Animal Farm George Orwell
Page 1 of 1
Animal Farm George Orwell
21 May 2012 (di terbitkan semula dalam FP - 04/07/2012)
Bermula pada minggu ini penterjemah akan menyiarkan terjemahan novel Animal Farm, karya George Orwell, secara bersiri sebagai sebahagian usaha Roketkini untuk memartabatkan bahasa Melayu menerusi penerbitan karya-karya agung dunia dan juga Nusantara.
Animal Farm adalah salah satu novel paling terkenal di dunia dan disenaraikan oleh majalah Times di antara 100 novel terbaik dalam bahasa Inggeris sepanjang kurun ke-20. Novel ini mensatirakan dunia sosialisme menjelang Perang Dunia ke-2.
George Orwell (1903 – 1950) adalah seorang novelis dan wartawan Inggeris. Selain Animal Farm, karya-karya lain penulis yang diletakkan di kedudukan ke-2 dalam senarai “50 penulis teragung British” ini ialah Nineteen Eighty-Four dan Homage to Catalonia. Walaupun telah meninggal lebih 50 tahun yang lalu, pengaruh Orwell terhadap budaya popular dan budaya politik masih dirasakan hingga kini.
Para pembaca yang budiman diharap dapat meggarap dalam minda dan tidak berprasangka prejudis dan negetif. Hanya santapan minda supaya kita berfikir dan menjadi insan pemikir yang bagus.

Last edited by azrunia on Wed 04 Jul 2012, 1:00 pm; edited 1 time in total
Re: Animal Farm George Orwell
Bab 1 (bahagian pertama)
Tuan Jones, pemilik Ladang Manor, telah mengunci kandang ayam betinanya malam itu, namun ia terlalu mabuk hingga lupa menutup pintu keluar yang lain. Ditemani lingkaran cahaya tanglung yang menari kesana-kemari, dengan tergesa-gesa ia bergerak menyeberangi halaman dan menendangkan kasut but-nya di pintu belakang. Ditenggaknya gelas bir terakhir dari tong di ruang cuci, lalu melangkah menuju ke bilik tidur di mana Puan Jones sedang nyenyak berdengkur.
Sekonyong-konyong lampu bilik tidur padam, terdengarlah keributan dan kegemparan yang merayapi seluruh kawasan ladang. Khabar angin bertiup tentang si Major tua, K***zir hutan jenis Middle White yang dianggap sebagai baka yang baik, yang bermimpi aneh pada malam sebelumnya. Ia berharap dapat menceritakannya kepada binatang-bintang lain.
Para binatang telah bersepakat untuk mengadakan pertemuan malam ini di gudang besar, sebaik saja Tuan Jones tidak lagi berkeliaran. Si Major Tua (demikian ia selalu dipanggil, meskipun namanya sewaktu pertandingan K***zir cantik dulu adalah Willingdon Beauty) sangat disegani di pertanian hingga tiap binatang sanggup kurang tidur untuk mendengar apa-apa yang akan diperkatakannya.
Re: Animal Farm George Orwell
(sambungan)
Di salah satu sudut gudang besar, di atas sebuah podium yang tinggi letaknya, si Major duduk di atas tilam jerami, di bawah sebuah tanglung yang tergantung di tiang. Ia berusia dua belas tahun dan kebelakangan ini tubuhnya semakin berisi. Namun ia tetap seekor K***zir yang berparas agung dan terlihat jelas gigi panjangnya tidak pernah dipotong. Tak lama kemudian binatang lain datang berduyun-duyun dan dengan caranya sendiri-sendiri berusaha duduk atau berdiri dengan nyaman.
Yang pertama sampai tiga ekor anjing, iaitu Bluebell, Jessie, dan Pincher, diikuti sekumpulan K***zir yang segera mengambil tempat duduk di atas jerami di depan podium. Kumpulan ayam betina bertenggek di ambang jendela, sementara burung-burung merpati mengepak-mengepak di atas alang, dan sekumpulan biri-biri serta sapi berbaring di belakang para K***zir sambil mulai mengunyah rumput.
Dua kuda penarik kereta, Boxer dan Clover, berjalan perlahan beriringan, meletakkan tapak kaki mereka yang besar dan berbulu itu dengan cukup berhati-hati agar tidak terpijak binatang-binatang kecil yang mungkin sedang bersembunyi di celah jerami. Clover adalah kuda betina yang gemuk dan bersifat keibuan. Menjelang usia pertengahan, ia tidak lagi mampu mengembalikan bentuk badannya yang asal, setelah melahirkan anak keempatnya.
Boxer adalah kuda yang sangat besar, hampir delapan belas jengkal tingginya dan tenaganya sekuat dua ekor kuda biasa yang digabung jadi satu. Belang putih di bawah hidungnya membuatnya terlihat dungu – dan sebenarnya ia memang tidak begitu pintar. Walaupun begitu, ia dihargai di seluruh ladang itu kerana keteguhan hati dan kekuatan kerjanya yang luar biasa. Setelah rombongan kuda, datanglah Muriel si kambing putih dan Benjamin si keldai.

Benjamin adalah binatang paling tua dan yang mempunyai ‘angin’ paling buruk di ladang ini. Ia amat jarang bercakap dan jika sesekali bercakap ia akan melontarkan kata-kata yang sinis – contohnya ia sering berkata bahawa Tuhan memberinya ekor untuk mengusir lalat, tapi tak lama lagi dia takkan mempunyai ekor mahu pun lalat lagi. Hanya ia satu-satunya binatang di ladang itu yang tak pernah ketawaa.
Kalau ditanya mengapa, ia akan menjawab bahawa tak ada perkara yang hendak diketawakan. Walaupun begitu, meski tidak mengakui terus terang, ia setia terhadap Boxer; mereka berdua sering menghabiskan hujung minggu bersama di sebuah ladang kecil di seberang kebun buah, sambil berdampingan merumput dalam keheningan tanpa kata.
Kedua-dua kuda itu baru saja berbaring ketika serombongan anak itik yang telah kehilangan induknya berbaris memasuki gudang, menciap-ciap lemah sambil ke sana-ke mari mencari tempat di mana mereka tak akan terinjak. Clover melindungi mereka dengan kaki depannya yang tegap, hingga anak-anak itik boleh bersarang aman di dalamnya. Mereka jatuh tertidur juga akhirnya.
Pada saat-saat terakhir, Mollie, kuda betina putih yang cantik tetapi @#$%-@#$% alang yang terjebak dalam perangkap Tuan Jones, masuk dengan anggunnya sambil mengunyah sebongkah gula. Ia mengambil tempat agak depan dan mula menggoyang-goyangkan bulu tengkuknya yang putih dengan harapan binatang-binatang lain akan melihat riben merah yang dipakainya. Yang paling akhir datang adalah kucing, yang melihat sekeliling, seperti biasa, mencari tempat paling selesa untuknya, dan akhirnya menyelitkan diri di celah antara Boxer dan Clover; ia kemudian lena nyenyak sepanjang pertemuan itu tanpa mendengar barang sepatah pun ucapan Major.

Setakat ini semua binatang telah hadir, kecuali Moses, burung gagak jinak yang tidur di tenggeran, di balik pintu belakang. Ketika Major melihat mereka semua telah duduk selesa dan menunggu dengan penuh perhatian, ia berdehem dan mula berucap;
“Kawan-kawan, kalian tentu telah mendengar tentang mimpi aneh yang aku alami semalam. Tetapi itu aku akan perkatakan kemudian kerana ada hal lain yang perlu aku sampaikan terlebih dahulu. Aku rasa dalam beberapa bulan mendatang aku tidak lagi akan berada bersama kalian. Sebelum aku pergi untuk selama-lamanya, aku merasa bahawa sudah menjadi tugasku untuk menyampaikan kepada kalian semua hikmah yang telah aku pelajari.
Aku dikurniakan umur yang panjang dan selama ini aku banyak telah banyak menghabiskan waktu untuk berfikir, terutamanya sewaktu berbaring sendirian dalam kandang. Boleh dikatakan bahawa aku memahami hal-hal asasi tentang kehidupan di bumi ini sebaik binatang mana pun yang hidup saat ini. Semua hal itulah yang ingin aku bicarakan dengan kalian semua.”
“Sekarang, kawan-kawan, apakah sifat asasi kehidupan kita ini? Mari kita hadapi kenyataan. Hidup kita selama ini sengsara, sulit dan pendek. Kita lahir dan diberi makan sebanyak yang diperlukan oleh tubuh kita, sekadar untuk bernafas. Dan siapa pun di antara kita yang mampu bertahan hidup, maka ia akan dipaksa untuk bekerja sampai habis tenaganya; semakin singkat kegunaan kita, semakin cepat kita berakhir di rumah sembelihan yang kejam dan mengerikan. Tak ada satu binatang pun di Tanah Inggeris ini yang mengenal kebahagian atau kenyamanan hidup setelah berusia satu tahun. Tak ada juga binatang di Tanah Inggeris yang merdeka. Kehidupan seekor binatang dipenuhi kesengsaraan dan perhambaan; inilah kenyataan yang sesungguhnya.”

“Tetapi apakah semua kesengsaraan ini adalah hukum alam? Apakah bumi kita ini begitu miskin sehingga tidak mampu memberikan kehidupan yang layak bagi semua yang tinggal di atasnya? Tidak, kawan-kawan, ribuan kali tidak! Tanah Inggeris sangatlah subur dan beriklim bagus. Tanah ini mampu menyediakan makanan berlimpah dalam jumlah yang sangat besar, jauh lebih besar dari keperluan sesiapa pun yang sekarang ini mendiaminya.
Sebuah ladang seperti ini akan mampu memberi kehidupan untuk sedozen kuda, dua puluh ekor lembu, ratusan ekor biri-biri – dan mereka semua hidup selesa dan bermartabat, yang saat ini hampir di luar bayangan kita. Lalu mengapa kita terus berada dalam keadaan yang menyedihkan ini? Kerana hampir seluruh tenaga kerja kita telah diperas oleh manusia. Itulah kawan-kawan, jawapan daripada seluruh permasalahan kita ada dalam satu kata – manusia. Manusia adalah satu-satunya musuh nyata yang kita miliki. Hapuskan manusia daripada pandangan, maka akar masalah kelaparan dan pemerasan pun akan terhapus untuk selamanya.
“Manusia adalah satu-satunya makhluk yang hanya tahu makan tanpa tahu mengeluarkan makanan. Mereka tak mampu menghasilkan susu, tak mampu memberikan telur, terlalu lemah untuk menarik pembajak dan tak dapat berlari cukup pantas untuk menangkap arnab. Walaupun demikian, mereka tetap menjadi tuan semua binatang. Mereka menyuruh binatang bekerja dan memberikan upah kerja sekadar keperluan kita yang paling asasi, hanya agar kita tidak kelaparan, sedangkan sisanya mereka simpan untuk dirinya sendiri.
Tenaga kita yang mengerjakan tanah ini, najis kita yang menyuburkannya, tetapi kita tidak memiliki apa-apa selain kulit yang berada di tubuh badan kita ini saja. Kalian para lembu yang telah dilahirkan sebelum aku, berapa ribu gelen susu telah kalian keluarkan sepanjang tahun lalu? Dan apa yang terjadi terhadap susu itu, yang sepatutnya digunakan untuk menyusui anak-anak lembu yang kuat. Tiap titis susu itu telah lesap dalam tenggorok musuh kita.

Dan kawan-kawanku ayam betina… berapa, berapa banyak telur yang telah kalian keluarkan tahun ini dan berapa banyak di antaranya yang menetas menjadi anak-anak ayam? Sebahagian besar menghilang di pasar, untuk menjana wang buat Jones dan orang-orangnya. Dan kau Clover, di manakah empat kuda yang telah kau lahirkan itu? Yang seharusnya telah menghidupi dan menyenangkan hari tuamu? Semua telah dijual tepat pada usia satu tahun. Kau takkan pernah melihat satu pun daripada mereka lagi.
Sebagai membalas jasa atas keempat-empat anak kudamu dan semua tenagamu di ladang, apa yang telah kamu terima selain jatah makanan dan sebuah kandang?
“Dan bahkan dengan segala kesengsaraan hidup yang kita alami ini, tak cukup juga untuk memenuhi keperluan mereka. Aku sendiri tidak mengaduh dengan nasibku, kerana aku merupakan salah satu daripada kalangan yang beruntung. Usiaku dua belas tahun dan telah memiliki lebih dari 400 anak. Beginilah lumrah kehidupan seekor K***zir. Tapi tiada seekor binatang pun yang ada pada akhirnya akan mampu meloloskan diri daripada kekejaman pisau.
Kalian K***zir-K***zir muda yang duduk di depanku, setahun ke depan, setiap ekor dari kalian akan mengakhiri hidup dengan jeritan, disembelih di atas sepotong tunggul kayu. Kita semua akan mengalami saat ngeri itu – lembu, K***zir, ayam, biri-biri, semuanya. Bahkan kuda dan anjing pun takdir mereka tidak lebih baik.

Kau, Boxer, tiba saja harinya di mana otot-ototmu yang kekar itu tidak lagi kuat, Jones akan menghantar kamu ke tukang bancuh makanan ternakan yang akan memotong lehermu dan memasakmu untuk dijadikan makanan anjing pemburu musang. Demikian juga anjing-anjing. Ketika mereka menjadi tua dan rompong, Jones akan mengalungkan batu-bata di leher mereka dan menenggelamkan mereka ke dasar kolam.
“Tidakkah sangat jelas kemudian, kawan-kawan, bahwa semua kesengsaraan hidup kita ini puncanya adalah penindasan oleh manusia? Hanya dengan menyingkirkan manusialah, maka hasil keringat kita akan menjadi milik kita sendiri. Dalam tempoh hanya satu malam kita akan menjadi merdeka dan kaya.
Lalu apa yang harus kita buat? Ya! bekerjalah siang-malam dengan segenap jiwa dan raga untuk menggulingkan umat manusia! Itulah pesanku kepada kalian. Kawan-kawan; Pemberontakan! Aku tidak tahu bila Pemberontakan akan terjadi, mungkin dalam masa seminggu atau dalam setahun, tetapi aku yakin, sejelas aku melihat jerami di bawah kakiku, bahawa cepat atau lambat keadilan akan tegak. Tetapkan pandangan kita ke sana, kawan-kawan, sepanjang sisa hidup kalian yang singkat ini! Dan lebih penting, teruskan pesanku ini kepada mereka yang datang setelah kalian, sehingga generasi yang berikutnya akan menjulang perjuangan ini menuju kemenangan.
(bersambung)

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak