FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cabaran berdepan waris si mati

3 posters

Go down

Cabaran berdepan waris si mati  Empty Cabaran berdepan waris si mati

Post by MaStErMiNd Fri 29 Jun 2012, 10:05 am

Oleh ALIF ABU BAKAR
Cabaran berdepan waris si mati  Ru_01.1



BERDEPAN dengan mayat setiap hari bukan satu perkara yang mudah apatah lagi bukan semua individu mampu berteman dengan orang mati dalam tugasan harian.

Namun, kerja-kerja pengurusan mayat sudah lali ditempuh oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK), Roesmal Azwan Abd. Malik, 33, yang hampir setahun berkhidmat dengan Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur
(HKL).

Rutin harian Roesmal bukan hanya memindahkan mayat dari wad ke bilik mayat sahaja tetapi sebagai PPK, lelaki yang berasal dari Kelantan itu juga membantu doktor dan pegawai perubatan melakukan bedah siasat.

Kerja-kerja bedah siasat seringkali divisualkan sebagai berbahaya dan memerlukan ketelitian, apatah lagi jasad yang dibedah siasat itu kebanyakannya berada dalam keadaan menyedihkan.

"Forensik HKL banyak menguruskan kes-kes kematian melibatkan perundangan (medico legal) seperti jenayah ataupun kemalangan.

"Jadi membedah siasat mayat yang tidak lengkap anggota badan, fizikal hancur dan sebagainya sudah sebati dalam tugasan kami," jelasnya yang memberitahu sekurang-kurangnya tujuh mayat perlu dibedah siasat setiap hari.

Cabaran berdepan waris si mati  Ru_01.2

AUTOPSI mayat akan dilaksanakan mengikut kalendar mahkamah.




Mayat akibat nahas jalan raya seringkali berada dalam keadaan fizikal yang meruntun jiwa sehingga ada yang tidak menyerupai bentuk manusia langsung.

Menyedari kesukaran berdepan dengan waris mangsa yang menuntut mayat tersebut, forensik HKL mengambil langkah proaktif dengan menyempurnakan mayat itu.

Anggota-anggota tubuh yang tercerai akan dijahit sebaik mungkin bagi mengelakkan penderaan emosi terlampau dalam kalangan waris si mati.

Momen paling diingati Roesmal adalah saat menjalankan autopsi ke atas mayat yang telah lama disimpan kerana bau busuk mayat tersebut ternyata menganggu konsentrasi kerjanya.

"Bau mayat tersebut memang tidak dapat ditahan dan saya rasa boleh membuatkan orang muntah walaupun memakai topeng mulut.

"Bayangkan selama dua jam bedah siasat dijalankan, saya cuba menghilangkan rasa tidak selesa itu tetapi lama-kelamaan bau tersebut hilang begitu sahaja," ujarnya.

Momokan kisah mistik

Logik di sebalik kisah spiritual pula dirasakan tidak boleh boleh diguna pakai memandangkan tiada gangguan melampau diterima oleh pekerja-pekerja rumah mayat tersebut.

"Gangguan makhluk halus ada di mana-mana, jadi tidak wajar orang menganggap rumah mayat penuh dengan kisah-kisah mistik.

"Persepsi orang ramai terhadap pekerja rumah mayat juga sebenarnya meleset kerana wajah-wajah kami tidaklah pucat seperti mayat seperti diperkatakan ramai orang.

"Setakat ini kesemua petugas di sini tidak berdepan masalah besar dengan mayat tetapi selalunya masalah melibatkan waris si mati," jelasnya.

Bercerita tentang jenis-jenis mayat di forensik HKL, Penolong Pegawai Perubatan jabatan tersebut, Zainorden Tamat, 41, menjelaskan mayat-mayat diterima mereka terdiri daripada medico legal dan mayat biasa.

Cabaran berdepan waris si mati  Ru_01.3

HKL tidak menggunakan bahan pengawet ke atas mayat sebaliknya mayat hanya disimpan di dalam peti ais.




Menurut Zainorden, jenazah medico legal dibahagikan kepada dua kategori iaitu membabitkan jenayah seperti bunuh dan bukan jenayah seperti kemalangan, kebakaran dan lain-lain.

"Kita juga mengendalikan mayat-mayat pesakit yang mati di wad iaitu selepas satu jam dari waktu kematian, mayat akan dibawa PPK ke bilik mayat.

"Waris akan dihubungi dan mayat tersebut akan dituntut selepas proses pengecaman dijalankan.

"Bagi mayat yang tidak berwaris, kita akan tunggu sehingga tiga hari bagi mereka beragama Islam dan 14 hari bagi agama lain sebelum ia diuruskan pihak kami," ujar Zainorden yang berkhidmat di HKL selama 16 tahun.

Mayat Islam yang tidak dituntut itu akan diserahkan kepada pejabat khas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di HKL bagi menguruskan kes-kes tersebut.

Mayat Medico Legal

Si mati yang diuruskan tidak hanya sendirian tanpa waris, malah ada juga yang tidak diketahui identiti menyebabkan pengkebumian mereka dilakukan di kawasan lapang seperti di tanah perkuburan Jalan Karak.

Begitu juga dengan mayat agama lain. Selepas usaha mengesan waris menemui kegagalan, mayat tersebut akan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum dibakar di tempat pembakaran di Cheras.

Menyelak kes-kes medico legal, Zainorden merungkaikan bahawa majoriti mayat membabitkan urusan polis dan urusan mahkamah perlu menjalani proses bedah siasat.

Rasional bedah siasat dijalankan bertujuan mencari punca kematian si mati sama ada melibatkan jenayah atau sebaliknya, tetapi ia hanya dijalankan jika surat arahan daripada pihak polis dikeluarkan.

"Jabatan kami akan menjalankan bedah siasat mengikut kalendar mahkamah bagi kes-kes jenayah seperti pembunuhan.

"Disebabkan kematian individu tersebut melibatkan perundangan, maka mayatnya terpaksa disimpan sehingga surat kebenaran untuk melupuskan mayat dikeluarkan," ujar Zainorden lagi.

Cabaran berdepan waris si mati  Ru_01.4

HKL pernah menyimpan mayat sehingga enam bulan bagi kes medico legal.



Pihaknya juga pernah menyimpan mayat membabitkan kes medico legal selama enam bulan.

Suhu peti ais menyimpan mayat adalah di antara 2 darjah Celcius hingga 8 darjah Celsius tanpa menggunakan bahan pengawet.

Menurut Zainorden, mengawet mayat di HKL bagi mengekalkan ciri-ciri
fizikal mayat adalah ditegah dan mereka tidak mampu untuk menyekat
proses pereputan sekiranya mayat disimpan terlalu lama.

Kematian ahli keluarga merupakan detik paling tidak ingin dihadapi
oleh semua orang, namun ia adalah ketentuan yang tidak dapat dielakkan.

Petugas bilik mayat jabatan itu tidak hanya berhadapan cabaran
autopsi dan pengurusan mayat, malah turut diduga dengan reaksi waris si
mati.

Seorang lagi Penolong Pegawai Perubatan HKL, Zaidun Che Mat, 47,
menyatakan, berdepan dengan keluarga si mati antara situasi paling sukar
memandangkan kes-kes kematian medico legal adalah mengejut dan keadaan mayat yang tidak sempurna.

"Tidak semua autopsi dapat melengkapkan semula fizikal mayat kerana ada jasad yang memang langsung tidak dapat diselamatkan.

"Waris yang melihat si mati yang dalam keadaan menyayat hati sukar
menerima kenyataan dan menyebabkan mereka meraung hingga pihak kami
terpaksa menenangkan keadaan.

"Sehubungan itu, kami menyediakan bilik khusus yang dipanggil Bilik Menangis untuk waris mangsa bertenang sehingga mereka berkeupayaan meneruskan proses tuntutan mayat," ceritanya yang telah 13 tahun menyaksikan pelbagai situasi menyedihkan.

--- KOSMO
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14161

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Cabaran berdepan waris si mati  Empty Re: Cabaran berdepan waris si mati

Post by azrunia Fri 29 Jun 2012, 4:06 pm

hemmmm......itulah cabarannya........semoga tabah menghadapi dugaan bagi sahabat2 yg bertugas di sana........ Very Happy
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Cabaran berdepan waris si mati  Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6765

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Cabaran berdepan waris si mati  Empty Re: Cabaran berdepan waris si mati

Post by Alixa Fri 11 Dec 2015, 8:30 am

setiap tugas mmg mencabar..... tugas yg satu ni perlukan ketabahan yg tinggi....
Alixa
Alixa
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : Cabaran berdepan waris si mati  Kuala_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 25
Umur : 30
Tarikh Register : 22/10/2014
Reputation : 0
Points : 3730

Back to top Go down

Cabaran berdepan waris si mati  Empty Re: Cabaran berdepan waris si mati

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum