FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pusat rawatan harian talasemia bakal dibuka

Go down

Pusat rawatan harian talasemia bakal dibuka Empty Pusat rawatan harian talasemia bakal dibuka

Post by MaStErMiNd Mon 23 Apr 2012, 9:59 am


Pusat rawatan harian talasemia bakal dibuka Diaglong
ALOR SETAR 18 April - Sebuah pusat rawatan harian talasemia akan dibuka di Hospital Sultanah Bahaiyah (HSB lama) di sini mulai Mei ini bagi membantu para pesakit mendapatkan rawatan.

Presiden Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia, Ramli Mohd. Yunus berkata, pusat itu akan diuruskan oleh Kelab Talasemia Alor Setar dengan kerjasama pihak HSB.

"Seramai 20 aktivis yang terdiri daripada pesakit talasemia akan bergilir-gilir bertugas di pusat tersebut bersama jururawat yang bertauliah.

"Objektif utama pusat ini dibuka ialah kita mahu orang ramai lebih membuka minda mereka mengenai penyakit ini," katanya ketika berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, di Kedah terdapat kira-kira 200 dewasa dan 500 kanak-kanak yang disahkan sebagai pesakit talasemia major.

"Kos rawatan untuk penyakit ini juga tinggi iaitu sekitar RM700 hingga RM800 sebulan untuk seorang pesakit.

"Di pusat rawatan ini selain mendapatkan rawatan, kita juga mahu pesakit berinteraksi sesama mereka agar mereka tidak tertekan menghadapi penyakit ini sendirian," ujarnya.

Tambah Ramli, berikutan pendedahan yang diberikan kerajaan, semakin ramai menyedari dan membuka mata tentang kesan penyakit ini.

"Kepada mereka yang menjadi pembawa penyakit ini, mereka tidak perlu tertekan kerana ia adalah kurniaan Allah SWT kepada mereka.

"Mereka hanya perlu mendapatkan rawatan yang sesuai dan kini pelbagai kaedah rawatan disediakan oleh kerajaan dan kita percaya dengan pelbagai kempen dijalankan, jumlah pembawa talasemia major di negara ini iaitu sekitar 4,000 orang akan dapat dikurangkan," jelasnya.

---UTUSAN MALAYSIA
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum