FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hodak Puas Hati Dengan Pencapaian Kelantan Musim Ini

Go down

Hodak Puas Hati Dengan Pencapaian Kelantan Musim Ini Empty Hodak Puas Hati Dengan Pencapaian Kelantan Musim Ini

Post by Info Bola Sepak Mon 22 Oct 2012, 9:16 am


Hodak Puas Hati Dengan Pencapaian Kelantan Musim Ini Hodak_0
SHAH ALAM, 21 Okt (Bernama) -- Jurulatih Kelantan Bojan Hodak menyatakan rasa gembiranya selepas anak didiknya berjaya melengkapkan kejuaraan trebel pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Beliau berkata kejayaan pasukan tersebut itu berdasarkan faktor kecekapan pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) selain semangat berpasukan yang tinggi di kalangan pemain skuad 'The Red Warriors.'

"Saya gembira kerana kita telah berjaya memenangi tiga piala dan saya berharap momentum tersebut dapat diteruskan pada musim depan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas final Piala Malaysia di Stadium Shah Akam di sini, Sabtu malam.

Kelantan, yang sudah memiliki gelaran juara Liga Super dan Piala FA, melengkapkan kejuaraan treble apabila menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas 2010 dengan mengetepikan ATM 3-2 selepas masa tambahan.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Hodak berpuashati dengan persembahan anak buahnya walaupun terpaksa bertarung sehingga ke masa tambahan.

'Saya gembira kerana bahagian pertahanan berjaya menyekat kemaraan jentera serangan pasukan ATM pada separuh masa kedua.

"Walaupun ATM berjaya menyamakan kedudukan pada akhir babak kedua, saya menasihatkan pemain saya supaya tidak mudah mengalah dan hasilnya, pasukan kita (Kelantan) berjaya memenangi perlawanan ini," katanya.

Sementara itu, jurulatih ATM, B. Sathianathan berkata kegagalan pasukan itu untuk menjulang Piala Malaysia buat pertama kali adalah disebabkan oleh nasib yang tidak menyebelahi mereka.

"Saya bangga dengan aksi yang ditunjukkan oleh para pemain saya walaupun terpaksa menghadapi pasukan yang dibarisi oleh ramai pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin dan Norshahrul Idlan Talaha," katanya.

Jurulatih berusia 54 tahun itu berkata kegagalan pasukan bimbingannya tidak akan mematahkan semangat beliau untuk terus membawa skuad yang digelar 'The Gladiators' menjadi pasukan yang lebih disegani pada musim depan.

ATM muncul juara Liga Perdana musim ini dan akan bersaing dalam Liga Super musim depan.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Hodak Puas Hati Dengan Pencapaian Kelantan Musim Ini Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum