FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cuti-cuti Malaysia | Legoland Malaysia

Go down

Cuti-cuti Malaysia | Legoland Malaysia Empty Cuti-cuti Malaysia | Legoland Malaysia

Post by Info Bola Sepak Wed 19 Sep 2012, 8:17 pm

Legoland Malaysia Dibuka, Johor Dan Iskandar Malaysia Akan Jadi Hab Hiburan Terkemuka


Cuti-cuti Malaysia | Legoland Malaysia Legoland-malaysia-LEGO
Cuti-cuti Malaysia | Legoland Malaysia 7037558719_fc1389a31d_z
Cuti-cuti Malaysia | Legoland Malaysia Legoland-malaysia-theme-park
JOHOR BAHARU, 15 Sept (Bernama) -- Taman Tema Legoland pertama di Asia dengan rasminya dibuka kepada orang ramai Sabtu, sekali gus merapatkan lagi Johor dan Iskandar Malaysia untuk menjadi hab hiburan utama di Asia.

Ribuan pengunjung berbaris menanti dengan penuh sabar seawal 7 pagi untuk memasuki taman tema yang berkeluasan 76 ekar yang terletak di Nusajaya itu yang merupakan yang keenam terbesar seluruh dunia, selepas Denmark, United Kingdom, California, Jerman dan Florida.

Siegfried Boerst, pengurus besar untuk Legoland Malaysia yang memantau pembinaan taman itu, begitu teruja dan terharu kerana beliau sendiri yang mengalu-alukan pengunjung pertama ke taman berkenaan.

"Ia merupakan saat yang begitu emosi untuk saya dan setiap orang di Legoland. Saya amat bernasib baik kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang merasakan saat emosi seumpama itu di sini," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Taman itu, yang diinspirasikan daripada blok binaan mainan Denmark, dibahagikan kepada tujuh kawasan tema dan terdiri daripada lebih 50 juta kepingan blok LEGO.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Cuti-cuti Malaysia | Legoland Malaysia Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6688

Back to top Go down

Cuti-cuti Malaysia | Legoland Malaysia Empty Re: Cuti-cuti Malaysia | Legoland Malaysia

Post by Info Bola Sepak Wed 19 Sep 2012, 8:19 pm

Legoland Malaysia, Tarikan Tempatan Bertaraf Antarabangsa

JOHOR BAHARU, 15 Sept (Bernama) -- Pertama di Asia, Legoland Malaysia menerima sambutan hangat daripada para pengunjung di hari pertama pembukaannya kepada orang ramai hari ini dengan mencatatkan kedatangan kira-kira 4,000 pengunjung setakat pukul 12.00 tengah hari.

Seawal jam 9 pagi, pengunjung mula bersesak di pintu masuk utama taman tema itu dan dijangkakan 10,000 pengunjung akan memenuhi taman ini hari ini.

Sementara menunggu pintu utama dibuka, para pengunjung disajikan dengan pertunjukan yang hebat oleh pancaragam Legoland, Billund Marching Band, yang diterbangkan khas dari Denmark, disamping persembahan tarian oleh krew Legoland Malaysia.

Rata-rata pengunjung merasa teruja dengan pembukaan taman tema Legoland ini kepada orang ramai, dan ada antara mereka yang bercadang untuk datang ke sini lagi.

Antara yang berkumpul di pintu masuk utama Legoland ialah Norhaiza, 32, yang datang bersama suami dan anak beliau dari Shah Alam bagi merasai sendiri suasana pembukaannya.

"Kami sekeluarga berasa sangat teruja untuk datang ke sini (Legoland Malaysia) yang merupakan yang pertama di Asia," katanya kepada Bernama.

Pada pandangan Norhaiza, taman tema ini sememangnya menarik dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang dapat dicuba.

Selain itu, Amin, 21, pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, turut teruja dengan pembukaan taman Legoland ini.

"Kami datang berempat dari Klang, dan bagi remaja seperti kami, taman tema sebegini sudah pastinya menjadi destinasi yang seronok untuk dikunjungi," kata beliau.

Namun begitu, katanya, kebanyakan permainan lebih ditujukan kepada pengunjung kanak-kanak dan berharap lebih banyak permainan interaktif dapat disediakan oleh pihak Legoland untuk golongan seperti mereka di masa akan datang.

"Bagaimanapun, kami pasti akan datang lagi ke sini, dan menunggu pembukaan taman tema airnya pula," tambah beliau.

Pasangan dari Jerman, Alexandra dan Micheal menyatakan kehadiran mereka pada pembukaan hari ini adalah secara kebetulan dengan kunjungan mereka ke Malaysia.

"Kami melihat promosinya di media massa tempatan dan kami rasa ia adalah sesuatu yang pastinya seronok untuk dicuba," kata Alexandra.

Sementara itu, Pengarah Urusan Legoland Parks, Merlin Entertainment, John Jakobsen, berkata pihaknya merasa sangat gembira dengan kehadiran beribu-ribu pengunjung dari merata tempat termasuk dari Singapura, Filipina dan Indonesia.

"Ini membuktikan Legoland Malaysia tidak hanya menarik pengunjung tempatan malahan juga dari luar negara dan kami merancang untuk memperkenalkan permainan baru di masa akan datang," tambah beliau.

Untuk meraikan pembukaan pertama Legoland Malaysia, kata Jakobsen, selain persembahan istimewa oleh pancaragam Legoland, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan pertunjukan bunga api pada malam ini.

Legoland Malaysia adalah yang pertama seumpamanya di Asia dan keenam di dunia. Ia menyediakan lebih 40 permainan interaktif yang disasarkan kepada kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun.

Taman tema keluarga yang menyasarkan untuk menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan dari negara-negara Asia ini dijangka menjadi resort tarikan keluarga terbesar di Asean dengan taman air dan hotel yang masing-masing sedang dibina dan dijangka dibuka pada 2013 dan 2014.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Cuti-cuti Malaysia | Legoland Malaysia Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6688

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum