantu melegakan keadaan ini.


SEMBELIT.
Sembelit biasanya berlaku dari awal kehamilan
sehingga bulan keenam. Ini kerana semasa hamil, hormon progesteron melegakan otot usus yang melambatkan pergerakan isi perut, dan meningkatkan risiko menghadapi sembelit. Anda akan mengeluarkan najis yang keras dan kering dengan kekerapan yang kurang dari biasa. Anda dinasihatkan makan makanan yang berserat tinggi dan minum air yang banyak. Bersenamlah selalu dan pergi ke tandas apabila perlu. Jumpa dengan doktor jika keadaan ini berterusan. Pengambilan suplemen “chamomile”, adas dan halia boleh membantu keadaan ini.

Bimbang Tentang Payudara Kecil?
Saiz payudara tidak menentukan kejayaan menyusu bayi anda. Payudara besar tidak bermakna anda akan mempunyai susu ibu yang lebih, tetapi ia hanya mempunyai lemak yang lebih banyak. Oleh itu, wanita yang payudaranya kecil mempunyai kebolehan yang sama dengan wanita lain untuk menghasilkan susu ibu dan menyusu bayi dengan jayanya.

Payudara

Apakah yang sedang berlaku?
Seawal dua minggu selepas hamil, payudara dan puting akan mula membesar. Kelenjar menghasilkan susu akan membesar akibat aras hormon estrogen dan progesteron yang tinggi. Payudara membesar adalah sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan lemak semasa hamil dan beratnya kira-kira 0.45 hingga 1.36 kg daripada berat keseluruhan badan. Bintik-bintik pada areola mula membesar untuk melembab dan melembutkan kulit. Pada minggu keenam belas kehamilan, kawasan mengelilingi puting akan membesar dan menghitam disebabkan oleh pengaliran darah yang meningkat. Saluran darah dalam kulit juga mungkin bengkak dan lebih kelihatan semasa hamil. Puting anda akan mula mengeluarkan kolostrum apabila menghampiri waktu kelahiran. Payudara anda akan berasa lebih ‘penuh’ dan berat akibat daripada perubahan aras hormon dalam badan. Ia juga mungkin berasa lebih lembut dan sensitif sepanjang kehamilan.

Apakah yang boleh dilakukan?
Bagi menjamin keselesaan buah dada sewaktu hamil, anda dinasihatkan agar memilih coli yang mempunyai lingkaran yang dalam pada bahagian bawah cawan coli,dengan tali lebar yang bersesuaian dengan bahu dan boleh dilaras pada bahagian belakang. Apabila buah dada anda menjadi sangat berat, pakailah coli yang ringan pada waktu malam.

Bengkak & Penahanan Air

Apakah yang sedang berlaku?
Apabila menghampiri trimester ketiga kehamilan, anda mungkin mengalami bengkak pada bahagian kaki dan tapak kaki. Sel tisu badan akan menyimpan lebih banyak air dan lebih tertumpu pada bahagian bawah badan. Keadaan ini bertambah buruk apabila anda berdiri untuk jangka waktu yang panjang atau terdedah kepada cuaca panas. Jari anda juga mungkin rasa keras dan bengkak, terutamanya pada waktu pagi.

Apakah yang boleh dilakukan?
Anda boleh mengurangkan bengkak dengan mengangkat kaki sambil baring pada bila-bila masa terutamanya pada hujung hari, dan cuba membuat senaman tapak kaki yang ringan. Jangan berhenti mengambil cecair yang banyak kerana kekurangan cecair dalam badan akan menggalakkan sel menyimpan cecair tersebut dalam badan. Berjumpalah dengan doktor jika bengkak menjadi lebih teruk kerana ia mungkin gejala penyakit pre-eclampsia.



Ruam

Apakah yang sedang berlaku?
Wanita hamil mungkin mengalami ruam di bahagian bawah payudara atau pangkal paha. Keadaan ini adalah biasa terutamanya dalam cuaca panas dan disebabkan oleh kerengsaan yang diakibatkan oleh peluh kulit yang bersentuhan.

Apakah yang boleh dilakukan?
Anda harus membersih dan mengeringkan kawasan tersebut sekerap mungkin serta melegakan kulit dengan losyen kalamin atau debu tepung jagung. Anda dinasihatkan memakai pakaian kain kapas yang longgar.
Pigmentasi Yang Bertambah Apakah yang sedang berlaku?
Wanita hamil mungkin mengalami “kesan regangan” pada kulit bahagian abdomen, buah dada dan paha. Kesan-kesan akan kelihatan merah jambu dan kemerahan, garis-garis takik dihasilkan oleh sel pigmentasi akibat aras tinggi hormon estrogen dan progesteron. Anda mungkin juga ada garis hitam dari bahagian pusat hingga bulu pubik di bahagian tengah abdomen. Keadaan yang dikenali ‘topeng kehamilan’ juga mungkin berlaku. Pigmentasti gelap berwarna keperangan kelihatan pada muka, kebanyakannya pada kawasan hidung dan pipi, dahi dan leher. Perubahan ini biasanya hilang atau pudar selepas kehamilan. Adalah penting untuk mengetahui bahawa keadaan ini tidak menandakan jangkitan yang berbahaya.

Apakah yang boleh dilakukan?
KESAN REGANGAN. Sebenarnya, tiada apa-apa yang boleh dilakukan kerana perubahan hormon dalam badan adalah semulajadi. Pigmentasi sepatutnya akan hilang atau pudar selepas bayi anda lahir.

TOPENG KEHAMILAN.
Oleh sebab keadaan ini berlaku akibat pendedahan kepada cuaca, anda dinasihatkan menggunakan losyen pelindungan matahari semasa keluar, terutamanya pada empat bulan terakhir kehamilan, apabila pigmentasi menjadi lebih ketara.
Pundi Kencing

Apakah yang sedang berlaku?
Apabila bayi anda bergerak lebih ke bahagian pinggul dan menekan pundi kencing, anda akan lebih kerap membuang air kencing. Hormon progesteron dalam badan akan mengendurkan otot salur kencing, melambatkan penyaluran air kencing. Penambahan saiz rahim turut melambatkan aliran kencing melalui ginjal dan pundi kencing, meninggikan risiko jangkitan pundi kencing dan ginjal.

Apakah yang boleh dilakukan?
Berjumpalah dengan doktor anda jika petanda-petanda jangkitan kelihatan.



perubahan emosi
Jika ini kehamilan anda yang pertama, anda akan terkejut dengan perubahan emosi yang akan dialami. Emosi anda boleh berubah dari berasa gembira dan seronok pada suatu hari ke sedih serta kecewa pada keesokan harinya.

Kerana hamil
Ada sesetengah wanita berasa kesal atas kehamilan mereka, seterusnya menghadapi kemurungan. Keadaan ini berlaku apabila mereka tidak bersedia atau sudah mengalami keguguran beberapa kali sebelumnya. Jika anda tidak gembira kerana hamil, berkongsilah perasaan dengan suami atau ahli keluarga yang lain. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat tentang masalah ini.

Kerana perubahan hormon
Perubahan hormon dalam badan adalah faktor penting yang mempengaruhi emosi anda. Aras hormon estrogen, progesteron dan lain yang berubah-ubah boleh menyebabkan kemurungan semasa haid, kehamilan dan putus haid. Perubahan hormon ini juga adalah salah satu penyebab berlakunya kemurungan selepas kelahiran. Anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengubah aras hormon di dalam badan. Oleh itu, anda dinasihkatkan mendapat lebih banyak waktu rehat dan berbincang perasaan anda dengan suami supaya berasa lebih baik. Jika perasaan anda berterusan hubungilah doktor anda dan dia mungkin akan merujuk anda kepada seorang penasihat atau pakar psikiatri.

Kerana perubahan semasa hamil
Tekanan emosi akibat perubahan dalam badan kerap dan biasa berlaku di kalangan para ibu. Anda mungkin berasa yang anda menghidap jangkitan penyakit akibat perubahan aras tenaga, tabiat perkumuhan dan pundi kencing dalam badan. Kamu tidak perlu bimbang kerana perubahanperubahan tersebut adalah normal bagi wanita hamil. Lebihkan waktu rehat apabila letih semasa perubahan ini. Adalah penting anda bergantung pada suami, ahli keluarga serta rakan-rakan untuk galakan emosi bagi menangani keadaan ini.

Kerana bimbang
Ia adalah perasaan biasa apabila wanita mahukan yang terbaik untuk bayi mereka. Ini menyebabkan wanita bimbang akan peranan mereka apabila bergelar ibu. Mereka bimbang mereka tidak mempunyai pengetahuan yang luas serta gelisah tidak dapat menjaga bayi dengan cara yang betul. Anda tidak perlu bimbang kerana cara-cara menjaga bayi dapat dipelajari selepas kelahiran. Adalah penting anda mengetahui bahawa tiada satu cara yang tepat untuk menjaga bayi anda.
avatar
Wan Sariah
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Mengendali Perubahan Semasa Hamil Kelant10
Jawatan : pembantu akaun
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 36
Tarikh Register : 20/04/2012
Reputation : 0
Points : 4602

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum