Daudsu Jamaluddin
Page 1 of 1
Daudsu Jamaluddin
Daudsu azam kekang asakan PKNS Selangor
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
sukan@hmetro.com.my
Aksi kental Daudsu
‘KERETA KEBAL’ Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin yang kembali beraksi selepas digantung dua perlawanan bersedia mengekang asakan PKNS Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam ini.
Mohd Daudsu yang menerima kad merah dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala FA menentang Kedah di Kota Bharu, 21 April lalu kini kembali dengan keyakinan dan semangat membara menghalang benteng Kelantan daripada ditembusi lawan.
Menurutnya, meskipun tidak dapat beraksi dua perlawanan, fokusnya tidak terjejas kerana masih beraksi dalam pentas Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Katanya, penggantungan dua perlawanan itu membuatkannya lebih berhati-hati supaya tidak menjejaskan peluangnya untuk beraksi di pentas final Piala FA, 19 Mei ini.
“Walaupun digantung dua perlawanan, persediaan saya tidak terjejas kerana sentiasa menjalani latihan selain dapat beraksi dalam saingan AFC. “Saya gembira kerana sudah boleh bermain dan jika berada dalam senarai kesebelasan utama esok (malam ini) saya sedia mempamerkan aksi terbaik,” katanya.
Pada pusingan pertama Liga Super, Kelantan hanya mampu mengikat keputusan seri 1-1 namun dalam pertemuan malam ini, pasukan kendalian Bojan Hodak sudah pasti mengidam tiga mata sekali gus terus menggugat kedudukan pendahulu liga, Lions XII.
Sementara itu, Hodak berkata, Kelantan tidak memandang remeh keupayaan PKNS kerana pasukan itu juga mempunyai beberapa pemain yang harus diberi perhatian antaranya, Nizaruddin Yusoff dan Ahmad Azlan Zainal. “Saya tahu PKNS sukar dikalahkan malah mereka banyak mencatatkan keputusan seri pada musim ini namun saya harap pemain berupaya membawa pulang tiga mata bagi mengukuhkan kedudukan dalam Liga Super,” katanya.
SUMBER : HARIAN METRO

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak