FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jururawat tempatan berkualiti

Go down

Jururawat tempatan berkualiti Empty Jururawat tempatan berkualiti

Post by Info Bola Sepak Thu 27 Dec 2012, 8:09 pm

NORFARHIZA MOHD ATAR
3 Disember 2012


Jururawat tempatan berkualiti Image
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai
CAMERON HIGHLANDS - Kualiti jururawat yang dilatih kerajaan di negara ini berada pada tahap tinggi kerana mereka perlu menduduki ujian yang dijalankan Lembaga Peperiksaan Jururawat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ramai jururawat di negara ini sudah diambil bekerja di luar negara terutama di Singapura dan Arab Saudi.

“Sebanyak 80 peratus graduan kolej swasta yang menduduki peperiksaan itu telah lulus dan memenuhi standard yang ditetapkan kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Dewan Serbaguna Tringkap di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, satu insentif untuk menggalakkan hospital swasta menggaji graduan lepasan kolej kejururawatan di negara ini sedang dalam peringkat perbincangan akhir oleh kerajaan.

Menurutnya, langkah tersebut adalah bagi mengatasi ‘kehilangan’ jururawat berpengalaman di hospital kerajaan kerana diambil bekerja di pusat perubatan swasta.

“Masalah dalam kalangan lepasan graduan kejururawatan di kolej swasta adalah mereka dikatakan tidak berpengalaman dan kurang pendedahan dalam bidang klinikal.

“Kita juga sudah berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya graduan kolej kejururawatan mengikuti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi meningkatkan kemahiran mereka namun perkara ini masih lagi berada dalam kajian,” katanya.

- sinar harian
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Jururawat tempatan berkualiti Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum