FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Resepi Laksa Sarawak

Go down

Resepi Laksa Sarawak Empty Resepi Laksa Sarawak

Post by Info Bola Sepak Sat 21 Jul 2012, 10:43 am

Laksa Sarawak
Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my
2011/04/21


Resepi Laksa Sarawak Pix_gal0
ZURIAH menunjukkan perencah laksa Sarawak HJ MANAN
Zuriah sediakan perencah segera

TIDAK perlu diperkenalkan lagi, sebut saja laksa Sarawak sudah terbayang keenakan makanan tradisional bumi Kenyalang itu.

Bihun, udang, carikan ayam, taugeh dan telur, yang dibasahi kuah berlemak tampak begitu sedap manakala bau rempah ratus serta daun ketumbar yang harum, terus membuatkan kecur air liur untuk mencuba.

Sememangnya, laksa Sarawak hidangan amat istimewa dan mempunyai keunikan serta daya tarikan tersendiri. Mungkin sebab itulah, hidangan tradisional berkenaan bukan saja digemari masyarakat di Sarawak tetapi juga menjadi sebutan orang luar dari negeri itu, termasuk Barat.

Sehinggakan sekali mencuba, belum tentu lagi dapat mengecapi kepuasannya dan ingin menambah semangkuk lagi. Begitulah hebatnya penangan makanan tradisional itu.

Rahsia keenakan laksa Sarawak sebenarnya terletak pada rempah-ratus dan bahan penumis yang dicampurkan dalam sajian itu. Jika seseorang itu benar-benar tukang masak handal, tentu tidak sukar atau ada masalah menyediakan bahan perencah bagi menyediakan laksa Sarawak. Namun, kekangan masa pula menjadi alasan.

Menyedari hal itu, usahawan muda, Zuriah Manan, 38, mengambil inisiatif memperkenalkan perencah Laksa Sarawak HJ MANAN bagi membolehkan pengguna mendapat rasa laksa Sarawak yang asli dengan mudah.

Zuriah berkata, perencah diperkenalkan itu adalah resipi asli bapanya dan sudah menjadi warisan keluarga lebih 40 tahun. Namun, ia mula dikomersialkan 12 tahun lalu apabila ramai yang mencuba, memuji keenakan dan keaslian perencah itu.

“Dengan adanya perencah segera Laksa Sarawak, penggemar hidangan itu boleh menyediakan kuahnya dengan mudah dan cepat tanpa perlu bersusah payah untuk membeli serta membuat sendiri bahan perencah,” katanya.

Keistimewaan perencah segera itu, kata Zuriah, selain mengekalkan keaslian, turut mempunyai aroma hebat, tidak perlu ditapis dan tidak perlu direbus terlalu lama. Terdapat 17 jenis rempah ratus dalam perencah segera itu, antaranya jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih dan cili.

Mengimbau pengalaman awal, cerita Zuriah, sambutan pada mulanya kurang memberangsangkan sehinggalah dia menukar strategi dengan memasarkan perencah itu dalam pek kecil seberat 200 gram setiap satu.

“Saya yakin perencah yang diperkenalkan akan mendapat sambutan. Saya menghantarnya ke kedai dan pasar raya. Oleh kerana tidak ramai pengusaha Bumiputera Melayu yang menghasilkan perencah laksa Sarawak, jenama saya mula mendapat perhatian dan dikenali ramai,” katanya ketika ditemui.

Zuriah yang berasal dari Kampung Rampangi, Kuching, Sarawak, kemudian mengubahsuai dan menjadikan rumahnya untuk operasi perniagaan. Melalui syarikatnya, Ayuma Enterprise , dia membuat dan memasarkan Laksa Sarawak HJ MANAN.

Katanya, bermula dengan modal RM500, perniagaan dimajukan dan pelbagai kaedah diguna untuk mempromosi dan memasarkan produk. Antaranya mengikuti promosi pameran, ekspo dan mencari lebih ramai pengedar.

Beliau mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian untuk membeli mesin memproses yang bernilai RM40,000. Selain itu, FAMA turut membantu mempromosi produknya sehingga berjaya diperkenalkan di Brunei.

“Tenaga kerja saya pada awal perniagaan hanya tiga orang iaitu saya dan ibu bapa. Kini, bertambah menjadi 12 orang. Pengeluaran juga meningkat daripada 25 kilogram (kg) sebulan kepada 2,700 kg sebulan,” katanya.

Zuriah turut bangga kerana kini turut memiliki premis tetap untuk perniagaan, iaitu di Bandar Baru Samariang.

Dalam mengorak langkah ke tahap sekarang, ibu muda kepada seorang anak itu mengakui, dia pernah ditipu pelanggan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, pengalaman itu dijadikan pengajaran paling berguna dan Zuriah menganggap itu kesilapan diri sendiri kerana terlalu mempercayai orang lain.

“Masih banyak yang saya perlu pelajari dan perbaiki. Misalnya, cara pembungkusan, ia perlu dipertingkatkan supaya kualitinya terserlah. Saya juga mengharapkan produk perencah ini dapat dipasarkan di luar negara dan sasarannya ialah China kerana masyarakatnya yang menggemari mi,” katanya yakin.


Resipi

Laksa Sarawak
(menggunakan perencah Laksa Sarawak HJ MANAN)

Bahan:
1 paket perencah Laksa Sarawak HJ MANAN
500 gram (g) udang
Setengah ketul dada ayam
1 paket bihun
300 g taugeh
250 mililiter (ml) pati santan
Garam dan bahan perasa
1 ikat daun ketumbar
4 biji telur ayam
2 batang serai

Cara menyediakan kuah:
Rebus kulit udang bersama serai ke dalam dua liter air selama 20 minit. Selepas itu toskan airnya dan masukkan perencah laksa dan kacau, menggunakan api yang perlahan. Selepas mendidih, masukkan pati santan, garam dan bahan perasa secukup rasa. Tutup api apabila mendidih.

Penyediaan bahan:
Celur Bihun dan taugeh dalam air panas. Isi udang direbus atau digoreng sehingga masak manakala isi ayam dicarik halus. Telur dipukul dan digoreng dadar kemudian dihiris halus.

--- BERITA HARIAN
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Resepi Laksa Sarawak Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum