FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa | Pilihan Sabah Vs Queens Park Rangers (QPR) | 17 Julai 2012

Go down

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa | Pilihan Sabah Vs Queens Park Rangers (QPR) | 17 Julai 2012 Empty Perlawanan Persahabatan Antarabangsa | Pilihan Sabah Vs Queens Park Rangers (QPR) | 17 Julai 2012

Post by Info Bola Sepak Sun 15 Jul 2012, 3:16 pm

QPR bawa skuad terbaik
Oleh Hisyamuddin Ayub
sukan@yahoo.com


Perlawanan Persahabatan Antarabangsa | Pilihan Sabah Vs Queens Park Rangers (QPR) | 17 Julai 2012 Su_07.1
Park Ji-Sung tiba bersama skuad QPR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam sempena Siri Jelajah Pra-Musim Asia kelab itu yang akan menentang Pilihan Sabah, Selasa ini di Stadium Likas.
KOTA KINABALU - Kehangatan pertembungan persahabatan di antara kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) menentang Pilihan Sabah Selasa ini mula dirasai apabila skuad itu tiba di sini semalam bersama skuad terbaik dengan disertai beberapa pemain bertaraf bintang.

Bintang bola sepak Asia yang juga bekas pemain Manchester United, Park Ji-Sung antara bintang baharu QPR yang dijangka beraksi pada perlawanan persahabatan di Stadium Likas.

Ji-Sung bersama rakan sepasukan tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Kota Kinabalu, semalam bersama pengurus pasukan QPR, Mark Hughes.

Selain Ji-Sung, turut serta sempena Jelajah Pra Musim Asia kelab itu ialah Shaun Wright-Phillips, Anton Ferdinand, Robert Green, Djibril Cisse serta pemain yang baru dipinjam dari United, Fabio.

Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Philip Beard berkata, perlawanan menentang Sabah merupakan satu sejarah bagi kelab itu, memandangkan ia merupakan perlawanan pertama mereka di Asia.

"Kami menempuh perjalanan jauh untuk sampai ke sini (Sabah) dan saya percaya para pemain kami juga cukup teruja untuk beraksi di sini.

"Perlawanan 17 Julai ini bukanlah semata-mata perlawanan persahabatan, tetapi merupakan persiapan awal kami untuk membentuk pasukan yang benar-benar bersedia menghadapi saingan Liga Perdana England," katanya pada sidang akhbar, semalam.

Katanya, kehadiran QPR juga merupakan hadiah istimewa buat penyokong bola sepak di negeri ini apabila mereka berpeluang melihat aksi hebat daripada bintang baru kelab itu, Ji-Sung yang menyertai kelab di Loftus Road itu menerusi bayaran 5 juta pound (RM24.7 juta).

"Perlawanan menentang Sabah merupakan aksi pertama Ji-Sung bersama pasukan QPR dan dia pastinya mahu mempamerkan kehebatan pada pertemuan ini," tambahnya.

Selain Sabah, QPR turut dijadual menentang Kelantan di Kuala Lumpur pada 20 Julai ini sebelum ke Indonesia bagi siri perlawanan persahabatan menentang Persebaya Surabaya pada 23 Julai.

--- UTUSAN MALAYSIA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Perlawanan Persahabatan Antarabangsa | Pilihan Sabah Vs Queens Park Rangers (QPR) | 17 Julai 2012 Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum