FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Piala AFF Suzuki 2012 | Pemilihan Pemain Masih Terbuka - Rajagobal

Go down

Piala AFF Suzuki 2012 | Pemilihan Pemain Masih Terbuka - Rajagobal Empty Piala AFF Suzuki 2012 | Pemilihan Pemain Masih Terbuka - Rajagobal

Post by Info Bola Sepak Tue 11 Sep 2012, 8:08 pm

'Pintu hati' Rajagobal masih terbuka

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


Piala AFF Suzuki 2012 | Pemilihan Pemain Masih Terbuka - Rajagobal Su_03.1
RAJAGOBAL (kiri) bersalaman dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Hoang Anh Tuan selepas sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
SIAPA yang dapat mengetuk ‘pintu hati’ Datuk K. Rajagobal?Itu teka-teki yang masih belum terjawab mengenai senarai 35 pemain Harimau Malaya yang bakal menggalas tanggungjawab mempertahankan trofi Piala AFF Suzuki pada November depan.

Mengakui sudah mendapat ‘ilham’ berhubung perkara itu, Rajagobal begitupun enggan tergesa-gesa membuat keputusan muktamad.

Sebaliknya, jurulatih Harimau Malaya itu masih memberi peluang kepada mana-mana pemain yang berjaya mempamerkan aksi ‘luar biasa’ dalam siri episod perlawanan persahabatan antarabangsa serta sepanjang kempen Piala Malaysia, bermula dengan pertemuan menentang Vietnam di Stadium Shah Alam malam ini.

“Bayangan awal (senarai pemain) sudah ada, cuma saya tidak mahu tergesa- gesa.

“Justeru, saya akan meneliti terlebih dahulu aksi kesemua pemain sebelum membuat keputusan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Mengenai pertembungan malam ini, Rajagobal sekali lagi menegaskan, keputusan perlawanan tidak dijadikan ukuran oleh beliau yang lebih menumpukan fokus terhadap saingan Piala AFF Suzuki nanti.

“Mana-mana jurulatih pastinya mahukan kemenangan, cuma momentum persembahan pemain sebagai satu pasukan lebih menjadi keutamaan,” jelasnya sambil tidak menolak kemungkinan sekadar menurunkan pasukan kedua malam ini bagi mengelak kekuatan pasukannya ‘diintai’ pasukan lain.

Ketika ditanya mengapa tidak memanggil Muslim Ahmad bagi menggantikan S. Subramaniam yang tercedera, sebaliknya hanya menyenaraikan Baddrol Bakhtiar yang bukannya pemain pertahanan, tegas Rajagobal:

“Saya kehilangan dua pemain yang turut cedera di bahagian serangan (Ahmad Shakir Md Ali dan Khyril Muhymeen), sebab itu Baddrol dipanggil. Ini sekali gus menamatkan spekulasi bahawa Muslim diketepikan gara-gara kontroversi dengan Terengganu baru- baru ini.”

Dalam pada itu, pembantu jurulatih Vietnam, Hoang Anh Tuan mahu anak- anak buahnya mempelajari sesuatu daripada Malaysia malam ini.

Tampil tanpa pemain utama, Viet Chong yang tercedera katanya, tidak akan dijadikan alasan kerana pasukannya mahu menguji enam pemain baharu menjelang Piala AFF Suzuki nanti.

“Kami mahu mempelajari sesuatu dari anda (Malaysia) yang sudah lama menggunakan jurulatih tempatan berbanding kami yang sering mendapatkan khidmat jurulatih import sebelum ini.

“Biarpun hanya sempat berlatih selama empat hari, kami tidak sabar menguji kemampuan tuan rumah selaku juara bertahan sekali gus menebus kekecewaan kami yang ditewaskan Malaysia pada separuh akhir Piala AFF Suzuki dua tahun lalu,” katanya sambil menegaskan, tiada pemain naturalisasi dalam skuadnya pada kejohanan kali ini.

-Kosmo
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Piala AFF Suzuki 2012 | Pemilihan Pemain Masih Terbuka - Rajagobal Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Piala AFF Suzuki 2012 | Pemilihan Pemain Masih Terbuka - Rajagobal Empty Re: Piala AFF Suzuki 2012 | Pemilihan Pemain Masih Terbuka - Rajagobal

Post by Info Bola Sepak Tue 11 Sep 2012, 8:22 pm

‘Saya belum terdesak’

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


MASALAH disiplin bukan alasan buat ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak memanggil Mohd Muslim Ahmad bagi menggantikan tonggak pertahanan tengah, S Subramaniam yang sah tidak dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan antarabangsa menentang Vietnam di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pengendali negara itu menjelaskan, beliau tidak terdesak untuk membawa masuk Muslim yang sebelum ini berada dalam senarai pengganti jika ada pemain mengalami kecederaan.


“Saya tidak panggil kerana perlawanan diadakan esok (hari ini). Saya cuma hilang seorang pemain pertahanan, Subramaniam dan saya masih ada pemain pertahanan lain. Saya tidak fikirkan mengenai masalah disiplin itu, saya cuma fikirkan mengenai perlawanan esok (hari ini),” katanya kepada pemberita pada sidang media semalam.

Muslim nadi benteng pertahanan negara ketika Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 kini berdepan dakwaan masalah disiplin dengan pasukan Terengganu baru-baru ini dan kesnya itu masih dalam siasatan.


Bagaimanapun Rajagobal mempunyai alasan tersendiri untuk memanggil penyerang Kedah, Baddrol Bakhtiar pada saat akhir selepas Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Ahmad Shakir Ali mengalami kecederaan.


“Khyril dan Shakir mendapat kecederaan dan saya memanggil Baddrol bagi menambah pilihan di bahagian serangan. Di bahagian serangan saya hilang dua pemain dan saya perlukan pemain pengganti,” jelasnya.

Mengulas pertemuan dengan Vietnam, nada yang sama disuarakan jurulatih berusia 56 tahun itu.


“Perlawanan ini memberi peluang untuk saya menguji pemain dan melihat peningkatan kami. Walaupun sudah ada bayangan 35 pemain untuk didaftarkan bagi skuad Piala AFF, saya masih mahu memberi peluang kepada pemain yang beraksi baik dalam Piala Malaysia.

“Mana-mana jurulatih mahu melihat pemain bermain dengan baik dan menang tapi tumpuan saya masih kepada November ini (Piala AFF). Memang ini perlawanan bertaraf A tapi ia adalah persiapan untuk Piala AFF,” katanya.


Selepas aksi malam ini, Malaysia dan Vietnam akan bertemu sekali lagi di Hanoi pada 3 November.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/11

-Harian Metro
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Piala AFF Suzuki 2012 | Pemilihan Pemain Masih Terbuka - Rajagobal Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum