FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hantu Istana Kellie

2 posters

Go down

Hantu Istana Kellie Empty Hantu Istana Kellie

Post by Info Bola Sepak Wed 04 Jul 2012, 12:59 pm


Hantu Istana Kellie SHR_200303_01_06_001
Bagaimana sekiranya barang-barang dalam rumahmu disusun atur tanpa kebenaranmu. Tentu kamu marah?"

Lelaki Inggeris, bertopi hitam senget, kot labuh separas lutut, berseluar hitam dan tangannya memegang tongkat, memandang saya. Pandangannya terus ke mata saya. Saya dapat menafsirkan, pandangan itu berperasaan tidak puas hati tetapi mengharap.

"Ia cinta. Mereka semua tidak akan faham tentang cinta," tutur lelaki itu lagi. Dia memandang jauh. Pandangan kosong.

Saya bagai kejang. Tidak mampu berbuat apa-apa. "Siapa kamu?"

"Aku William,"

"Tapi, kenapa memilih aku?" tanya saya.

"Tanggungjawab. Dan, kamu sudah mengenal makna cinta," senyum lelaki itu. Dia berpusing dan melangkah pergi. Gerak langkahnya yang perlahan, semacam berjalan tidak jejak ke bumi. Sedikit demi sedikit, gumpalan awan menutupi tubuh yang sedikit cengkung itu.

"Nanti dulu," jerit saya. Suara saya melantun, bertindan-tindan nadanya. Malangnya lelaki Inggeris itu lenyap tanpa memalingkan wajahnya.

"Mimpi lagi," satu sentuhan tangan ke paha membuatkan saya tersentak.

"Ya, Allah," saya meraup muka. Di hadapan, hanya kelihatan lampu-lampu rumah mencerahi. Tiada lampu jalan. Saya memandang Cintahati. Dia memandu dengan tenang, walaupun saya fikir, sebelum itu tentunya saya meraung-raung lantang. Lantaran mimpi yang sering menjelma.

"Dia datang lagi," beritahu saya perlahan. Dada masih berombak.

"Lelaki Inggeris yang meminta pertolongan abang?" Cintahati sedia maklum. Kebelakangan ini, lelaki Inggeris itu sering muncul dalam mimpi-mimpi saya.

Saya mengangguk lemah. "Namanya William,"

Jalan sedikit berbukit. Cintahati memasukkan gear tiga. "Mungkin William Kellie Smith,"

Saya memandang Cintahati. "Siapa dia?"

"Itu," Cintahati menunjuk ke luar. Malam gelap. Hanya nampak lampu bercahaya daripada rumah penduduk. "Tempat abang akan bekerja. Istana Kellie,"

Saya memandang ke luar. Kegelapan malam menyebabkan istana lama itu tidak menunjukkan rupa sebenarnya. Namun, istana itu bukan asing bagi saya. Apabila pulang ke rumah mertua, kami pastinya akan melintasi istana itu. Sememangnya, saya mengagumi istana tersebut walaupun saya tidak banyak mengetahui tentang latar belakangnya.

"William Kellie Smith itu ialah pemilik asal istana itu," beritahu Cintahati.

Saya mengangguk-angguk. Saya pernah baca tentang beliau. Malah Cintahati pernah memberitahu saya hal-hal tentang Istana Kellie semasa kami bercinta dahulu. Beritahu Cintahati, Istana Kellie lambang cinta. Cinta sepenuhnya kepada Agnes.

"Adakah kerana projek YB itu, lelaki Inggeris itu mengacau abang?"

"Entahlah. Barangkali. Lagipun istana Kellie itu misteri. Kata orang, ia mengganggu,"

"Mengganggu?" Saya memandang Cintahati, mohon penjelasan. Cintahati diam. Terus memandu. Satu kilometer lagi, rumah mertua saya akan kelihatan.

***

"Kamu tahu, aku datang ke Malaya semasa aku berumur 20-an. Aku tekad untuk membina hidup. Aku beruntung kerana bertemu Alma Baker. Dengan keuntungan perniagaan bersamanya, aku membuka ladang getah dan lombong bijih timah. Aku capai impianku," William mendepani saya. Melontar kata-katanya dengan bersemangat.

Saya tiada perkataan untuk membalas kata-katanya.

"Mungkin kamu tertanya-tanya kenapa aku beritahu semua ini?

Saya tidak mengangguk. Tidak juga menggeleng.

"Aku mahu kamu tahu bahawa Malaya ini ialah lubuk rezeki. Di sini, menjadi kaya sangat senang. Cuma, bangsa kamu yang tidak mahu berusaha untuk menjadi kaya. Masih mahu hidup sekadarnya,"

Saya memandang William, geram. Dia menghina bangsa saya. William membalas pandang. Dia senyum.

"Apa yang kau mahu daripada aku? Jangan kacau aku." Saya menjerit, mengerahkan seluruh tenaga untuk bergerak. Malangnya tubuh saya keras kaku.

"Aku mahu kamu batalkan rancangan untuk mengubah istana ini. Aku tidak mahu harta aku dikacau. Biarkan sebegitu, kerana itulah rupa cintaku. Aku tidak mahu sesiapapun menokok tambah," William menjegilkan matanya ke arah saya. Saya terpempam. Pandangannya memang menggerunkan.

"Tapi bukan aku yang membuat keputusan. Aku hanya diarahkan untuk menyediakan perancangan dekorasi istana itu sahaja," Saya menjelaskan, sejujurnya.

"Ini tanggungjawab kamu," ujar William. Dia menghilang tiba-tiba.

Saya cuba untuk bergerak. Hati saya bengkak. Lelaki Inggeris itu datang dan pergi sesuka hatinya.

"Hairul, beristighfar banyak-banyak," Suara itu menyentap. Menyedarkan saya.

"Aduh! Mimpi lagi," Saya lantas beristighfar.

"Tidur di atas kerusi pun boleh mimpi," ujar bapa mertua saya. Menggeleng-geleng kepalanya.

"Mimpikan pemilik Istana Kellie itu," sambungnya lagi. Saya memandang wajah bapa mertua. Sah! Memang Cintahati sudah memberitahu bapanya. Hal mimpi-mimpi saya yang mengganggu.

"Istana itu tidak patut diganggu. Biarkan macam itu sahaja. Jangan ubah apa-apa. Biarkan sejarah terbina tanpa diubah apa-apa,"

"Apa maksud ayah?"

Bapa mertua saya membetulkan duduk. Dia menggapai cermin matanya. Helaian akhbar diselak perlahan.

"Kalau sudah hendak masukkan barang-barang antik ataupun ubah dekorasi dalam istana itu, ia semacam hendak mengubah sejarah. Mungkin nanti pelawat-pelawat tertipu. Mereka tidak diberikan gambaran sebenar tentang istana itu,"

Saya berfikir-fikir. Kata-kata bapa mertua saya mengingatkan saya pada kata-kata Leopold von Ranke, ahli sejarah Jerman yang mengemukakan teori sejarah bahawa sejarah harus dikaji wie es eigentlich gewesen ataupun "seperti sebenarnya berlaku".

"Betul juga kata ayah. Kalau sudah diubah, bagaimana sejarah yang betul mahu dikaji," saya mengiayakan pendapatnya.

"Namun, kalau setakat hendak bina surau atau gerai-gerai di sekitarnya, itu tidak menjadi masalah. Untuk kemudahan orang ramai juga, Ini pendapat ayah sahaja. Ayah bukannya wakil rakyat yang boleh buat keputusan,"

"Sama juga seperti saya. Saya bukannya wakil rakyat. Saya cuma diberikan kontrak untuk membuat perancangan dekorasi istana itu. Tapi lelaki Inggeris itu benar-benar mengganggu hidup saya,"

"Dia memilih kamu," kata bapa mertua saya. Matanya ralit menatap helaian akhbar.

Saya tidak faham kata-katanya. Malah, saya tidak mahu memahaminya.

"Penting sangatkah istana itu pada William?"

Bapa mertua saya menghentikan bacaannya. "Seperti kamu cintakan Cintahati. Sejauh itu juga William Kellie Smith mencintai istananya. Istana itu dibina untuk isterinya, Angnes. Ia juga sebagai tanda kegembiraannya selepas kelahiran Anthony. Anak lelaki yang diidam-idamnya selama beberapa tahun demi untuk mewarisi kekayaannya di Malaya,"

Saya tekun mendengar. Sebagai penduduk asal di situ, tentunya bapa mertua saya tahu segala hal tentang istana itu.

"Macam Taj Mahal. Bina bangunan demi cinta,"

"Mungkin," balas bapa mertua saya pendek.

Kemudian dia menyambung. "Tentu saja dia sayangkan istana itu. Bukan mudah membinanya. Ramai pekerja yang mati disebabkan penyakit misteri. Kata orang spanish flu. Sehingga bermacam-macam usaha dibuat untuk menghentikan penyakit tersebut. Kini, senang-senang sahaja orang mahu mengubah istana yang dibinanya,"

"Maksud ayah William marah?"

"Ya. Ayah pun akan marah sekiranya orang usik rumah ayah tanpa izin,"

"Apa perlu saya buat?"

"Hentikan sahaja,"

"Tapi projek ini menguntungkan saya. Syarikat saya sudah lama tidak dapat projek besar,"

Bapa mertua saya bangun. "Kamu tahu, penduduk di sini sudah heboh. Dakwa mereka Istana Kellie tidak tenteram. Ada orang nampak kelibat lelaki Inggeris melilau-lilau di dalam istana itu," bapa mertua saya terus masuk ke dalam rumah tanpa memberikan peluang untuk saya bertanya lanjut.

"Hah!" Saya mendengus. Rambut panjang saya, saya tarik-tarik.

***

Saya membaca SMS yang dihantar Pembantu Khas YB Idzham buat kali kedua. Tunggu di Istana Kellie pukul 2 petang, tulis SMS itu. Saya lihat jam tangan. Sudah pukul 2.30 petang. Barangkali orang politik memang sentiasa sibuk. Balik belakang lain bicaranya.

Saya memandang sekitar istana itu. Rekaan bangunan bercirikan India memang mengagumkan. Saya cuba mencari persamaan antara istana ini dengan Taj Mahal. Barangkali ada persamaannya. Satu hal yang pasti antara kedua bangunan ini ialah cinta. Taj Mahal dibina kerana cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal, manakala Istana Kellie dibina kerana cinta William Kellie Smith kepada Angnes dan anak-anaknya, Helen dan Anthony.

Bagaimana pula dengan saya? Kalau bangunan itu tanda cinta. Apakah yang saya dapat berikan pada Cintahati. Tiada istana yang saya mampu berikan. Rumah pun kami masih menyewa. Cita-cita saya untuk membeli sebuah rumah buat Cintahati punah kerana keputusan nekad ini. Saya tekad mengundur diri daripada bekerjasama dengan YB Idzham. Sekaligus menolak imbuhan puluhan ribu, habuan atas kerja-kerja dekorasi Istana Kellie.

"Hairul... kenapa hendak jumpa saya? Hendak bentangkan proposal projek inikah?" YB Idzham tiba-tiba menegur. Menghulurkan salam.

Saya menyambut salam. "Maaf sebab YB yang terpaksa datang berjumpa saya,"

"Tidak mengapa. Memang saya yang hendak jumpa kamu di sini. Saya ada program di Tanjung Tualang,"

Saya mengatur bahasa. "Sebenarnya YB, saya hendak tarik diri daripada terlibat dengan projek ini," Saya berterus terang.

YB Idzham terkejut. "Apa yang kamu mengarut ini. Emas dalam tangan, kamu mahu lemparkan,"

"Saya tahu YB banyak tolong saya. Tapi...,"

"Tapi kamu takut dengan hantu pemilik istana ini," YB Idzham memotong kata-kata saya. Kemudian, dia ketawa terbahak-bahak.

"Bukan begitu, saya rasa istana ini patut dikekalkan begini sahaja. Kita tak patut ubah apa yang sudah terbina. Kita seolah-olah cuba mengubah binaan sejarah,"

"Cakap sahaja yang kamu takutkan hantu Istana Kellie ini. Saya sudah tahu cerita karut marut yang heboh diperkatakan di sini. Hairul, kamu orang berpelajaran. Takkan cerita hantu yang tidak masuk akal pun kamu percaya. Saya rasa ini semua salah orang filem. Asyik-asyik buat filem hantu sahaja," YB Idzham menyindir sinis.

"Saya cuma hendak tolong kamu. Kalau kamu tidak mahu projek ini, saya tidak kisah. Ramai lagi yang berebut-rebut mahukannya. Cuma kamu jangan menyesal nanti," sambung YB Idzham lagi.

"Saya sudah nekad,"

"Baiklah kalau begitu. Saya beri masa seminggu untuk kamu fikirkan semasak-masaknya. Kalau dalam masa seminggu kamu tidak bagi jawapan, saya anggap kamu tidak berminat," YB Idzham seolah-olah memberikan kata dua.

Saya mengangguk perlahan.

YB Idzham meminta diri. Sekali lagi saya berterima kasih kepadanya kerana memberikan peluang kepada saya. Dia menasihati saya. Katanya; jangan banyak tonton filem hantu. Aduh! Saya disindir lagi.

Saya pasrah. Takdir Tuhan menuliskan yang saya tidak berpeluang mendapat rezeki ini. Saya gembira kerana tidak terlibat dalam usaha mencacatkan sejarah.

"Malaya ini lubuk rezeki," Saya teringat kata-kata William.

"Cuma hati perlu sekuat bata ini," Saya memujuk diri sambil menumbuk bata merah yang diimport dari India, yang meneguhkan Istana kellie itu.

***

William datang lagi dalam mimpi saya. Kali ini, dia tidak keseorangan. Di sebelahnya ada seorang wanita berambut perang yang dilindungi topi beropol-ropol dan bergaun kembang putih mutiara. Cantik dan mempesona. Sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berada di sebelah William hanya menguntum senyum. Mereka diam membatu. Perempuan berambut perang itu menghulurkan sekuntum mawar putih kepada saya. Saya cuba mengambil mawar itu namun mimpi saya kabur tiba-tiba. Cintahati menggoyangkan tubuh saya.

"Pembantu YB Idzham telefon," Cintahati menghulurkan telefon bimbit kepada saya. Dalam keadaan mamai, saya mengambil telefon tersebut. Saya mendengar satu per satu perkara yang dituturkan pembantu YB Idzham.

"Ya Allah," Saya terkejut.

Cintahati yang memandang saya tertanya-tanya."Kenapa abang?"

"YB Idzham cedera parah terjatuh bangunan. Pembantunya beritahu, sebelum terjatuh dia menjerit-jerit seolah-olah melihat hantu," beritahu saya. Dada saya berombak-ombak.

Dalam fikiran, wajah William tiba-tiba menjelma. Jeda.

--- UTUSAN MALAYSIA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Hantu Istana Kellie Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Hantu Istana Kellie Empty Re: Hantu Istana Kellie

Post by azrunia Wed 04 Jul 2012, 3:59 pm

bijak hasil garapan penulisan warga kerja utusan ni
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Hantu Istana Kellie Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6762

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum