FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Masalah Kencing Malam

Go down

07102012

Post 

Masalah Kencing Malam Empty Masalah Kencing Malam




Atasi masalah kencing malam


Masalah Kencing Malam Ps_04.1
KADAR kekerapan masalah itu akan berkurangan apabila anak meningkat dewasa. - Gambar hiasan
NAMA teknikalnya disebut sebagai enuresis (en-yoo-ree-sus) iaitu sebutan dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa orang biasa, ia lebih dikenali sebagai kencing malam.

Mungkin ramai yang mengangguk tanda tahu bila menyentuh tentang perkataan 'kencing malam'. Masalah yang disifatkan sebagai satu tempoh transisi untuk golongan ibu bapa itu sesungguhnya tidak mudah untuk dilalui.

Bagi si anak, kencing malam bukan satu perkara menyeronokkan atau melucukan. Tanpa bantuan orang dewasa, senario itu kemungkinan menjadi satu mimpi ngeri sepanjang tumbesaran anak.

Justeru, ibu bapa perlu sedar terdapat pelbagai faktor penyebab kencing malam. Ketidakmatangan otot pundi kencing, perubahan gaya hidup dan ketidakstabilan emosi merupakan dalang di sebalik permasalahan itu.

Kira-kira 15 daripada 100 kanak-kanak di dalam satu-satu populasi mengalami masalah kencing malam. Otot pundi yang belum matang tidak cukup kuat untuk menahan kencing sepanjang malam. Ini menyebabkan pembuangan air kencing secara tidak disedari berlaku.

Namun, situasi itu tidak akan berlarutan. Seiring dengan peningkatan usia, masalah kencing malam dapat diatasi secara semula jadi berikutan proses kematangan pundi.

Dalam tempoh tumbesaran anak, perubahan gaya hidup banyak mempengaruhi tahap kesihatan fizikal dan minda mereka.


Masalah Kencing Malam Ps_04.2
KIRA-KIRA 15 daripada 100 kanak-kanak di dalam satu-satu populasi mengalami masalah kencing malam. – Gambar hiasan
Tekanan misalnya dilaporkan sebagai faktor kedua penyebab masalah kencing malam. Hadir dalam pelbagai bentuk, tekanan mungkin berpunca daripada kehadiran bayi baru dalam keluarga, perceraian, pindah rumah, kematian dalam keluarga atau penyakit.

Ketidakstabilan emosi

Perubahan dalam persekitaran kehidupan seperti kegagalan untuk menyesuaikan diri selepas diambil sebagai anak angkat juga boleh menyebabkan anak kencing malam. Sebarang situasi keluarga yang memberi ketidakstabilan emosi mungkin berpotensi membentuk masalah psikologi buat si kecil. Oleh itu, ibu bapa memerlukan pendekatan untuk menyelesaikan masalah anak tersebut.

Sebenarnya, tiada apa yang perlu dimalukan jika anak anda mengalami masalah kencing malam. Beberapa langkah positif boleh diambil oleh ibu bapa dan anak untuk menangani permasalahan itu.

Dengarlah keluhan anak anda

Tiada maknanya untuk anak sengaja membasahkan tilam katilnya sendiri, betul? Jadi, sebagai ibu bapa, anda boleh menggunakan ketajaman deria pendengaran untuk menganalisis ketakutan dan kerisauan si anak. Fikirkan cara untuk membantu anak seperti mengajarnya membersihkan kotoran itu bersama anda.

Cuba berikan keyakinan kepada anak bahawa tindakan itu bukan satu hukuman. Sebaliknya, ia memberi peluang untuk anak menguruskan masalah itu dalam diam, tanpa perlu diheboh-hebohkan. Tindakan itu mengurangkan risiko tidur anak terganggu.

Pastikan anak tidak dimarahi

Membasahkan tilam katil tidak bermakna anak anda berhak menerima 'deraan' lisan daripada ibu bapa. Anak-anak sudah cukup malu kerana terkencing malam. Jadi, adalah tidak perlu untuk ibu bapa menambah tekanan jiwa mereka. Cuba, tenangkan fikiran dan kurangkan bebanan emosi mereka sebelum terlambat.

Dapatkan nasihat doktor


Masalah Kencing Malam Ps_04.3
MEMBASAHKAN tilam katil tidak bermakna anak anda berhak menerima ‘deraan’ lisan daripada ibu bapa. – Gambar hiasan
Doktor adalah orang paling tepat untuk memberi nasihat tentang situasi kesihatan anak anda. Ubat-ubatan yang diberikan oleh pakar biasanya dapat membantu pundi menahan aliran kencing sepanjang malam. Selain itu, doktor juga mungkin berkongsi beberapa teknik bagi melatih pundi dan mengukuhkan keupayaan menahan kencing. Senaman dan penggunaan loceng bunyi adalah antara cara untuk mengejutkan anak bagi membuang air kecil. Ibu bapa boleh meletakkan kain yang bersih berdekatan katil bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan.

Oleh itu, ibu bapa tidak perlu berfikiran negatif. Masalah kencing malam yang dialami anak bukan perkara asing. Berita baiknya adalah kadar kekerapan masalah itu akan berkurangan apabila anak meningkat dewasa.

--- KOSMO
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14161

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Share this post on: reddit

Masalah Kencing Malam :: Comments

MaStErMiNd

Post Sun 07 Oct 2012, 10:42 am by MaStErMiNd

Pundi kencing belum matang

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


Masalah Kencing Malam Ps_03.1
KEJUTKAN anak selepas dua atau tiga jam mereka tidur untuk memujuk mereka ke tandas.
WALAUPUN kebanyakan kanak-kanak diajar menggunakan bekas najis atau tandas seawal usia tiga ke empat tahun, namun kes 'kebasahan' di tempat tidur pada waktu malam masih menjadi masalah biasa kepada kanak-kanak pada usia enam hingga lapan tahun.

Ia biasanya terjadi kepada kanak-kanak lelaki dan di dalam mana-mana keluarga dengan salah seorang daripada ayah atau ibu pernah mengalami masalah kencing malam ketika kecil. Namun, kaitan biologi dan genetik itu masih dikaji.

Kencing malam atau nama lainnya enuresis biasanya terjadi atas beberapa faktor seperti ketidakstabilan emosi, ketidakmatangan otot pundi kencing dan perubahan gaya hidup.

Keadaan ini terjadi kerana otot pundi kencing belum matang yang tidak cukup kuat untuk menahan kencing sepanjang malam sehingga ia keluar tanpa disedari.


Masalah Kencing Malam Ps_03.2
KURANGKAN pengambilan air yang banyak sebelum tidur.
Kira-kira 15 peratus daripada kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan beransur pulih dan tidak mengalami kencing malam dengan sendirinya seiring dengan kematangan pundi kencing.

Apa yang perlu anda lakukan jika anak anda mengalami masalah kencing malam?

Bagi mengatasi masalah kencing malam yang berlaku pada kanak-kanak, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan memahami keadaan anak masing-masing selain memberikan sokongan kepada mereka.

Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak yang kencing malam lebih cenderung memarahi anak mereka, malah ada antara ibu bapa bertindak memukul atau menghukum.

Kedua-dua pendekatan tersebut bukanlah cara terbaik untuk mengatasi masalah kencing malam.

Berikut adalah tip daripada Pusat Psikologi Malaysia mengenai kaedah menangani masalah kencing malam.


Masalah Kencing Malam Ps_03.3
LATIHAN menggunakan bekas najis adalah langkah awal yang perlu disusuli dengan pemerhatian lain.
Memastikan jenis masalah pembasahan

Jika anak anda kerap kencing malam, apa kata anda melatihnya untuk bangun dengan mengejutkannya dari tidurnya dua atau tiga jam selepas dia mula tidur. Cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kekerapan kencing malam.

Pertimbangkan setiap komplikasi psikologi

Tenangkan anak anda bahawa kencing malam adalah perkara normal yang berlaku pada usianya. Jangan salahkan dan hukum anak anda. Pastikan ahli keluarga lain tidak mengejeknya yang sering kencing malam.

Ajak anak anda membantu ketika menukar cadar yang basah supaya dia tahu kepayahan anda melakukannya.

Mengukur kapasiti dan fungsi pundi kencing

Buat latihan regangan pundi kencing kerana ia dapat membantu anak anda dan meningkatkan masa untuk membuang air pada siang hari. Ini membolehkan pundi kencing meregang sekali gus mampu menahan kencing pada waktu malam.

Mencatat kekerapan

Selain mengambil tahu kekerapan anak anda membuang air kecil dan besar, pastikan anak anda itu sekurang-kurangnya membuang air kecil terlebih dahulu sebelum masuk tidur.

Kurangkan pengambilan air

Elakkan anak anda minum air yang banyak dua jam sebelum masuk tidur dan lindungi tilam dengan meletakkan alas plastik antara tilam dan cadar.

--- KOSMO

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum