FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Adakah Tugas Jururawat Dihargai Pesakit?

Go down

Adakah Tugas Jururawat Dihargai Pesakit? Empty Adakah Tugas Jururawat Dihargai Pesakit?

Post by MaStErMiNd Tue 08 May 2012, 8:23 pm


Adakah Tugas Jururawat Dihargai Pesakit? Selesema_babi

Adakah Tugas Jururawat Dihargai Pesakit? Nurse

Adakah Tugas Jururawat Dihargai Pesakit? LPP_D6_KejururawatanPergigian_clip_image002
Oleh Zulkiple Ibrahim

Ini ialah bahagian pertama daripada siri tiga rencana mengenai isu dan cabaran yang dihadapi jururawat dalam kerjaya mereka sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei.

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Insiden pertama: Jururawat Suraiya sedang bertugas malam bila beliau menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai doktor dari sebuah hospital lain.

"Orang yang menelefon ini berkeras mahukan butiran diagnosa perubatan seorang pesakit walaupun saya enggan memberitahunya kerana semua maklumat mengenai pesakit adalah sulit.

"Dia kemudian marah-marah dan menggunakan bahasa yang agak kasar setelah saya berkeras mengatakan segala butiran yang dikehendakinya sulit dan rahsia.

"Kalaulah dia (pemanggil) benar-benar merupakan seorang doktor perubatan, sudah tentu dia tahu bahawa segala keterangan mengenai pesakit adalah rahsia di bawah peraturan hospital," jururawat itu memberitahu penulis di hospital berkenaan baru-baru ini.

Menurut peraturan hospital, butiran rekod pesakit adalah sulit dan hanya boleh dikeluarkan melalui permohonan pesakit itu sendiri atau warisnya yang diajukan kepada Jabatan Rekod Perubatan hospital yang berkenaan.

Insiden kedua: Jururawat Zuraidah sedang sibuk bertugas di wad surgeri di hospital yang sama bila beliau terdengar anak kepada seorang pesakit di situ terjerit-jerit memanggilnya, seolah-olah meminta bantuan kecemasan.

"Saya terpaksa berhenti daripada melayani seorang pesakit lain dan terus berkejar ke katil pesakit itu berada kerana bimbang terjadi situasi kecemasan yang memerlukan bantuan segera.

"Tetapi rupa-rupanya anak pesakit itu hanya mahu tahu di mana kedudukan suis kipas kerana ibunya mahu kipas dihidupkan.

"Dia sebenarnya boleh bertanya kepada orang lain yang berada berdekatan dengan katil itu dan bukan terjerit-jerit memanggil saya. Saya ingatkan ibunya menghadapi kecemasan," cerita beliau dengan nada kesal kepada penulis.

Dua insiden yang diceritakan inis merupakan antara episod cabaran yang dihadapi jururawat semasa mereka bertugas di hospital.

HARGAI

Jururawat merupakan antara mereka yang penting dalam industri penjagaan kesihatan dan perubatan dan mereka sebenarnya perlu dihormati, menurut jururawat kanan Beatrice Wong.

Jelas Wong, jururawat merupakan orang yang sentiasa mendampingi pesakit ketika mereka dalam kepayahan dan merana kerana sakit.

"Jururawat bertugas pada satu jarak masa yang lama dan mereka juga memikul beban stres yang ditanggung pesakit dan doktor. Stres ini juga datang daripada anggota pasukan rawatan yang lain.

"Jururawat juga jadi wakil untuk bercakap bagi pihak pesakit dan keluarga mereka.

"Mereka sebenarnya bertugas sepanjang hari melayani kehendak dan keperluan pesakit serta juga doktor. Jururawat juga memikul tanggungjawab memastikan status keadaan pesakit dan semua yang diperlukan dalam keadaan teratur seperti memeriksa carta kesihatan pesakit.

"Mereka juga perlu memastikan pesakit menjalani segala ujian yang diperlukan doktor," kataya.

Beliau berkata pesakit memandang jururawat sebagai seorang yang boleh beliau (pesakit) bergantung selain daripada seorang yang memberi perhatian kepadanya.

"Kerana faktor ini, pesakit menjadi lebih bergantung kepada jururawat," kata Wong.

ISU

Menurut Wong, jururawat juda berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menyempurnakan tugas harian mereka.

"Kadang kala, apa yang mereka utarakan tidak mendapat perhatian pesakit dan juga keluarga mereka sedangkan hal-hal yang diterangkan jururawat adalah untuk kepentingan pesakit itu sendiri," kata beliau.

Wong menerangkan jururawat dilengkapi dengan kebolehan pengurusan dan dengan bantuan kebolehan ini mereka dapat berdepan dengan situasi yang sukar selain daripada mengatasi masalah yang ditimbulkan (pesakit dan anggota keluarga mereka).

"Mereka (jururawat) yang memastikan kepentingan pesakit diambilkira dan diberi perhatian. Pesakit juga bergantung kepada golongan profesional ini ketika dalam sakit atau kepayahan, " kata Wong.

INSIRASI

Bagi aktivis sosial Fatimah Mansur, jururawat memberikan inspirasi dalam industri penjagaan kesihatan dan mereka tidak boleh dilupai kerana merekalah yang memberi penjagaan rawatan terhadap orang yang sakit di hospital.

"Mereka antara ahli masyarakat yang perlu diberi sanjungan dan penghormatan kerana komitmen dan dedikasi yang dipamerkan.

"Jururawat merupakan idola dan model contoh dalam masyarakat. Penjagaan kesihatan tidak sempurna tanpa khidmat jururawat. Merekalah yang menjaga (pesakit) dan tanpa kehadiran serta khidmat mereka, kelompok penjagaan kesihatan tidak akan wujud," terang beliau.

Bagi Fatimah, jururawat perlu diberi penghormatan kerana menjalankan tugas mereka.

"Mereka sebenarnya pemacu dalam penjagaan kesihatan dan sepatutnya diberi penghormatan," kata beliau.

Kata Fatimah walaupun bagi jururawat tugas mereka adalah berat, mereka masih boleh mengekalkan sikap yang positif.

"Sudah jadi lumrah, jururawat selalu dimarah pesakit dan keluarga mereka. Kadangkala mereka juga dimarah doktor. Tetapi mereka masih dapat menerima kemarahan ini sebagai cabaran," kata Fatimah.

Bila penulis ini menemui ramai anggota keluarga pesakit yang menerima rawatan di sebuah hospital di sini, rata-rata mereka bersetuju yang jururawat adalah golongan istimewa kerana jasa dan bakti mereka terhadap industri penjagaan kesihatan dan perubatan.

-- BERNAMA
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum