Rozaimi Abdul Rahman
Page 1 of 1
Rozaimi Abdul Rahman
Hamidin lega kehadiran Rozaimi
KUANTAN - Misi 33 Selangor memburu kejuaraan Piala Malaysia bagaikan kembali subur dengan kehadiran bintang muda yang semakin meningkat naik, Rozaimi Abdul Rahman dalam skuad Red Giants.
Pengurus Selangor, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengakui, Rozaimi bakal menambah sengat kepada jentera serangan skuad Red Giants yang sebelum ini terlalu banyak bergantung kepada Bosko Balaban dan Mohd. Amri Yahyah.
''Rozaimi pasti memberikan lebih banyak pilihan kepada jurulatih (Irfan Bakti) dalam merencanakan pelbagai strategi di bahagian serangan.
''Hadirnya Rozaimi pasti menambah semangat kepada Selangor dalam misi memburu kejuaraan Piala Malaysia pada musim ini," katanya ketika dihubungi, semalam.
Namun, Hamidin menolak kemungkinan Selangor merancang akan mendapatkan terus khidmat Rozaimi dalam pasukan itu pada musim depan.
''Perkara itu tidak boleh terjadi, Rozaimi tidak boleh berpindah ke pasukan lain kerana dia masih berusia di bawah 21 tahun, Selangor hanya mahu mendapatkan khidmatnya untuk Piala Malaysia, " katanya.
Sementara itu, Rozaimi ketika dihubungi berkata, dia berasa bangga dapat bermain dengan Selangor yang mempunyai ramai pemain bintang seperti Safiq Rahim dan Amri.
''Memang rasa seronok dapat pengalaman bermain dengan Selangor nanti pada Piala Malaysia, saya harap dapat belajar sesuatu yang baru nanti.
''Bermain dengan pemain seperti Safiq, Amri dan beberapa pemain kebangsaan yang lain diharapkan boleh membantu saya bermain dengan lebih baik," katanya.
--- UTUSAN MALAYSIA

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Re: Rozaimi Abdul Rahman
Liga Super: Red Giant tagih bisa Rozaimi
Wartawan Sinar Harian
13 Julai 2012
Rozaimi (dua, kanan) sah bermain untuk Selangor pada kempen Piala Malaysia yang bermula Ogos depan.

JUARA Piala Malaysia 32 kali, The Red Giants berharap sentuhan Rozaimi Abdul Rahman atau Amy dapat membantu mereka meraih gelaran kejohanan berkenaan sejak kali terakhir memenanginya pada 2005.
Pemain muda Sabah itu yang muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun di Myanmar baru-baru ini, menambat hati pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Amin percaya kemampuan Rozaimi dan berharap bisanya dapat diteruskan bersama skuad Merah Kuning kempen kali ini.
"Dia pemain muda berbakat dan kami bertuah kerana mengikatnya sebagai status pemain pinjaman," katanya.
--- SINAR HARIAN
Pemain muda Sabah itu yang muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun di Myanmar baru-baru ini, menambat hati pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Amin percaya kemampuan Rozaimi dan berharap bisanya dapat diteruskan bersama skuad Merah Kuning kempen kali ini.
"Dia pemain muda berbakat dan kami bertuah kerana mengikatnya sebagai status pemain pinjaman," katanya.
--- SINAR HARIAN
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Re: Rozaimi Abdul Rahman
Rozaimi bantu Sabah raih emas
Pemain Sabah meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika menentang Perak pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukma XV di Kuantan, semalam.
KUANTAN- Sabah melakar sejarah apabila memenangi ibu segala pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) XV apabila mengalahkan Perak 3-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak di Stadium Darul Makmur, semalam tadi.
Pada perlawanan yang disaksikan 10,000 penonton, Sabah mengesahkan pingat emas menerusi jaringan Zulmansshah Aling (minit ke-91), Lepold Alfonso (minit ke-97) dan pemain muda sensasi, Rozaimi Abdul Rahman (minit ke-101) yang bagi meranapkan impian Perak mengulangi kejayaan pada Sukma 2002.
Pingat gangsa acara tersebut milik Wilayah Persekutuan yang mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Kuantan 1.
Sementara itu, berbaki dua hari sebelum Sukma XV melabuhkan tirainya, kontinjen Terengganu kini di ambang mempertahankan kejuaraan keseluruhan buat kali keempat berturut-turut sejak 2008.
Setakat pukul 10 malam tadi, Terengganu selesa menerajui carta kutipan pingat dengan 53 emas, 23 perak dan 25 gangsa.
Kedudukan itu dijangka terus kukuh dan tidak mampu digugat pencabar terdekatnya, Selangor yang ketinggalan tujuh emas apabila mengekori dengan 46 emas, 48 perak dan 51 gangsa.
Semalam Terengganu menambah enam emas menerusi berbasikal (dua), pencak silat (dua), memanah dan petanque (satu).
Berbasikal khususnya, menjadi lubuk emas Terengganu apabila para pelumba mereka membolot 12 daripada keseluruhan 20 emas yang ditawarkan.
Sebarang harapan untuk melihat Selangor menghambat Terengganu memasuki dua hari terakhir tampak samar apabila mereka sekadar mendapat tiga emas, dua menerusi pencak silat dan satu lagi disumbangkan boling.
Begitupun, segala-galanya belum berakhir untuk Selangor yang merupakan juara keseluruhan sebanyak tujuh kali itu kerana masih boleh menagih beberapa emas daripada gimrama, skuasy dan boling untuk cuba mengubah kesudahan, esok.
--- UTUSAN MALAYSIA
Pemain Sabah meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika menentang Perak pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukma XV di Kuantan, semalam.
Pada perlawanan yang disaksikan 10,000 penonton, Sabah mengesahkan pingat emas menerusi jaringan Zulmansshah Aling (minit ke-91), Lepold Alfonso (minit ke-97) dan pemain muda sensasi, Rozaimi Abdul Rahman (minit ke-101) yang bagi meranapkan impian Perak mengulangi kejayaan pada Sukma 2002.
Pingat gangsa acara tersebut milik Wilayah Persekutuan yang mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Kuantan 1.
Sementara itu, berbaki dua hari sebelum Sukma XV melabuhkan tirainya, kontinjen Terengganu kini di ambang mempertahankan kejuaraan keseluruhan buat kali keempat berturut-turut sejak 2008.
Setakat pukul 10 malam tadi, Terengganu selesa menerajui carta kutipan pingat dengan 53 emas, 23 perak dan 25 gangsa.
Kedudukan itu dijangka terus kukuh dan tidak mampu digugat pencabar terdekatnya, Selangor yang ketinggalan tujuh emas apabila mengekori dengan 46 emas, 48 perak dan 51 gangsa.
Semalam Terengganu menambah enam emas menerusi berbasikal (dua), pencak silat (dua), memanah dan petanque (satu).
Berbasikal khususnya, menjadi lubuk emas Terengganu apabila para pelumba mereka membolot 12 daripada keseluruhan 20 emas yang ditawarkan.
Sebarang harapan untuk melihat Selangor menghambat Terengganu memasuki dua hari terakhir tampak samar apabila mereka sekadar mendapat tiga emas, dua menerusi pencak silat dan satu lagi disumbangkan boling.
Begitupun, segala-galanya belum berakhir untuk Selangor yang merupakan juara keseluruhan sebanyak tujuh kali itu kerana masih boleh menagih beberapa emas daripada gimrama, skuasy dan boling untuk cuba mengubah kesudahan, esok.
--- UTUSAN MALAYSIA
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak