FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dilema Seorang Lelaki

2 posters

Go down

Dilema Seorang Lelaki Empty Dilema Seorang Lelaki

Post by mamatklepet Mon 14 May 2012, 8:44 am

Salam,
Saya seorang lelaki berumur 21 tahun. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Saya juga mempunyai seorang teman wanita .
Masalah saya ialah, saya mempunyai naluri yg sukakn lelaki, saya terangsang melihat lelaki seksi, melihat z**** lelaki, melihat tubuh lelaki yg sasa. Seringkali saya berkata kepada diri saya, apa yg saya sukakn ini adalah perkara yg salah.
Untuk pengetahuan saudara/saudari yg membaca post ini, kekasih saya ini merupakan kekasih kedua saya. Kekasih pertama saya, hubungan kami bertahan selama 9 bulan..saya putuskan hubungan kami kerana saya tidak mahu terus memainkan perasaan cinta yg telah di berikan kepada saya. Saya rasa sangat berdosa menyukai dia tanpa mencintai dirinya zahir dan batin. Oleh sebab itu, saya putuskan hubungan tersebut. Hanya Allah yg tahu betapa saya tidak mahu memutuskan hubungan itu. Hati saya kuat mengatkan tindakan saya itu salah, namun saya tidak mahu hidupnya sia- sia kerana menyukai diri saya yg tidak dapat mencintai dan menyukai diri dia sebagai seorang lelaki yg sejati. Untuk pengetahuan saudara/ saudari, kekasih pertama saya merupakan gadis yg " free hair" . Namun, sejak dia menyukai saya, saya menggalakkkan dia memakai tudung. Alhamdulillah, sampai sekarang dia masih bertudung walaupun saya telah meningalkan dia. Sesungguhnya dia adalah gadis yg baik, naun saya tidak mampu untuk mencintainya, dan oleh sebab itu, saya rasa sangat bersalah, berdosa, rasa tidak kuat. Dia merupakan gadis pertama yg saya cintai, namun saya tidak berupaya untuk mencintainya. Saya lelaki yg lemah!

Saya juga mempunyai seorang kawan yg ingin saya jadikan dia kawan baik saya, dia merupakan seorang lelaki yg cukup sifat, tampan, dan penuh dengan karisma di mata kawan2 yg lain. Sejak saya mula masuk program persedian ke luar negara 3 tahun lepas, kawan inilah yg mula2 sekali berlawak dengan saya di kelas. Pada mulanya saya betul2 ingin menjadi kawan baiknya, setiap hari saya mendoakan dia berjaya dunia akhirat, kami pun pernah menjadi rapat sehinggalah berlaku peristiwa setahun setengah yg lepas. Pada waktu itu, saya tidur di rumahnya atau lebih tepat lagi saya tidur bersebelahan dengannya. Namun terpengaruh dengan bisikan syaitan, saya telah meraba kawan karib saya itu semasa dia sedang tidur. Selepas melakukan hal tersebut, saya berasa sangat menyesal dan bersalah terhadap kawan yg sudah saya anggap kawan karib. Beberapa hari selepas itu, dia mula menjauhkan diri daripada saya, sering memarahi saya tanpa sebab. Pada mulanya saya tidak menyangka perbuatan saya itu disedari oleh kawan saya itu, dan saya mula berfikiran dia membnci saya kerana kekurangan yg ada pada diri saya, dan saya berasa sedih kerana itu. Sehinggalah pada 3 bulan yg lepas, saya mmberanikan diri bertanya kepadanya, apakah sebab dia melayan saya dengan buruk sekali. Barulah saya tahu, perbuatan saya pada malam itu, disedari olehnya dan dia telah berbincang bersama kawan2 saya yg lain akan perkara yg telah saya lakukan. Dia berkata, pada mulanya dia dan kawan2 telah berfikir untuk membelasah saya kerana menyangkakan saya g*y. Tapi atas dasar kawan, mereka membiarkan saja perkara itu dan mahu saya mngaku secara berhadapan dengan mereka. Sedihnya hati ini, kerana kawan2 saya menyimpan rahsia itu selama setahun lamanya tanpa memberitahu orang lain atas dasar kawan. Saya berasa sangat bersalah dan saya tidak mahu mengaku saya g*y, sehinggkan saya bersumpah dengan nama Allah, nama rasulullah bahawa saya bukan g*y. Saya tahu perbuatan saya salah, namun saya tidak mahu kehilangan kawan.
Mereka mempercayai saya dan memaafkan saya atas perkara itu, namun hubungan saya dan kawan karib saya tidak serapat dulu.oleh sebab itu, saya sangat bersedih.

Kekasih saya sekarang seakan menjauhkan diri daripada saya, seribg mematikan fon.dan tidak mereply mesej2 saya. Saya sudah berjanji pada diri saya, saya ingin mencintai perempuan ini dan saya mahu menghabiskan sisa hidup saya sebagai seorang lelaki yg sejati. Saya ingin merasakan ghairahnya mencintai dan menyukai insan yg berlainan jantina dengan saya. Saya ingin menjadi seperti lelaki2 lain yg normal di luar sana, saya ingin membina sebuah keluarga, ingin mencintai seorang wanita.saya ingin berasa gembira dan selamat berkawan dengan semua lelaki di dunia ini tanpa ada perasaan ghairah terhadap mereka. Saya ingin dihormati dalam kalangan lelaki kerana kelakian saya, dan bukan untuk dicerca kerana nafsu seks saya yg songsang. Setiap kali dalam doa saya, saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya menjadikan saya seorang lelaki yg sejati. Saya memerlukan bantuan, saya ingin menjadi seorang lelaki yg normal, yg berasa ghairah melihat betis dan peha wanita dN bukannya ghairah melihat betis dan paha rakan2 saya. Saya tidak mahu hidup dalam laknat Allah. Saya ingin menjadi seorang lelaki yg sejati.

Adakah saya boleh dibantu? Bolehkan saya menjadi lelaki yg sebenar? Saya sungguh stress dan sedih disebabkan perkara ini, sehingga saya sering memikirkan adalah lebih baik saya koma, atau tidak sedarkan diri daripada terus melakukan dosa menyukai seks sejenis. Saya tidak mahu terus terjerumus ke dalam seks songsang. Alhamdulillah, saya belum pernah meliwat ataupun diliwat.
Bagaimanakah caranya untuk saya menjadi lelaki yg sebenar? Bantulah saya.

Lelaki hina
avatar
mamatklepet
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Dilema Seorang Lelaki Johor_10
Jawatan : pelajar
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 33
Tarikh Register : 14/05/2012
Reputation : 0
Points : 4580

Back to top Go down

Dilema Seorang Lelaki Empty Re: Dilema Seorang Lelaki

Post by fifie Tue 15 Jul 2014, 12:27 pm

kena kmbali kpd norma hidup.... cuba selami wanita dan fahami wanita... lama2 saudara akn jatuh hati pd wanita...  Razz
fifie
fifie
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Dilema Seorang Lelaki Selang10
Jawatan : jururawat terlatih
Gender : Female
Jumlah Post : 93
Umur : 40
Tarikh Register : 19/10/2006
Reputation : 8
Points : 6709

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum