FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelantan Akui Liga Malaysia Musim 2013 Sukar

Go down

Kelantan Akui Liga Malaysia Musim 2013 Sukar Empty Kelantan Akui Liga Malaysia Musim 2013 Sukar

Post by Info Bola Sepak Thu 03 Jan 2013, 11:22 pm


Kelantan Akui Liga Malaysia Musim 2013 Sukar Image
Tan Sri Annuar Musa
KOTA BAHARU, 3 Jan (Bernama) -- Juara treble musim lepas, Kelantan mengakui sukar untuk mempertahankan gelaran pada tahun ini berikutan bakal berdepan persaingan sengit daripada beberapa pasukan lain.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata bagaimanapun beliau tetap optimis Kelantan akan mengulangi kejayaan sama pada musim ini meskipun kehilangan beberapa tonggak utama.

"Kehilangan tiga tonggak utama pasukan seperti Norshahrul Idlan Tahala, Nurul Azuan Roya dan Mohammad Ghaddar yang memilih untuk berhijrah kepada pasukan baharu sedikit merencatkan persiapan kami kerana ia berlaku di akhir musim dan KAFA mempunyai masa yang singkat untuk mencari pengganti mereka.

"Saya jangka kita akan bersaing sengit dengan beberapa pasukan seperti Perak, Selangor, Terengganu, Johor Darul Takzim dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana kita lihat mereka juga buat persiapan rapi pada musim ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi dan barangan rasmi 'The Red Warriors' serta pengumuman penaja musim 2013 di sini, Khamis.

Pada majlis tersebut KAFA memperkenalkan 10 penaja rasminya untuk musim ini iaitu syarikat prabayar Hotlink Maxis, Azizan Osman.com, Sinar Harian, Tresenergy, Muda Osman, Mamee, Desa Murni Batik, Pure're Spritz, Redbull dan Keropok Sira Cap Nara Pasir Puteh.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kelantan Akui Liga Malaysia Musim 2013 Sukar Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum