FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan

Go down

Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan Empty Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan

Post by Info Bola Sepak Wed 04 Jul 2012, 11:14 am

NS tak mampu sekat Kelantan


Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan Su_02.1


Pemain Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah melakukan percubaan ke gawang Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. - UTUSAN/Abd. Razak Aid

SEREMBAN - Kelantan terus mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan 3-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Tuan rumah yang bermula garang pada separuh pertama berjaya membolosi gawang pelawat hasil jaringan penyerang muda, Mohd Fidaus Azizul seawal minit ke-13.

Bagaimanapun, anak didik Bojan Hodak tidak menunggu lama apabila Kelantan menyamakan kedudukan menerusi penyerangnya Azlan Ismail selepas menewaskan penjaga gawang Farizal Marlias hasil sepakan sudut pada minit ke-46.

Asakan bertubi-tubi pasukan Red Warrriors ke gawang tuan rumah terus membuahkan hasil apabila pemain import, Mahmoud Ghadar yang dibawa masuk pada separuh masa kedua menjaringkan gol kedua pada minit ke-63.

Kelantan terus menambah derita tuan rumah apabila Indra Putra Mahyiddin menjaringkan gol ketiga pada minit ke-68.

Ketua pasukan skuad Rusa, Shukor Adan tidak berputus asa untuk merapatkan jurang kedudukan apabila berjaya menanduk masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-85.

Kemenangan semalam membolehkan Red Warriors semakin sukar dicabar apabila terus menambah tiga mata dan menerajui liga dengan 54 mata.

--- UTUSAN MALAYSIA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan Empty Re: Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan

Post by Info Bola Sepak Wed 04 Jul 2012, 11:32 am

Red Warriors hampiri takhta
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

GELARAN juara Liga Super hampir pasti kekal dimiliki Kelantan selepas The Red Warriors mempamerkan kebangkitan menakjubkan pada separuh masa kedua untuk menewaskan Negeri Sembilan 3-2 di Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi, malam tadi.

Rembatan kencang pemain tuan rumah, Mohd Firdaus Azizul pada minit ke-14 berjaya mengejutkan Kelantan yang turun tempang tanpa sejumlah besar pemain utama yang dibelenggu masalah kecederaan dan penggantungan perlawanan.

Ia menyebabkan juara bertahan itu tidak mampu mempamerkan corak permainan sebenar sehingga membuka ruang yang luas kepada anak-anak buah jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah menguasai permainan dan mengancam gawang Kelantan yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Namun situasi berbeza pada babak kedua apabila tonggak import Kelantan, Muhammad Ghaddar dimasukkan sebaik babak kedua bermula bagi bergandingan bersama Azlan Ismail di jentera serangan.

Hasilnya belum seminit babak kedua berlangsung, Azlan meledak jaringan penyamaan menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti sebelum Ghaddar memastikan The Red Warriors mendahului 2-1 pada minit ke-63.

Penyerang import Lubnan itu terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan serangan ke kubu Negeri Sembilan apabila hantarannya pada minit ke-69 membolehkan Indra Putra Mahayuddin menolak masuk bola untuk jaringan ketiga pelawat.

Negeri Sembilan bagaimanapun cuba merapatkan jurang dengan Ahmad Shakir Ali bertungkus-lumus berusaha memecahkan benteng pertahanan Kelantan selepas ketiadaan gandingannya di jentera serangan, Jean-Emmanuel Effa Owona kerana menjalani penggantungan perlawanan dan tonggak pertahanan, Mohd Shukor Adan merapatkan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-86.

Kelantan yang kini mengumpul 54 mata hanya memerlukan tiga mata daripada baki tiga perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan dengan pencabar terdekat, LionsXII yang berbaki dua perlawanan mengumpul 50 mata.

--- HARIAN METRO
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan Empty Re: Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan

Post by Info Bola Sepak Wed 04 Jul 2012, 12:00 pm

Kelantan Kekal Pendahulu Liga Super Selepas Kalahkan Negeri Sembilan 3-2

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kelantan mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Selasa malam.

Keputusan tersebut membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak menggumpul 54 mata iaitu empat mata di hadapan pasukan Lions XII dari Singapura yang tidak bermain hari ini.

Terengganu yang tewas 1-2 kepada Kedah, Sabtu lepas kembali bangkit mencipta kemenangan selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Johor FC turut mencatat kemenangan dengan jaringan yang sama bertemu Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Selangor pula mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Shah Alam.

Sementara itu, pasukan tangga ketiga liga Perak tewas 1-2 kepada pasukan kelab dari Lembah Klang, PKNS Selangor di Stadium Perak, Ipoh.

Sarawak turut menerima nasib sama apabila tumpas 0-1 kepada T-Team di Stadium Negeri Sarawak menerusi jaringan Mohd Fadzli Saari pada minit ke-30.

-- BERNAMA


Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan Empty Re: Liga Super 2012 | Negeri Sembilan 2 - 3 Kelantan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum